Saturday, September 30, 2023

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2023

 


Pada 27 September 2023 (Rabu), Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah berjaya melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah. Ini merupakan salah satu kegiatan dalam bidang kokurikulum yang diadakan pada setiap tahun di peringkat sekolah. Makluman program seperti berikut:

Tarikh : 27 September 2023 (Rabu)

Masa : 7.30 - 9.00 pagi (Pertandingan Kawad Kaki)

             1.20 - 2.20 petang (Majlis Penyampaian Hadiah)

Tempat : Dataran Perhimpunan dan Dewan Perdana SKTPP

Sasaran : Unit Beruniform Pengakap, BSMM, PPT, TKRS dan PPIM. 

 

Senarai Nama Jurulatih Kawad Kaki

Persekutuan Pengakap Malaysia

1. Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

2. Encik Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

3. Encik Wan Faizol bin Wan Mat


Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

1. Dr Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar

2. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah

3. Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib


Pandu Puteri Tunas (PPT)

1. Puan Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz

2. Cik Nurul Nadirah binti Kamarulzaman

3. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan


Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

1. Cik Azwane binti Adnan

2. Puan Arjunawati binti Ahmad Nuze


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

1. Puan Jamilah binti Mohd Yusof

2. Puan Syahirah binti Tumar

 

Sorotan Program

Dimulakan dengan pasukan Persekutuan Pengakap Malaysia. Setiap langkah diatur kemas, Pengakap tampil yakin tanpa ada gemuruh walaupun mereka kumpulan pertama beraksi. 

Mengambil baris seterusnya adalah pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Dengan laungan 'Baris.. Bariiiis Sedia!'. Langkah kemas yang diatur pasukan BSMM mempamerkan aksi yang ringkas dan kemas.

Aksi pasukan Pandu Puteri Tunas (PPT) menghentak kaki dengan yakin dan bersahaja tidak harus dipandang enteng. Aksi 'all-women' pasukan ini haruslah dipuji.

Suasana pertandingan menjadi semakin hangat apabila terdengar laungan suara Ketua Platun pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Adik Muhammad Nujaid Hadif bin Hazlee (6 Sony) memberikan arahan setiap satu patah perkataannya dilaungkan jelas dan penuh yakin. Tidak hairanlah adik Nujaid telah merangkul gelaran Ketua Platun terbaik keseluruhan.

Aura merah jambu kemudiannya mewarnai dataran perhimpunan dengan penuh ayu dan sopan, pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) melangkah dengan kemas dan teratur. Setiap langkah dikira dengan tepat. Setiap seorang dari pasukan begitu fokus menerima arahan, seterunya mempamerkan aksi hampir 'zero defect'. Pengumuman yang menobatkan PPIM sebagai Johan keseluruhan pertandingan kawad kaki pada tahun ini tidak dapat disangkal lagi. 

Berikut adalah keputusan keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform:

KEDUDUKAN

UNIT BERUNIFORM

Johan

PPIM

Naib Johan

TKRS

Tempat Ketiga

Pengakap

Tempat Keempat

BSMM

Tempat Kelima

PPT


Ketua Platun Terbaik : Adik Muhammad Nujaid Hadif bin Hazlee (TKRS)

Jom tonton aksi-aksi peserta kawad kaki dan penonton yang sempat dirakam.







Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua peserta yang menyertai Pertandingan Kawad kaki. Kepada yang tidak berjaya, anda tetap hebat dan teruskan usaha anda pada masa akan datang.

Rumput menjalar di tanah paya,

Melilit pula di pohon keranji;

Langkah diatur segala bergaya,

Membentuk disiplin sahsiah terpuji. 

  

Disediakan oleh:

 Nor-Azura binti Mustafa

Norinna binti Mohamed 

Roseniza binti Setapa

Nor Hanim binti Ismail 

Faridatul-Akmal binti Ismail

Kamelya Rusydina binti Kamarul Rasydan

Fatin Batrisyia binti Ridhuan 


Friday, September 15, 2023

Laporan Perjumpaan Unit Beruniform Bil.7/12 (2023/2024)

Tarikh  : 13 September 2023

Hari     : Rabu

Masa   : 12:20 tengah hari hingga 2:20 petang

Antara aktiviti unit beruniform pada minggu ini adalah pemilihan peserta kawad kaki. Semua guru penasihat unit beruniform yang telah ditugaskan, telah membuat pilihan. Seramai 31 orang murid yang akan terlibat dalam kawad kaki bagi setiap unit. Ahli yang tidak terlibat dengan latihan kawad kaki, mereka telah disediakan aktiviti seperti mengemas fail (Pandu Puteri Tunas), menghasilkan kraf menggunakan batang aiskrim (PPIM), brain puzzle (TKRS), latihan ikatan buku sila (BSMM) dan nyanyian lagu-lagu rakyat (Pengakap).

    Kehadiran murid pada minggu ini sedikit berkurangan atas sebab ada murid yang bersekolah agama, menduduki gerak gempur PSRA dan percubaan UPKK. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh guru penasihat unit beruniform masing-masing semasa murid menjalankan aktiviti:

Pengumuman

Lokasi Perjumpaan

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PENGAKAP

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PANDU PUTERI TUNAS

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Semua aktiviti pemilihan dan latihan kawad kaki, berjalan lancar. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain juga berjalan dengan suasana yang menyeronokan oleh guru-guru penasihat untuk murid-murid. Semoga ilmu yang disampaikan oleh guru kepada semua murid pada perjumpaan kali ini dapat memberi manafaat yang baik kepada murid pada masa akan datang.


Disediakan oleh:

Astina binti Mahad Nor

Setiausaha Kokurikulum SKTPP

Monday, September 11, 2023

Laporan Perjumpaan Kelab Dan Persatuan Bil.7/12 (2023/2024)

Tarikh    : 6 September 2023
Hari       : Rabu
Masa     :12.20 tengah hari - 2.20 petang

Perjumpaan Kokurikulum pada minggu ini dikendalikan oleh Kelab Sains dan Teknologi iaitu Program Pertandingan STEM. Program STEM merupakan suatu bidang ilmu yang menyepadukan pembelajaran bagi bidang Sains (S), Teknologi (T), Kejuruteraan (E) dan Matematik (M). Program ini adalah untuk melahirkan murid yang kreatif, imaginatif, inventif dan mempunyai nilai estetik dalam mengamplikasikan STEM semasa penyelesaian masalah dalam kehidupan.

Antara objektif program STEM ini adalah untuk;
1. Menanamkan rasa minat pada sains melalui aktiviti yang dirancang.
2. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui projek yang dihasilkan.
3. Melahirkan murid yang berdaya kreatif, kritis dan berketerampilan teknologi.
4. Memupuk semangat bekerjasama berpasukan bagi menyelesaikan masalah dalam kalangan murid.

Penyelaras Program STEM ini diketuai oleh puan Zailezah binti Sardi antara aktiviti pertandingan yang disediakan ialah membuat Tangan Robotik, Payung Terjun Plastik dan Buku Sifir. Sijil penyertaan dan hadiah menarik juga disediakan. 

Berikut adalah sebahagian daripada gambar aktiviti yang dijalankan mengikut kelab dan persatuan masing-masing.

Pemakluman aktiviti kokurikulum oleh Setiausaha Kokurukulum

Pertandingan ini diwar-warkan dalam group kelas 

Kelab Komputer membuat aktiviti "Buku Sifir"

Kelab Sains dan Teknologi aktiviti "Payung Terjun"

Kelab Rukun Negara aktiviti "Buku Sifir"

Persatuan B.Melayu aktiviti "Tangan Robotik"

Kelab Muzik aktiviti "Payung Terjun Plastik"

Kelab Kebudayaan aktiviti "Payung Terjun"

Persatuan Pendidikan Islam aktiviti "Tangan Robotik"

Kelab SPBT aktiviti "Buku Sifir"

Kelab Kerjaya aktiviti "Buku Sifir"

Persatuan B.Arab aktiviti "Tangan Robotik"



Sebahagian nama-nama pemenang yang telah berjaya

Semangat kerjasama dalam kumpulan amat penting bagi menghasilkan kejayaan. Ia perlu dipupuk dalam kehidupan seharian murid samada semasa berada di sekolah, rumah dan di mana sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada penyelaras, AJK Pelaksana, Setiausaha Kelab dan Guru-Guru Penasihat yang sangat membantu menjayakan aktiviti pertandingan STEM pada minggu ini. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,
Norlida binti Othman
Penyelaras kelab & Persatuan
SK Taman Putra Perdana.

Sunday, September 10, 2023