Tuesday, March 29, 2022

Karnival Sehari Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri Selangor

Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor mempunyai komitmen melahirkan ahli Pandu Puteri Tunas yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan ini juga telah menyediakan pelbagai program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan formal dan tidak formal.

Objektif Program

·         Memastikan ahli-ahli Pandu Puteri Tunas terus mendapat ilmu dan pengetahuan serta mendapat ilmu dan pengetahuan berkaitan Pandu Puteri Tunas sejajar dengan sukatan program bagi sekolah rendah.

·         Membina dan meningkatkan minat, kebolehan dan potensi ahli-ahli Pandu Puteri Tunas dalam aktiviti yang disediakan.

·         Melahirkan ahli Puteri Tunas yang berilmu, kreatif dan berdaya saing dalam sebarang aktiviti atau acara yang dianjurkan oleh persatuan sama ada di peringkat sekolah, daerah atau cawangan.

     Antara aktiviti yang dijalankan ialah:









Pertandingan Eco Brick Sempena Hari Peringatan Dunia

Pengenalan 

Serik dengan sampah sekitar anda. Peluang untuk anda menyumbang selamatkan dunia. Ecobrick adalah satu cara untuk mengatasi sisa plastik yang kini giat digunakan dan dijalankan di seluruh dunia. Justeru, Persatuan Pandu Puteri Cawangan Selangor telah menganjurkan pertandingan 'Ecobrick" antara daerah. Setiap daerah dikehendaki menghantar video berdurasi 5 minit.

Daerah Sepang telah disertai oleh 16 orang murid dengan kebenaran ibu bapa dan guru pembimbing serta AJK Persatuan Daerah telah membina 'Eco Garden Stool' menggunakan 'ecobrick' bertempat di Taman Komuniti Cyberjaya.  Aktiviti telah dijalankan pada 14 Mac 2022. 

Dua orang murid dari SK Taman Putra Perdana ; Nur Irdina Sofiy Binti Mohammad Sharil (5 Ibnu Thufail) dan Nur Annisa Faiha Binti Mohammad Sharil (4 Sony) telah menyertai pertandingan ini. Persatuan Pandu Puteri Daerah Sepang telah memenangi tempat ketiga daripada lapan penyertaan. Peserta mendapat Sijil Pencapaian Peringkat Negeri Selangor. Sedutan video aktiviti yang telah dihantar:

Monday, March 14, 2022

Kejayaan Murid Menempatkan Diri ke Sekolah Sukan Negeri

  Alhamdulillah syukur kepada Allah, walaupun melalui fasa sukar dalam bidang sukan sepanjang tempoh penularan penyakit Covid-19, dua orang murid iaitu pemain bola sepak SKTPP berjaya menempatkan diri ke Sekolah Sukan. Murid-murid tersebut adalah:

1. Airiel Darwish bin Hairi - Sekolah Sukan Negeri Pahang.

2. Muhammad Aqil Qawwim bin Arzeky - Sekolah Sukan Kuala Lumpur.

Kedua-dua murid ini telah berjaya menempatkan diri ke sekolah tersebut setelah berjaya dalam sesi pemilihan yang diadakan. 

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua orang murid berbakat tersebut. Tidak lupa juga tahniah kepada kedua ibu bapa murid ini yang tidak pernah lelah mencuba menempatkan anak mereka ke Sekolah Sukan bagi meneruskan cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya suatu masa nanti.

Kami warga SKTPP mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan sepanjang menjadi pemain bola sepak SKTPP. Tidak lupa kepada semua pemain bola sepak SKTPP yang telah membawa banyak kejayaan dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini.

Selamat maju jaya dan semoga dapat berjumpa lagi.

Dua orang pemain bergambar bersama Guru Besar, PK Kokurikulum dan Cikgu Musrizuan sebagai kenangan.

Disediakan oleh;
Ustaz Ahmad Zubair