Wednesday, May 25, 2022

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum (Sukan dan Permainan) Bil. 3/12

Tarikh   : 25 Mei 2022

Hari       : Rabu

Masa      : 1.00 - 3.20 petang

Alhamdulillah, perjumpaan aktiviti kokurikulum (Sukan dan  Permainan bil. 3/12), yang terdiri daripada 11 kelab telah berjaya dilaksanakan pada minggu ini. Perjumpaan mingguan ini telah dijalankan dengan jayanya di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Guru-guru penasihat telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk pengisian perjumpaan minggu ini seperti yang telah dirancang.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh setiap kelab pada perjumpaan kali ini adalah seperti berikut:

  1. Bola jaring- Teknik asas lontaran.
  2. Bola sepak- Penggunaan padang dan menggelecek bola.
  3. Hoki- Cara pegang kayu hoki dan cara menggelecek.
  4. Kriket- Pengenalan alatan kriket.
  5. Badminton- Peraturan dan teori pukulan.
  6. Olahraga- Teori dan pecut.
  7. Ping pong- Teknik memegang bat.
  8. Sepak takraw- Asas sepakan.
  9. Catur- Pengenalan dan fungsi buah catur.
  10. Ragbi- Teknik asas balingan.
  11. Bola baling- Jenis dan saiz bola serta teknik asas.

Foto-foto yang telah dikongsi oleh guru penasihat sepanjang aktiviti dijalankan;

Pengumuman aktiviti









Banyak kebaikan dan manfaat dapat diperolehi melalui penyertaan aktiviti kokurikulum. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti kokurikulum setiap minggu. Aktiviti kokurikulum dapat melahirkan murid yang berkualiti dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi bagi melahirkan insan yang berkualiti.


Laporan disediakan oleh:

Faridatul-Akmal binti Ismail,

Naib Setiausaha Kokurikulum (PAJSK),

SK Taman Putra Perdana.

No comments:

Post a Comment