Friday, September 15, 2023

Laporan Perjumpaan Unit Beruniform Bil.7/12 (2023/2024)

 Tarikh    : 13 September 2023

Hari        : Rabu

Masa    : 12:20 tengah hari hingga 2:20 petang

Antara aktiviti unit beruniform pada minggu ini adalah pemilihan peserta kawad kaki. Semua guru penasihat unit beruniform yang telah ditugaskan, telah membuat pilihan. Seramai 31 orang murid yang akan terlibat dalam kawad kaki bagi setiap unit. Ahli yang tidak terlibat dengan latihan kawad kaki, mereka telah disediakan aktiviti seperti mengemas fail (Pandu Puteri Tunas), menghasilkan kraf menggunakan batang aiskrim (PPIM), Brain Puzzle (TKRS), Latihan ikatan buku sila (BSMM), Nyanyian lagu-lagu rakyat (Pengakap).

    Kehadiran murid pada minggu ini sedikit berkurangan atas sebab ada murid yang bersekolah agama, menduduki gerak gempur PSRA dan percubaan UPKK.Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh guru penasihat unit beruniform masing-masing semasa murid menjalankan aktiviti:

Pengumuman

Lokasi Perjumpaan

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PENGAKAP

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PANDU PUTERI TUNAS

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Semua aktiviti pemilihan dan latihan kawad kaki, berjalan lancar. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain juga berjalan dengan suasana yang menyeronokan oleh guru-guru penasihat untuk murid-murid. Semoga ilmu yang disampaikan oleh guru kepada semua murid pada perjumpaan kali ini dapat memberi manafaat yang baik kepada murid pada masa akan datang.


Disediakan oleh:

Astina binti Mahad Nor

Setiausaha Kokurikulum SKTPP



Monday, September 11, 2023

Laporan Perjumpaan Kelab Dan Persatuan Bil.7/12 (2023/2024)

Tarikh    : 6 September 2023
Hari       : Rabu
Masa     :12.20 tengahari - 2.20 petang

Perjumpaan Kokurikulum pada minggu ini dikendalikan oleh Kelab Sains dan Teknologi iaitu Program Pertandingan STEM. Program STEM merupakan suatu bidang ilmu yang menyepadukan pembelajaran bagi bidang Sains (S), Teknologi (T), Kejuruteraan (E) dan Matematik (M). Program ini adalah untuk melahirkan murid yang kreatif, imaginatif, inventif dan mempunyai nilai estetik dalam mengamplikasikan STEM semasa penyelesaian masalah dalam kehidupan.

Antara objektif program STEM ini adalah untuk;
1. Menanamkan rasa minat pada sains melalui aktiviti yang dirancang.
2. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui projek yang        dihasilkan.
3. Melahirkan murid yang berdaya kreatif, kritis dan berketerampilan teknologi.
4. Memupuk semangat bekerjasama berpasukan bagi menyelesaikan masalah
    dalam kalangan murid.

Penyelaras Program STEM ini diketuai oleh puan Zailezah binti Sardi antara aktiviti pertandingan yang disediakan ialah membuat Tangan Robotik, Payung Terjun Plastik dan Buku Sifir. Sijil penyertaan dan hadiah menarik juga disediakan. 

Berikut adalah sebahagian daripada gambar aktiviti yang dijalankan mengikut kelab dan persatuan masing-masing.

Pemakluman aktiviti kokurikulum oleh setiausaha kokurukulum

Pertandingan ini diwarkan dalam group kelas 

Kelab Komputer membuat aktiviti "Buku Sifir"

Kelab Sains dan Teknologi aktiviti "Payung Terjun"


Kelab Rukun Negara aktiviti "Buku Sifir"


Persatuan B.Melayu aktiviti "Tangan Robotik"


Kelab Muzik aktiviti "Payung Terjun Plastik"


Kelab Kebudayaan aktiviti "Payung Terjun"


Persatuan Pendidikan Islam aktiviti "Tangan Robotik"


Kelab SPBT aktiviti "Buku Sifir"


Kelab Kerjaya aktiviti "Buku Sifir"


Persatuan B.Arab aktiviti "Tangan Robotik"




Sebahagian nama-nama pemenang yang telah berjaya

Semangat kerjasama dalam kumpulan amat penting bagi menghasilkan kejayaan, ia perlu dipupuk dalam kehidupan seharian murid semada semasa berada di sekolah, rumah dan di mana sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada penyelaras, Ajk pelaksana, setiausaha kelab dan guru-guru penasihat yang sangat membantu menjayakan aktiviti pertandingan STEM pada minggu ini. Sekian terima kasih.


Disediakan oleh,
Norlida binti Othman
Penyelaras kelab & Persatuan
SK Taman Putra Perdana.

Wednesday, August 23, 2023

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bil. 7/12 (2023/2024)

Tarikh : 23 Ogos 2023 
Masa : 12.20 - 2.20 petang 
Hari : Rabu 
Perjumpaan pada minggu ini dilaksanakan secara bersemuka. Guru-guru telah melaksanakan aktiviti sukan dan permainan mengikut takwim aktiviti masing-masing.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada minggu ini:
Antara kolaj gambar aktiviti-aktiviti sepanjang perjumpaan:
Syabas dan tahniah kepada para guru dan murid yang telah menjayakan perjumpaan kita pada kali ini. Semoga perjumpaan kita yang seterusnya akan berjalan dengan lancar. 

Laporan disediakan oleh: 
Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin (Penyelaras Sukan dan Permainan)

Wednesday, August 16, 2023

Laporan Perjumpaan Unit Beruniform Bil. 6/12 (2023/2024)

Tarikh   : 16 Ogos 2023

Hari        : Rabu

Masa      : 12.20 tengah hari - 2.20 petang 

Perjumpaan Unit Beruniform pada kali ini telah diadakan secara bersemuka. Tempat perjumpaan setiap ahli unit beruniform telah disusun oleh Setiausaha Kokurikulum bagi memastikan murid berada di kawasan yang selamat dan selesa sepanjang menjalankan aktiviti. Tempat perjumpaan setiap unit beruniform adalah seperti dalam memo di bawah.



Tempat perjumpaan ahli Unit Beruniform

Guru penasihat setiap unit beruniform telah menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk setiap ahlinya. Aktiviti yang dijalankan memberi ilmu pengetahuan serta pengalaman baharu kepada murid-murid. Berikut dipaparkan gambar aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit beruniform.

PANDU PUTERI TUNAS


Aktiviti yg telah dijalankan : Pandu Puteri Tunas telah menjalankan aktiviti makna bendera Malaysia dan mengenal bendera semua negeri-negeri di Malaysia (mewarna)

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


Aktiviti yg telah dijalankan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah memulakan aktiviti  dengan tatacara perjumpaan dan menulis laporan dalam buku log / catatan. Seterusnya, aktiviti membuat sajian pencuci mulut - Biskut Nestum Blueberry

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA





Aktiviti yg telah dijalankan : Bulan Sabit Merah Malaysia telah menjalankan aktiviti Kenali kain anduh dan fungsinya. Ahli BSMM telah belajar mengenali 5 jenis anduh iaitu anduh tapak tangan, anduh lengan, anduh kepala, anduh kaki dan juga anduh dada. Mereka juga belajar mengenali dan mempraktis cara ikatan buka sila kain anduh. Akhir sekali mereka belajar mengenali dan mempraktis anduh gelungan cincin.

  PENGAKAP


Aktiviti yg telah dijalankan : Pengakap  telah membuat aktiviti Laungan Agung iaitu Laungan Agung dalam skala kecil (dalam sekawan) dan Laungan Agung dalam sekawan besar (gabungan semua tahun).

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


Aktiviti yg telah dijalankan : Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menjalankan aktiviti mencipta hasil kreatif jalur gemilang menggunakan bahan terpakai.

Secara keseluruhannya, ahli-ahli Unit Beruniform sangat teruja dan sentiasa bersemangat semasa mengadakan aktiviti unit beruniform mereka. Mereka menunjukkan minat dan kesungguhan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan baik oleh guru-guru penasihat setiap Unit Beruniform. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, dapat menjadi panduan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Wednesday, August 9, 2023

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab dan Persatuan Bil. 6/12 (2023/2024)


Tarikh : 9 Ogos 2023

Masa : 12.20 - 2.20 petang 

Hari : Rabu

Perjumpaan pada minggu ini dilaksanakan secara bersemuka. Para guru telah melaksanakan aktiviti mengikut takwim aktiviti masing-masing. Berikut senarai aktiviti yang dijalankan :

KELAB KEBUDAYAAN:  

Aktiviti : Pertandingan Lagu Patriotik

KELAB MUZIK:  

Aktiviti: Sambung-sambung Lagu Viral

KELAB SPBT:  

Aktiviti : Mewarna Poster Kemerdekaan

PERSATUAN BAHASA MELAYU:

Aktiviti : Mencari Benda Tersembunyi

KELAB SAINS DAN TEKNOLOGI:

Aktiviti : Reka cipta Model Mesin Palang Keselamatan Mini

KELAB RUKUN NEGARA:  

Aktiviti : Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan

KELAB DOKTOR MUDA:  

Aktiviti : Amalan Pergigian Sihat, Buku Skrap Mini

PERSATUAN BAHASA ARAB:

Aktiviti : Melukis Poster Sempena Hari Kemerdekaan

KELAB KERJAYA: 

Aktiviti : Penghasilan Penanda Buku bertema Kerjaya

PERSATUAN AGAMA ISLAM: 

Aktiviti : Mari Mengenal 10 Malaikat

PERSATUAN BAHASA INGGERIS: 

Aktiviti : Find The Words

KELAB KOMPUTER :  

Aktiviti :  Asas Penggunaan Smartboard

Di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung :











Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan lancar. Terima kasih kepada para guru dan murid atas komitmen yang telah ditunjukkan. Semoga memberi manfaat kepada murid dan guru.