Thursday, September 29, 2022

Ujian Kenaikan Pangkat Koperal / Lans Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS Daerah Sepang 2022

Tarikh                 : 27 - 29 September 2022

Tempat                : Pusat Kokurikulum Bagan Lalang

Anjuran               : Sekretariat Kadet Remaja Sekolah PPD Sepang

Alhamdulillah, Unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Taman Putra Perdana telah menyertai Kursus Ujian Kenaikan Pangkat Koperal / Lans Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS Daerah Sepang 2022 di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang, Sepang. Seramai 4 orang guru dan 10 orang kadet telah menghadiri kursus tersebut.

Dalam ujian tersebut, kadet TKRS melaksanakan ujian yang telah ditetapkan seperti ujian kawad kaki, ujian pandu arah, ujian bantu mula, ujian kecergasan dan ujian ikhtiar hidup. Semua ujian ini adalah syarat wajib lulus untuk kadet dianugerahkan pangkat Koperal TKRS.

Kesemua peserta TKRS SK Taman Putra Perdana berjaya dan lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan pangkat Koperal TKRS. Tahniah dan syabas diucapkan.

Berikut senarai nama guru dan murid TKRS dan gambar:

Guru Pengiring:

BIL

NAMA GURU

1.

AHMAD ZUNAIDI BIN JINALABIN

2.

AZWANE BINTI ADNAN

3.

AIZIL HASYIMI BIN ABDUL RAHMAN

4.

MOHD ISHAK SHAIRAZI BIN MOHD SAUZI

Peserta:

BIL

NAMA MURID

JANTINA

KELAS

PANGKAT

PENCAPAIAN

1.

IRSYAD AL-FATEH BIN MOHD NORDIN

L

6 IBNU KHALDUN

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

2.

MUHAMMAD AMIR SUHAYL BIN SHAHRIZAL

L

6 IBNU SINA

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

3.

MUHAMMAD HAKEEM RIZQI BIN NORAZMI

L

6 IBNU QAYYIM

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

4.

AHMAD AQIL AIMAN BIN ZAIFUL

L

6 IBNU THUFAIL

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

5.

MUHAMMAD NUJAID HADIF BIN HAZLEE

L

5 SONY

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

6.

DAHLIA ADRIANA BINTI SHAHRUL NIZAM

P

6 IBNU THUFAIL

KOPERAL

JOHAN

Pandu Arah

7.

AMEENA BINTI ABDUL AZIZ

P

6 IBNU QAYYIM

KOPERAL

JOHAN

Ikhtiar Hidup

8.

ARISYA IRDINA MOHAMMAD BINTI ABDUL HAKIM

P

5 OPPO

KOPERAL

JOHAN

Pandu Arah

9.

MUNA ASYIELA BT MAHATHIR

P

5 SONY

KOPERAL

JOHAN

Pandu Arah

10.

NUR HASYA EIRYNA BINTI KHAIRUL LIZAM

P

5 SONY

KOPERAL

JOHAN

Pandu Arah










 Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh :

Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

Guru Penasihat TKRS

SK Taman Putra Perdana

Wednesday, September 28, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bil. 8/12 (2022/2023)


Tarikh : 28 September 2022

 Masa : 12.20 tengah hari - 2.20 petang

 Hari : Rabu

Perjumpaan Sukan dan Permainan SK Taman Putra Perdana pada minggu ini telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti bermula dengan para guru mengambil kehadiran murid-murid di tempat yang telah ditetapkan (rujuk Gambar 1) sebelum bergerak ke Dewan Perdana bagi tujuan Kursus Taklimat Pengenalan Sukan Bola Baling.

Gambar 1 - Jadual Lokasi Perjumpaan

Gambar 2 - Sesi pengambilan kehadiran murid

Kursus pengenalan ini telah disampaikan oleh Jurulatih Permainan Bola Baling SK Taman Putra Perdana iaitu En. Nor Amirulfitri. Taklimat ini telah berlangsung selama  1 jam dan terbahagi kepada dua sesi. Sesi 1, murid-murid telah diterangkan peraturan serta cara permainan bola baling dimainkan. Sesi 2, murid terpilih telah mengikuti amali seperti teknik asas hantaran, sambutan dan lantunan di Dataran Sekolah. 

SESI 1 - Taklimat Peraturan dan Cara Permainan

Gambar 3 - En. Nor Amirulfitri sedang menyampaikan kursus pengenalan di Dewan Perdana

Gambar 4 - Murid-murid sedang tekun mendengar taklimat yang telah disampaikan

SESI 2 - Amali Teknik-Teknik Asas Bola Baling

Gambar 5 - Murid sedang bersedia untuk melaksanakan teknik asas hantaran dan sambutan
 
Gambar 6 - Murid sedang melaksanakan teknik asas lantunan

Kerjasama murid-murid amat memberangsangkan. Semoga kursus pengenalan ini mampu menarik minat murid-murid untuk menyertai  pemilihan pasukan bola baling sekolah ke MSSD Sepang pada tahun hadapan.

Laporan disedikan oleh:
Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
(Penyelaras Sukan dan Permainan)

Friday, September 23, 2022

Mercu Tanda SKTPP

Kriket selaku kebitaraan SKTPP telah melahirkan ramai wira hebat sehingga ke peringkat kebangsaan. Kecemerlangan kriket sekolah ini bermula pada 2017 dan berterusan hingga kini. Kejayaan kriket sentiasa menghiasi dinding sekolah. Semoga kecemerlangan jaguh-jaguh ini akan terus menginspirasikan rakan-rakan lain dalam apa jua bidang yang diceburi...

Dulu

Kini

2017

2018

2019

2019

2022

Wednesday, September 21, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab dan Persatuan Bil.8/12 (2022/2023)

Tarikh  :  21 September 2022
Hari     :  Rabu
Masa   : 12.20 tengah hari - 2.20 petang

Perjumpaan Kelab dan Persatuan pada minggu ini berjalan seperti biasa mengikut perancangan takwim 2022/2023. Hari ini Program KBAT Kokurikulum iaitu pertandingan menghasilkan poster dilaksanakan seperti yang dirancang. Hebahan mengenai program ini telah disampaikan pada hari Isnin iaitu waktu perhimpunan rasmi sekolah.

Program KBAT Kokurikulum bagi kelab dan persatuan sesungguhnya dapat melahirkan kemenjadian murid yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi melalui hasil tugasan yang diberi. Pelibatan murid dalam aktiviti ini juga menyemai budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid sama ada secara individu atau kumpulan.

Setiap kelab dan persatuan telah menyediakan bahan masing-masing mengikut kategori pertandingan poster yang dimaklumkan. Jenis poster yang perlu murid hasilkan ialah poster lukisan, poster montaj dan poster kolaj mengikut kelab dan persatuan masing-masing. Murid kelihatan seronok dan bersemangat bagi menghasilkan poster yang terbaik. Setiap pemenang akan menerima sijil penyertaan, sijil penghargaan dan hadiah.

Berikut ialah gambar-gambar poster hasil kerja murid yang diambil sepanjang pertandingan berlangsung.


Guru kelas menghantar makluman kokurikulum dalam group kelas


















Berikut pula merupakan sebahagian hasil kerja poster lukisan, montaj dan kolaj terbaik yang dihasilkan oleh murid:



Hasil daripada pertandingan KBAT Kokurikulum dalam penghasilan poster, montaj dan kolaj sememangnya dapat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif di samping dapat memupuk budaya berdaya saing secara sihat dengan murid yang lain. Selain daripada itu, program ini diharapkan dapat terus mencungkil bakat dan kemahiran murid dalam menghasilkan idea yang membina. Terima kasih kepada semua guru pembimbing dan jawatankuasa pelaksana yang telah merangka serta melaksanakan program yang dirancang dengan jayanya. 


Disediakan oleh,
Puan Norlida binti Othman
Penyelaras Kelab dan Persatuan
SK Taman Putra Perdana

Saturday, September 17, 2022

Tahniah Pemain Kriket SUKMA XX

Sukan Malaysia 2022 atau dikenali sebagai Sukan Malaysia 20 (SUKMA XX) merupakan sebuah temasya sukan yang diadakan di Kuala Lumpur dari 16 - 24 September 2022. Selamat bertanding buat semua peserta. Semoga para peserta akan menunjukkan prestasi yang terbaik dalam persaingan yang disertai dan seterusnya memberikan kejayaan kepada pasukan yang diwakili.


Bekas-bekas murid SKTPP tidak terkecuali turut terpilih dalam Kejohanan SUKMA XX kali ini..

Tahniah buat pemain kriket SKTPP & SRCC; Muhammad Akram bin Abdul Malek (4 wicket) serta Muhammad Syahir Syamael bin Shaari telah membantu pasukan Kedah menewaskan Negeri Sembilan dengan 9 wicket. Walaupun baru berumur 16 tahun tetapi mereka telah diberi kepercayaan bermain di gelanggang besar SUKMA. Penghargaan yang sangat besar buat wira-wira kriket ini. Tahniah!

Syamael

Akram bersama bapanya

Keputusan penuh

Komen yang memberangsangkan terhadap prestasi Akram.

Akram & Syamael pernah membantu Selangor menjadi Johan Kejohanan Kriket MSSM 2018 (sila klik di sini dan di sini).

Teruskan kecemerlangan & semoga berjaya di perlawanan-perlawanan seterusnya. All the best!

Jadual penuh SUKMA XX MSN 2022 boleh dilihat di sini.

Wednesday, September 14, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform Bil. 7/12 (2022/2023)

Tarikh : 14 September 2022 
Masa : 12:20 tengah hari - 2:20 petang 
Hari : Rabu 

Perjumpaan pada minggu ini dilaksanakan secara online melalui medium group Telegram Unit Beruniform masing-masing kerana Kejohanan Malaysia Little League peringkat Daerah Sepang telah berlangsung di padang sekolah. Terdapat beberapa orang guru terlibat dengan ahli jawatankuasa pertandingan. Namun perlaksanaan aktiviti unit beruniform tetap dilaksanakan oleh guru-guru penasihat secara online dan offline dengan penuh amanah. Murid-murid tetap dapat menyertai aktiviti yang telah disediakan oleh guru dengan baik.
Aktivit yang dijalankan pada minggu ini:
Gambar-gambar yang telah dikongsi oleh guru penasihat sepanjang aktiviti:
Aktiviti Ahli Pengakap
Aktiviti Ahli Pandu Puteri Tunas
Aktiviti Pergerakan Puteri Islam Malaysia(PPIM)
Aktiviti Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Aktiviti Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Alhamdulillah, semua aktiviti pada minggu ini dapat dilaksanakan dengan baik dan penglibatan murid dibantu oleh ibu bapa amat menggalakkan. Semoga semua murid dapat memanfaatkan ilmu yang telah diberikan oleh guru penasihat dalam kehidupan seharian seperti ikatan dan simpulan. Terima kasih atas kerjasama guru-guru penasihat setiap unit beruniform dan juga murid-murid yang telah mengikuti aktiviti pada minggu ini. 


Laporan disediakan oleh:
Astina binti Mahad Nor
(Setiausaha Kokurikulum SKTPP)