Saturday, August 28, 2021

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum (Unit Beruniform Bil 2/5)

Tarikh  :  28 Ogos 2021 (Sabtu)

Masa   :   8.30 pagi  hingga 9.30 pagi

1. Kehadiran guru

Unit Beruniform

Guru Penasihat

Tunas Kadet Remaja Sekolah

HADIR

Julaili binti Onian, Nor Azian binti Ahmad, Nurliza binti Ab Rahman, Musaliha binti Mustafa, Arjunawati binti Nuze, Zabedah binti Othman,Rohani binti  Mansor,  Zurilazman bin Abdullah, Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin, Ranjiny a/p Rajah, Norsiah binti Mohd Noor, Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman, Nur Wahidatuldinah binti Hassan, Norhidayu binti Sadri, Nur Murni binti Abdullah, Roseniza binti Setapa, Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

TIDAK HADIR

Suziana binti Mahtar(Belajar hujung minggu)

Puteri Islam

HADIR

Norinna binti Mohamed, Safinatunajakh binti Mat Som, Umi Nazrah binti Saharoni, W.Romawati binti W.Ibrahim, Juli binti Mahbah, Roslinda binti Mansor, Jamilah binti Mohd Yusof, Mazzaini binti Muda, Norziani binti Zubir,  Noorayuni binti Ab Fatah,  Syahirah binti Tumar,  Ummu Athiah binti Hashi, Norazah binti Ali, Hastipa@Zaiton binti Mat Daud, Azizah binti Ab Hamid,  Roslelawati binti Ibrahim, Rabihah binti Amirudin, Fadhilah binti Talib, Nashirah binti Taib, Nazahiyah binti Ab Rahman,Halijah binti Mihat

TIDAK HADIR

Norazmira binti Kadirun (Cuti Bersalin)

Pandu Puteri Tunas

HADIR

Nur  Malisha binti Omar, Parimala a/p Vengadaslam,  Nik Kamisah binti. Mohd Aziz,  Siti Rabiaah binti Mohammad,  Junaidah binti. Rus,
Noorhanawati Alinda binti. Abd Taib Puruji, Arnny Yusnita binti MD Enarji, Norbaizura binti Nordin, Fatin Huzaikha binti Abdul Aziz,  Jamunarani a/p  Bhajarajan, Salina binti Mohd Tasu,  Norholwani binti Yahaya, Rozimah binti Yaakob, Zalina binti Ismail,  Suriyana binti Nayan@Salim,  Amalina binti Abd Hamid, Parimala a/p  Panniselvam, Nur Azizati binti Ahmad

TIDAK HADIR

Mawaddah binti Kamarulzaman (Cuti Bersalin),Nora Azean binti Che Othman (Cuti Bersalin), Claudia Jacqueline Charles (Belajar hujung minggu) ,Suphasara a/p  Airak (Belajar hujung minggu)

 

Bulan Sabit Merah Malaysia

HADIR

Nor Hanim binti Ismail, Ahmad Junaidi bin Abdullah, W.Mohd Roswandy bin. W. Ibrahim, Nur Zakiah binti Md Diat, Rusmami bin Rusli,  Saifullah bin Mat Saupi,  Nor Latipah binti Che Yusoff, Nor Arzah binti Hussin, Nik Rosmaliza binti Nik hussain, Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang, Ahmad Zubair bin Muhamad Taib, Nor Rafini binti Othman, Norlida binti Othman, Noor Azlinda binti Kasmin, Azlina binti Mat Isa, Hafiz bin Md Noor, Shurhama  binti Ahmad, Nurzainon binti  Mohd Razalli, Mohd Rusydan bin Ismail, Norli binti Hassan, Ahmad Musrizuan bin Daud, Noriza binti Md Nor,
Hariz Safwan bin Yaccob

  

Pengakap

HADIR

Tarmiji bin Sabali, Affandi bin Mat Zain, Syed Farhan bin HanafI, Azwani binti Mohamed Noordin, Ahmad Mustafid bin Mat Syarif, Wan Faizol bin Wan Mat, Rosmawati binti Md Desa,  Norliza binti Ali, Zailezah binti Sardi, Mohd Hadri bin Ag Idris, Nor AmirulFitri bin Othman, Abdul Hafiz bin Abdul Halil, NorNadzirah  binti  Abd Rahim, Nor Maziah binti Abd Malek, Maizara binti Mahat, Siti Aisah binti Hanafi, Nor Hana binti NordinSiti Maziah, Norazian binti Mat Anuar, Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin, Nor Azura binti Mustafa.

TIDAK HADIR

Khairiah binti Razali, Komagal a/p Kunaisekaran,  Nur Izziani binti Mohd Latifi.


 2. Kehadiran murid

Unit Beruniform

Dalam talian

Luar Talian

Tidak mengikuti

Tunas Kadet Remaja Sekolah

68

0

139

Puteri Islam

65

0

112

Pandu Puteri Tunas

65

0

119

Bulan Sabit Merah Malaysia

59

0

147

Pengakap

61

0

154

Jumlah

318

0

671

  •    Jumlah murid yang mengikuti aktiviti =  318 / 989 (32%)
  •   Jumlah murid yang tidak mengikuti aktiviti =  671 / 989 (68%)


3. Laporan aktiviti

Alhamdulillah, perjumpaan aktiviti Kokurikulum secara atas talian terdiri daripada 5 Unit Beruniform telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada minggu ini. Medium komunikasi yang digunakan ialah Google Meet.

Unit Beruniform

Laporan Guru Penasihat

TKRS

1. Aktiviti secara Google Meet dimulakan oleh Cikgu Aizil Hasyimi dan Cikgu Mohamad Hasbullah.

2. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zunaidi dan nyanyian lagu TKRS.

3. Aktiviti Kuiz Pengenalan Penubuhan TKRS berjalan lancar serta murid dapat menjawab soalan dengan baik.

4. Akhir sekali, Ustaz Ahmad Zunaidi menerangkan tentang program Kokurikulum Pasca Covid-19. Cabaran TKRS secara online (rakaman video) di mana murid-murid yang berminat boleh menghubunginya.

PPIM

1. Aktiviti dimulakan dengan Tatacara Perjumpaan PPIM - Bacaan surah Al-Fatihah, Doa Asma’ul Husna, Lagu Puteri dan Ikrar Puteri.

2. Tajuk Aktiviti : Bidang PPIM : Kerohanian, Surah An Nisa ayat 43 (Haid dan Mandi Wajib)

3. Penjelasan tentang haid disampaikan oleh Ustazah Hastipa @ Zaiton.

4. Penjelasan mengenai mandi wajib pula disampaikan oleh Ustazah Ummu Athiah.

5. Ahli PPIM menjawab soalan Kuiz Haid dan Mandi Wajib secara atas talian.

Pandu Puteri Tunas

 1. Aktiviti dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari guru penasihat, Cikgu Nur Malisha.

2. Ada 4 aktiviti yang dijalankan sepanjang perjumpaan kali ini iaitu:

a) Nyanyian lagu dunia bersama semua ahli.

b) Penerangan Pra Persetiaan : bacaan ikrar, undang-undang dan cogan kata Pandu Puteri Tunas oleh Cikgu Siti Rabiaah.

c) Penerangan cara melipat kain / pakaian oleh Cikgu Parimala.

d) Kuiz secara dalam talian menggunakan Quizziz Live

3. Secara keseluruhan perjumpaan pada kali ini berjalan lancar dan semua ahli memberi respon yang baik.

BSMM

 1. Aktiviti dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari guru bertugas, Cikgu Noriza.

2. AktivitI kedua yang dijalankan adalah pengenalan AJK murid dan juga senarai guru penasihat.

3. Ahli-ahli BSMM juga diterangkan mengenai Prinsip-Prinsip Asas BSMM dalam bentuk nota dan ahli-ahli diminta menyalin dalam buku log.

4. Akhir sekali, ahli-ahli BSMM menjawab kuiz secara dalam talian.

Pengakap

 1. Aktiviti dimulakan  dengan ucapan kata-kata aluan dari Cikgu Wan Faizol.

2. Diikuti dengan bacaan doa, nyanyian Lagu Negaraku dan nyanyian Lagu Pengakap dan bacaan Ikrar Pengakap.

3.  Selepas mengisi kehadiran, murid menjawab  kuiz atas talian.

4. Murid diminta membaca nota, melihat video dan menjawab soalan dalam Google Form yang telah disediakan.

5. Murid diminta menonton video berkaitan dengan perkara-perkara asas perkhemahan.

6. Selepas menonton video, murid dikehendaki menjawab soalan kuiz melalui platform Quizizz yang disediakan oleh Cikgu Maizara.

7. Aktiviti diteruskan dengan menunjukkan video mengenai gajet yang boleh dibuat semasa perkhemahan

8. Aktiviti terakhir, murid ditunjukkan dengan beberapa contoh gajet minI yang boleh dilakukan oleh murid di rumah.


4. Gambar-gambar aktiviti Unit Beruniform yang telah dijalankan.

Pemakluman Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform


Pengakap



Tunas Kadet Remaja Sekolah



Pandu Puteri Tunas


Bulan Sabit Merah Malaysia


Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Walaupun dalam keadaan pandemik yang melanda dan segala-galanya perlu dilakukan dari rumah, namun jelas terbukti anak-anak SKTPP tidak lemah semangat dan tetap menyertai apa-apa juga program sekolah. Semoga anak-anak murid SKTPP terus dapat menyertai aktiviti Kokurikulum sekolah walau dalam keadaan menggunakan pelbagai jenis medium secara santai dan menyeronokkan. Pihak sekolah amat berharap, agar lebih ramai lagi murid yang akan melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti Kokurikulum seperti yang telah dirancang pihak sekolah.

Tahniah untuk guru-guru penasihat yang tidak  jemu-jemu berusaha menyediakan bahan-bahan menarik untuk  murid-murid. Tahniah untuk anak-anak SKTPP. Anda memang yang terbaik. Semoga terus bersemangat dan cemerlang!.

Jumpa lagi pada minggu hadapan. Insya Allah...


Laporan disediakan oleh :

Rosmizawati binti Yusub
Penyelaras Unit Beruniform
SK Taman Putra Perdana

Sunday, August 22, 2021

The 18th Girl Scout International e-Camp Korea (Perkhemahan Secara Dalam Talian)

Selesai sudah The 18th Girl Scout International e-Camp Korea (berkhemah secara dalam talian) pada tahun ini. Diam tak diam selama 20 hari telah berjaya diharungi bermula pada 1 Ogos hingga 20 Ogos 2021. 

Seramai 11 orang peserta wakil daripada SK Taman Putra Perdana telah menyertai perkhemahan secara dalam talian ini termasuk 2 orang guru pembimbing iaitu:

  1. Parimala -  Guru Pembimbing
  2. Nur Malisha -  Guru Pembimbing
  3. Kaashif Nur Kihara - 4 Vivo
  4. Sharifah Amanda Batrisyia - 4 Sony
  5. Nur Annisa Faiha - 4 Sony
  6. Nur Alya Qaisara - 4 Lenovo
  7. Adlyna Ryhana - 5 Ibnu Thufail
  8. Aleeya Alishya - 5 Ibnu Thufail
  9. Nur Irdina Sofiy - 5 Ibnu Thufail
  10. Nur Afrina Damia - 6 Jujur
  11. Nur Azra Damia - 6 Jujur

Lebih kurang 3 minggu lamanya perkhemahan secara dalam talian ini. Sejujurnya kami menjangkakan masa yang diperuntukkan sehari suntuk dan ianya akan mengganggu sesi PdPR. Tetapi rupanya ia hanya mengambil masa yang tidak lama bagi menyiapkan semua tugasan misi dan aktiviti yang diberikan setiap hari.

Untuk pengetahuan semua, jadual perkhemahan yang diberi mengikut waktu dan masa Korea, jadi jangan tersilap waktu kerana masa Korea 1 jam lebih awal daripada negara kita, Malaysia. Setiap hari akan dimulakan dengan sesi "live" terlebih dahulu pada jam 4 petang. Ini memberi maksud ia bermula jam 3 petang pada waktu Malaysia. Kemudian para peserta boleh melakukan misi dan aktivti mengikut waktu kesesuaian masing - masing kerana tugasan tersebut akan dipaparkan bermula jam 9 hingga 10 malam setiap hari. Mereka boleh membuat persediaan dan memulakan misi dan aktivti tersebut keesokan harinya. Begitulah proses sepanjang perkhemahan dalam talian selama 20 hari. 

Di bawah adalah jadualnya:


Laman sesawang yang perlu dikunjungi selama 20 hari.
( Perkhemahan Secara Talian)



Jumlah keseluruhan tugasan misi dan aktiviti adalah seperti berikut:

  1. "Mandatory : Online Stay Safe Review"
  2. "Mission :13"
  3. "Participation Activity : 11"
  4. "World Issue Activity : 4 course activities"
Para peserta diwajibkan menyiapkan aktiviti wajib (Online Stay Safe Review) dan sekurang-kurangnya 7 misi atau 6 aktiviti dalam bentuk gambar dan video yang dimuatnaik ke Youtube bagi melayakkan mereka untuk mendapat sijil penyertaan daripada pihak pengurusan. Manakala Aktiviti Isu Global hanya untuk "Girl Scout" daripada negara Korea sahaja.

Dikongsikan beberapa aktiviti yang telah berjaya dilakukan dengan baik oleh para peserta SK Taman Putra Perdana termasuk guru - guru pembimbing sepanjang e-Camp Korea ini. 

1. Majlis pembukaan secara dalam talian dan disiarkan melalui Youtube Live yang disertai oleh lebih daripada 20 negara termasuk Malaysia. Negara kita menghantar paling ramai peserta iaitu lebih kurang 5000 penyertaan. Wakil daripada seluruh daerah Negeri Selangor adalah seramai lebih daripada 1000 orang ribu peserta manakala Daerah Sepang sahaja adalah seramai 284 orang.

 



2. Beberapa tugasan "Mission" yang dilakukan oleh para peserta adalah seperti di bawah:











3. Beberapa tugasan "Participation Activity" yang dilakukan oleh para peserta adalah seperti di bawah:





















Ada satu aktiviti yang menjadi impian semua iaitu "I LOVE KOREA" yang mana para peserta diminta membayangkan tempat - tempat menarik yang akan dilawati jika dapat ke Korea nanti apabila sempadan negara dibuka semula untuk melancong ke luar negara. 

Buat sementara, Malaysia masih berada dalam zon larangan disebabkan oleh virus Covid-19. Jika berpeluang melancong ke Korea, ada 3 tempat utama yang menjadi pilihan iaitu:





Pada hari terakhir iaitu hari ke-20, majlis penutupan diadakan secara dalam talian dan juga melalui "Youtube Live". Setiap wakil negara diberikan peluang untuk memberikan ucapan sebagai tanda kenangan buat semua. 




Perarakan akhir bendera The 18th Girl Scouts International e-Camp Korea juga dikibarkan oleh wakil Girl Scouts Korea.


Presiden Girl Scout Korea menyampaikan sijil secara maya kepada negara-negara yang menghantar wakil sebagai simbolik walaupun upacara tersebut hanya atas talian. Terima kasih buat beliau. Di dalam bahasa Korea terima kasih adalah; 감사 해요 gamsa haeyo.


Di bawah ini adalah paparan "scoreboards" yang telah diperolehi oleh beberapa orang peserta SK Taman Putra Perdana. Paparan ini boleh dilayari pada laman sesawang: https://www.girlscout.events/virtual.asp  



Selain sijil daripada Korea, mereka juga akan mendapat sijil daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Selangor buat mereka yang berjaya menyertai e-Camp Korea ini sebagai tanda penghargaan PPPM cawangan Selangor kepada peserta e-Camp Korea 2021. 

Sijil pencapaian peringkat cawangan dikategorikan seperti berikut :

Tempat Pertama : 2500 ke atas poin

Tempat Kedua : 2000 - 2490 poin

Tempat Ketiga : 1500 - 1990 poin

Apabila di semak jumlah poin kesemua para peserta SK Taman Putra Perdana, mereka mendapat Tempat Pertama. Tahniah semua!

Akhir kata, tahniah sekali lagi atas komitmen dan kesungguhan kesemua peserta serta guru-guru pembimbing SK Taman Putra Perdana. Semoga akan ada rezeki untuk merasai sendiri erti perkhemahan yang sebenar. Sama-sama kita mendoakan agar virus Covid-19 akan segera berakhir.


Terima kasih juga buat pengurusan Girl Scout Korea kerana menganjurkan e-Camp yang sangat menarik ini. Di kala pandemik ini ada juga aktiviti yang dapat menghubungkan negara kita dengan negara lain walaupun secara atas talian.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Nur Malisha Omar (Guru Pembimbing Pandu Puteri Tunas SKTPP)

Saturday, August 21, 2021

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum (Kelab Dan Persatuan Bil 2/5)

Tarikh    : 21 Ogos 2021

Masa     : 8.30 pagi - 9.30 pagi

  1. Kehadiran Guru

Kelab & Persatuan

Guru Penasihat

 

Bahasa Melayu

Siti Rabiaah binti Mohammad, Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin, Norli binti Hassan, Azlina binti mat Isa, Junaidah binti Rus, Nor Zakiah binti Mat Diat, Shurhama binti Ahmad,Suziana binti Mohd Makhtar, Hariz Safwan bin Yaccob , Afandi bin Mat Zain

Bahasa Inggeris

Parimala a/p Vengadaslam, Saifullah bin Mat Saupi, Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin, Nor Azura binti Mustafa,Nur Murni binti  Abdullah, Rosmizawati binti Yusub, Ranjiny a/p Rajah, Nur Malisha binti Omar, Amalina binti Abd Hamid

Bahasa Arab

Umi Nazrah binti Saharoni, Nashirah binti Taib, Zurilazman bin Abdullah, Ahmad Zubair bin Muhammad Taib, Safinatunajakh binti Mat Som, Abdul Hafiz bin Abdul Halil, Zalina binti Ismail, Rabihah binti Amirudin

Agama Islam

Ahmad Mustafid bin Mat Sharif, Mohd Ishak  Shairazi bin Mohd Sauzi, Syed Farhan bin Syed Abdullah, Nurzainon binti Mohd Razalli, Mawaddah binti Kamarulzaman, Mohd Hadri bin Ag Idris, Nur Azizati binti Ahmad, Ummu A’thiah binti Hashim, Nur Wahidatuldinah binti Hassan

Komputer

Hafiz bin Md Noor, Halijah binti Mihat, Arjunawati binti Ahmad Nuze, Ahmad Zunaidi bin Jinalabin, Arnny Yusnita binti Md Enarji, Maizara binti Mahat, Rohani binti Mansor, Nurazlin binti Mat Nur

Pencegahan Jenayah

Noorayuni binti Ab Fatah, Khairiah binti Razali, Tarmiji bin Sabali, Mohd Rusydan bin Ismail, Noriza bin md Nor, Ahmad Junaidi bin Abdullah, Suriyana binti Nanyan@Salim,

Kebudayaan

Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim, Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin, Nurliza binti Ab Rahman, Rosmawati binti Md Desa, Norziani binti Zubir, Rusmami bin Rusli, Nor Amirulfitri bin Othman,Zabedah binti Othman

Kerjaya

Roseniza binti Setapa, Rozimah binti Yaakob, Juli binti Mahbah, Hastipa binti Mat Daud, Noor Azlinda binti kasmin, Nor Arzah binti Hussin, Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Punuji, Nor Saadah binti Ab Halim

Rukun Negara

Zailezah binti Sardi, Nor Maziah binti Abd Malek, Ahmad Musrizuan bin Daud, Roslinda binti Mansor, Mazzaini binti Muda, Nor Latipah binti Che Yusoff, Nik Rosmaliza binti Nik Hussain, Norhidayu binti Sadri

Doktor Muda

Norazian binti Mat Anuar, Normadzirah binti Abd Rahim, Norinna binti Mohamed, Syahirah binti Tumar, Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz, Norazah binti Mohd Ali, Fadhilah binti Talib, Nor Rafini binti Othman

Sains Teknologi

Nur Hanim binti Ismail, Wan Mohd Roswandy binWan Ibrahim, Wan Faizol bin Wan Mat, Julaili binti Onian, Norsiah binti Mohd Noor, Nor Holwani binti Yahya, Nazahiyah binit Ab Rahman, Parimala a/p Panni Selvam, Azwane binti Adnan

SPBT

Azwani binti Mohamed Noordin, Jamilah binti Mohd Yusof, Musaliha binti Mustafa, Jamunarani a/p Bhoja Rajan, Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman, Nor Azian binti Ahmad, Siti Aisah binti Hanafi

Muzik

Nik Kamisah binti Mohd Aziz, Salina binti Tasu, Norliza binti Ali@Yasim, Nurul Izziani binti Mohd Latifi, Norbaizura binti Nordin, Azizah binti Ahmad, Norhana binti Nordin,  Zaleha binti Sitam, Nurul Hanani










































































Guru Yang Tidak Hadir  

    1.       Komagal a/p Kunaisekaran (cuti bersalin)

    2.       Nora Azean binti Che Othman (cuti bersalin)

    3.       Nor Azmira binti Kadirun (cuti bersalin)

    4.       Suphasara Supranie (KDC)

    5.       Claudia Jacqueline Charles Nelson (KDC)

    6.       Suziana binti Mohd Makhtar (KDC)














 
2. Kehadiran Murid

Kelab & Persatuan

Dalam Talian

Luar Talian

Tidak Ikuti

 

Bahasa Melayu

0

35

41

Bahasa Inggeris

0

25

57

Bahasa Arab

0

27

50

Agama Islam

0

26

52

Komputer

41

0

37

Pencegahan Jenayah

0

50

31

Kebudayaan

30

30

7

Kerjaya

20

31

19

Rukun Negara

13

18

36

Doktor Muda

0

24

55

Sains Teknologi

27

0

53

SPBT

0

23

52

Muzik

0

30

49


  • Jumlah Murid Yang Mengikuti Aktiviti          : 450/989 (46%)
  • Jumlah Murid Yang Tidak Mengikuti Aktiviti: 539/989 (54%)

3. Laporan Aktiviti:

Alhamdulillah perjumpaan aktiviti Kelab dan Persatuan pada kali kedua ini dapat dilaksanakan seperti  yang dirancang dengan jayanya. Aktiviti Kokurikulum yang dijalankan pada kali ini secara gabungan iaitu dalam talian dan luar talian. Guru-guru penasihat menggunakan aplikasi Google Classroom, Google Meet, Google Form, Telegram, Video dan Youtube. Walaupun aktiviti ini dilaksanakan dalam norma baru namun murid-murid bersemangat mendengar, mengikuti dan melakukan setiap aktiviti yang diberi oleh guru. Kuiz-kuiz yang dijawab dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan am murid. 

Berikut adalah laporan yang disediakan oleh guru penasihat bagi setiap Kelab dan Persatuan:

Kelab/Persatuan

Laporan Guru Bertugas

 

Bahasa Melayu

      1. Guru penasihat memaparkan pautan video tentang nota Tatabahasa Kata Pemeri kepada murid di group Telegram.

      2. Murid menjawab kuiz dalam Google Form yang disediakan.

      3. Murid mengisi kehadiran dalam link yang diberi oleh penyelaras.

      4. Murid diminta menghantar gambar semasa menjawab kuiz ke Telegram.

      5. Murid memaparkan hasil kerja kuiz di dalam Google Classroom.

      6. Guru penasihat membuat laporan perjumpaan dalam form yang disediakan.

Bahasa Inggeris    

      1.  Guru penasihat memaklumkan perjumpaan pada minggu ini secara offline melalui Google Classroom dan Telegram.

      2. Pautan nota dan tugasan telah diberi kepada murid dan murid menjawabnya melalui Google Classroom dan Telegram.

      3. Murid menghantar gambar tugasan yang telah disiapkan dan guru penasihat menyemaknya.

      4. Guru penasihat memberi maklum balas kepada tugasan murid.

      5. Perjumpaan ditangguhkan ke minggu seterusnya.

Bahasa Arab

      1. Perjumpaan kali ini seramai 24 orang sahaja yang mengikuti aktiviti di luar talian.

      2. Murid menonton video  yang bertajuk “Buah-buahan” di group Telegram.

      3. Berikutnya sesi menjawab kuiz permainan serta menghantar screenshot markah yang diperolehi.

      4. Murid juga diminta mengambil gambar suasana mereka menjalani aktiviti kokurikulum.

      5. Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang hadir mengikuti kokurikulum  kali ini.

Agama Islam


1. Murid membaca makluman yang disampaikan oleh guru penasihat di dalam Telegram.

2. Murid mengisi link kehadiran yang diberi sebagai bukti kehadiran.

3. Murid-murid menonton video berkaitan tajuk “Malaikat Yang Wajib Diimani.”

4. Seterusnya murid diminta menjawab kuiz di dalam Google Form mengenai tajuk yang diberi.

5. Murid juga diminta menghantar skor markah yang diperolehi dan menghayati tajuk yang dipelajari.

Komputer    

      1. Guru penasihat memaklumkan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid melalui group Telegram.

      2. Murid mengisi link kehadiran yang dihantar oleh penyelaras di dalam Telegram.

      3. Guru penasihat memberi kata-kata aluan dan bacaan doa melalui Live Chat Telegram.

      4. Murid-murid diminta menjawab Kuiz Kemerdekaan di dalam Google Form yang linknya diberi dalam Telegram.

      5. Murid-murid membuat screen shot dan menghantar markah kuiz yang diperolehi.

      6. Sebelum berakhir nama murid yang dapat markah tertinggi diumumkan dan ucapan tahniah bagi yang berjaya.

Pencegahan Jenayah

      1. Guru penasihat memaklumkan kepada murid perjumpaan pada minggu ini melalui Telegram Kelab Pencegahan Jenayah.

      2. Penyelaras memberikan pautan link kehadiran untuk diisi oleh murid sebagai rekod kehadiran.

      3. Guru penasihat memberi Google Form yang mengandungi nota dan latihan dalam Telegram dan Google Classroom yang perlu dibuat oleh murid.

      4. Murid menghantar gambar Quiz yang telah disiapkan dan guru menyemak serta memberi maklum balas kepada murid.

      5. Perjumpaan berakhir dengan ucapan terima kasih daripada murid-murid kepada guru-guru penasihat.

Kebudayaan

      1. Murid bersedia untuk perjumpaan kali ini di Google Classroom dan Telegram.

      2. Murid mengisi kehadiran terlebih dahulu sebelum aktiviti dimulakan.

      3. Tajuk untuk minggu ini ialah “Tarian Tradisional” murid melihat bahan di Google Classroom.

      4. Murid juga diminta menjawab soalan di dalam Google Form yang disediakan.

      5. Guru penasihat akan menyemak hasil jawapan murid di dalam Google Form.

      6. Aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya hingga di akhir perjumpaan.

Kerjaya

       1. Guru penasihat memaklumkan perjumpaan kali ini secara alam maya iaitu di medium Google Classroom, Telegram dan Google Form.

       2. Semua ahli kelab menjawab kuiz yang berkaitan dengan kerjaya di Google Form yang diberi oleh guru penasihat.

       3. Guru penasihat menyemak jawapan murid dan respond ahli secara auto di Google Drive.

       4. Murid yang berjaya mendapat markah tertinggi diucapkan tahniah.

       5. Murid-murid mengucapkan terima kasih di chat Telegram kepada guru-guru penasihat sesi perjumpaan selesai.

Rukun Negara

       1. Guru penasihat memaklumkan perjumpaan untuk ahli Kelab Rukun Negara dalam aplikasi Telegram dan Google Classroom.

       2. Pautan video tentang kronologi kemerdekaan Malaysia kepada ahli.

       3. Guru penasihat membuat kesimpulan tentang kronologi kemerdekaan Malaysia.

       4. Murid menjawab kuiz dalam Google Form dan menghantar gambar hasil dari kuiz yang dibuat.

       5. Guru penasihat membuat laporan perjalanan aktiviti kelab.

Doktor Muda

       1. Murid-murid telah dimaklumkan dalam telegram supaya membuka Google Classroom bagi perjumpaan kali kedua.

       2. Murid menonton video bertajuk “Kepentingan Penjagaan Kebersihan Diri” di Google Classroom.

       3. Seterusnya murid-murid menjawab soalan di dalam Google Form.

       4. Murid-murid menghantar markah yang diperolehi di dalam group Telegram.

       5. Guru penasihat mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang berjaya mengikuti aktiviti kokurikulum pada minggu ini.

Sains Teknologi

       1.  Guru penasihat menggunakan medium online iaitu Google Meet, Telegram dan Youtube untuk aktiviti kali ini.

       2.  Guru penasihat mengalu-alukan kehadiran murid dan meminta murid yang belum masuk dalam talian supaya segera masuk.

       3. Murid mendengar dengan tekun penjelasan daripada guru penasihat mengenai aktiviti membuat alat “Self Balancer”.

       4. Murid menonton Youtube cara membuat “Self Balancer”. Alat-alat membuat bahan tersebut telah disediakan oleh murid sehari sebelum aktiviti kokurikulum dijalankankan.

       5. Selepas tontonan, murid mula membina alat “Self Balancer” di rumah dan memaparkan di Google Meet.

       6. Semua murid dapat membina alat “Self Balancer” dengan jayanya. Cikgu Wan Faizol mengucapkan tahniah kepada semua murid.

       7. Akhir sekali murid diminta menjawab soalan di Google Form sebagai pengukuhan.

SPBT

       1. Tajuk aktiviti kelab SPBT pada minggu ini ialah “Sayangi Buku Teks Kita” secara offline.

       2. Murid melihat video dan bahan bacaan di medium Google Classroom.

       3. Murid perlu menjawab soalan dalam platform Quizizz yang berkisar mengenai tip-tip penjagaan Buku Teks.

       4. Cikgu Jamilah dan Cikgu Musaliha berjaya menarik minat murid menyertai aktiviti hari ini. Banyak bahan-bahan menarik yang dipaparkan dalam Google Classroom.

       5. Guru penasihat menasihati murid supaya pada masa perjumpaan akan datang lebih ramai lagi murid yang boleh sertai.

       6. Seramai 23 orang murid telah berjaya menjawab tugasan yang diberi.

Muzik

       1. Perjumpaan secara medium Telegram dan Google Classroom.

       2. Bahan Anyflip dan soalan kuiz disediakan kepada murid melalui Google Form.

       3. Link seperti berikut: https://forms.gle/aSG5zNmKr25HAgPw5

       4. Murid diminta menyelesaikan jawapan kuiz kemudian menghantar markahnya di Telegram berserta nama dan kelas.

       5. Guru agak kecewa kerana bilangan penyertaan murid menjawab kuiz agak sedikit jika dikira dengan kehadiran.

 


4. Gambar Aktiviti Kelab dan Persatuan

Pemakluman Aktiviti Kelab dan Persatuan

Persatuan Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Inggeris

Persatuan Bahasa Arab

Persatuan Agama Islam

Kelab Komputer

Kelab Pencegahan Jenayah

Kelab Kebudayaan

Kelab Kerjaya

Kelab Rukun Negara

Kelab Doktor Muda

Kelab Sains Teknologi

Kelab SPBT

Kelab Muzik

Suasana aktiviti kokurikulum murid di rumah

Kuiz yang dijawab oleh murid-murid

Pelaksanaan kokurikulum di luar waktu, secara tidak langsung dapat membantu murid memanfaatkan masa cuti mereka dengan perkara yang berfaedah. Juga menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup murid sebelum melangkah ke alam dewasa. Semoga anak-anak murid SKTPP dapat menyertai aktiviti kokurikulum ini secara santai dan menyeronokakan. Guru-guru penasihat sentiasa berusaha menyediakan bahan-bahan menarik untuk dipaparkan kepada murid-murid. Jumpa lagi pada minggu seterusnya.

Laporan disediakan oleh:

Norlida binti Othman
Penyelaras Kelab dan Persatuan
SK Taman Putra Perdana