Sunday, June 25, 2023

Program Khidmat Masyarakat

Pada 21 Jun 2023 sehingga 25 Jun 2023 Kelab Rukun Negara telah mengelolakan Program Khidmat Masyarakat yang bertemakan "Taburkan Jasa Semaikan Budi". Murid-murid telah diminta untuk melakukan aktiviti yang boleh membantu ibu bapa di sekitar kawasan rumah mereka (dalam pengawasan ibu bapa). Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah menyapu sampah, melipat kain, mencuci pinggan, mengelap meja dan segala aktiviti yang bersesuaian dengan tema.

Murid-murid juga telah ditawarkan dengan hadiah yang menarik jika mereka menyertai aktiviti ini. Penghakiman adalah merujuk gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh mereka di ruang aplikasi Telegram yang disediakan.

Semoga program seperti ini dapat menyedarkan murid bahawa walaupun mereka masih kecil, sebenarnya mereka mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Di bawah disertakan gambar-gambar yang telah dihantar oleh murid yang menyertai program ini.










Friday, June 23, 2023

Berita Nagin @ The Star

Berita tentang kehebatan pemain kriket bekas murid SKTPP & SJKC (Sin Ming); Nagineswaran a/l Sathnakumaran masuk akhbar The Star. Nagin merupakan pemain Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) yang sekarang bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Tingkatan 1. Bakat dan potensi sukan Nagin sangat cemerlang dan bakal menggegarkan dunia kriket negara kelak. Tahniah buat ibu bapa serta seluruh ahli keluarga Nagin yang sangat menyokong. Tahniah juga buat coach Cikgu Junaidi dan Izwan Jowahar atas bakti yang dicurah serta semua coach yang terlibat melatih dan mengasah potensi Nagin sejak kecil lagi. Tahniah juga buat SRCC kerana sentiasa melahirkan bintang kriket bertaraf dunia. Semoga Nagin akan terus sukses pada masa depan. Kami turut berbangga...



























Monday, June 19, 2023

Kejohanan Boling Tenpin Peringkat MSSD Sepang

Tarikh:  19 Jun 2023 
Hari   :  Isnin 
Tempat: Kompleks Sukan Dreambowl, Nilai. Negeri Sembilan 
Masa  : 8.00 pagi - 5.00 petang 
Anjuran : PPD Sepang 
Pengelola: SMK BBST (Menengah) & SK BBST (Rendah) 
Pencapaian: Johan Kategori Individu L12

Penyertaan Kumpulan 

Peserta SKTPP:
1. Adli Aisar Choong bin Azrul Halim Choong (6 Lenovo)
2. Nik Muhammad Farhan bin Faizal Shariman (6 Asus)
3. Muhammad Danial bin Mazhar (6 Samsung) 
4. Khairul Ikhwan bin Mohd Yazid (6 Nokia)

Seramai 59 orang peserta lelaki bawah 12 tahun dari 10 buah sekolah rendah termasuk SKTPP telah bertanding dalam kategori individu dan berpasukan. Tuah menyebelahi kita apabila pemain SKTPP telah memperolehi Johan Individu Kategori L12 yang disandang oleh Adli Aisar Choong bin Azrul Halim Choong. Adik Adli akan mewakili Sepang ke MSS Selangor yang akan diadakan pada bulan Julai nanti.
Pasukan SKTPP
Bergambar bersama Cikgu Astina selepas penat bertarung
Tahniah Adli!



Tahniah diucapkan kepada Adli Aisar Choong. Semoga beliau akan mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri nanti. Tahniah juga kepada semua ahli pasukan yang lain kerana sanggup menggalas tanggungjawab mewakili sekolah... Syabas!


Laporan disediakan oleh:
Puan Astina binti Mahad Nor
Pengurus Pasukan Boling SKTPP

Wednesday, June 14, 2023

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform Bil. 3/12 (2023/2024)

Tarikh : 14 Jun 2023

Hari    : Rabu

Masa  : 1.00 - 3.00 petang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Salam Malaysia Madani!

Perjumpaan Kokurikulum unit beruniform bagi bil. 3/12 telah diadakan secara online/offline. Poster berkenaan aktiviti kokurikulum pada minggu ini juga telah diuar-uarkan kepada  murid-murid melalui medium Whatsapps agar ibu bapa maklum dengan tugasan yang akan diberikan oleh guru penasihat unit beruniform masing-masing.

Berikut disertakan laporan bergambar tentang aktiviti ahli setiap unit beruniform;

Pandu Puteri Islam Malaysia

Aktiviti yang dijalankan oleh PPIM ialah:

1. Program Job Week PPIM peringkat Negeri Selangor
2. Pengurusan Rumah Tangga: Mengemas dan membersihkan ruang kediaman rumah.
3. Menulis laporan di dalam buku log / buku catatan. 


Pengakap

Aktiviti yang dijalankan oleh  Pengakap ialah:

1. Pengenalan kepada Sejarah Pengasas Pengakap


Bulan Sabit Merah Malaysia

Aktiviti yang dijalankan oleh BSMM ialah:

1. Membaca dan menyalin / menampal nota berkaitan Peti Pertolongan Cemas.
2. Menjawab soalan kuiz berkaitan tajuk tersebut.
3. Menjawab kuiz yang bertajuk Cara Merawat Luka Kecil.


Tunas Kadet Remaja Sekolah

Aktiviti yang dijalankan oleh TKRS ialah: 

1. Membuat kolaj logo TKRS


Pandu Puteri Tunas

Aktiviti yang dijalankan oleh PPT ialah:

1. Pengenalan kepada pakaian dan aksesori Pandu Puteri Tunas.


Alhamdulillah, berdasarkan perkongsian gambar-gambar dari guru penasihat, jelas menunjukkan bahawa murid sangat komited dengan tugasan yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu ayah yang sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak untuk melaksanakan setiap tugasan yang disediakan oleh guru penasihat unit beruniform masing-masing.

Sekian sahaja laporan kali ini. 
Terima kasih. 

Friday, June 9, 2023

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab Dan Persatuan Bil.3/12 (2023/2024)

Tarikh : 7 Jun 2023

Hari : Rabu

Masa : 1:00 - 3:00 petang

Perjumpaan kelab dan persatuan 4/12 pada minggu ini tetap dilaksanakan secara online/offline. Guru  menyediakan aktiviti kelab atau persatuan mengikut takwim yang telah dirancang pada minggu ini dengan baik. Murid-murid mendapat segala makluman dan aktiviti melalui group kelas dan group telegram kelab atau persatuan masing-masing. Antara sorotan aktiviti yang sempat dirakam oleh guru penasihat pada minggu ini :

Persatuan Bahasa Arab


Kelab Doktor Muda

Persatuan Agama Islam

Persatuan Bahasa Inggeris

Persatuan Bahasa Melayu

Kelab Kompang

Kelab Kerjaya

Kelab Komputer

Kelab Muzik

Kelab Sains dan Teknologi

Keseluruhan aktiviti pada minggu ini, semuanya dapat dijalankan dengan sempurna kerana murid telah diberikan hari dan masa yang lebih panjang. Terima kasih atas kerjasama guru-guru penasihat kelab dan persatuan. Kepada murid-murid, "Janganlah jemu mencari ilmu walaupun sesibuk mana pun kamu. Jangan biarkan jiwamu tandus seperti gunung di padang pasir".

Laporan disediakan oleh:

Astina binti Mahad Nor

(Setiausaha Kokurikulum SK Taman Putra Perdana)