Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Thursday, May 25, 2023
Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bil. 2/12 (2023/2024)
Wednesday, May 17, 2023
Laporan Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform Bil.2/12 (2023/2024)
Tarikh : 17 Mei 2023
Hari : Rabu
Masa : 1.00 - 3.00 petang
Perjumpaan Unit Beruniform pada minggu ini masih lagi dilaksanakan secara online/offline melalui medium Group Telegram Unit Beruniform masing-masing. Ia adalah akibat oleh fenomena cuaca panas yang melanda dan boleh mengakibatkan komplikasi pada kesihatan. Jadi aktiviti kokurikulum buat masa ini tidak dilakukan secara bersemuka untuk mengurangkan risiko pada murid-murid dan guru-guru secara amnya.
Aktiviti di dalam talian ini telah dirancang dengan sangat baik dan teratur mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh guru-guru penasihat. Respon yang diterima daripada murid-murid juga sangat aktif di dalam telegram Unit Beruniform masing-masing semasa aktiviti dijalankan.
Sebelum aktiviti kokurikulum Unit Beruniform dijalankan, satu memo telah diedarkan dalam group kelas. Ini adalah untuk memudahkan murid-murid dan ibu bapa maklum tentang perjalanan aktiviti Unit Beruniform pada minggu ini.
Unit Beruniform Pengakap telah menjalankan aktiviti menghafal Persetiaan Pengakap, menonton tatacara Persetiaan Pengakap dan merekod Persetiaan Pengakap.
Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah melakukan beberapa aktiviti iaitu menonton video dan membaca nota pengenalan PPIM, menjawab kuiz pengenalan PPIM dan mencatat laporan aktiviti dalam buku log atau buku catatan PPIM.
Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia menjalankan aktiviti seperti menyalin atau menampal maklumat pengenalan Bulan Sabit Merah ke dalam buku log dan kuiz BSMM.
Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menjalankan aktiviti seperti kuiz lagu TKRS dan liveworksheet.
Monday, May 15, 2023
Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab Dan Persatuan Bil.2/12 (2023/2024)
Tarikh : 10 Mei 2023
Hari : Rabu
Masa : 1.00 - 3.00 petang
Perjumpaan pada minggu ini dilaksanakan secara online/offline melalui medium Group Telegram Kelab dan Persatuan masing-masing. Aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah ini ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan fenomena cuaca panas. Bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan murid-murid, pihak KPM mengambil ketetapan agar semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sehingga pemakluman kebenaran pelaksanaan semula dikeluarkan oleh KPM.
Aktiviti di dalam talian ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan takwim yang telah disediakan oleh guru-guru penasihat. Kehadiran murid dalam talian juga sangat memuaskan.
Sebelum aktiviti kokurikulum dijalankan, setiausaha kokurikulum akan mengeluarkan satu memo untuk pemberitahuan perjumpaan kokurikulum yang akan dijalankan pada hari Rabu. Guru-guru kelas tahap dua akan masukkan memo itu ke dalam group kelas masing-masing.
![]() |
Memo aktiviti kokurikulum |
![]() |
Aktiviti persatuan yang dijalankan oleh guru penasihat |
![]() |
Aktiviti kelab yang disediakan oleh guru penasihat |
![]() |
Persatuan Bahasa Inggeris |
![]() |
Persatuan Bahasa Arab |