Wednesday, August 23, 2023

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bil. 7/12 (2023/2024)

Tarikh : 23 Ogos 2023 
Masa : 12.20 - 2.20 petang 
Hari : Rabu 
Perjumpaan pada minggu ini dilaksanakan secara bersemuka. Guru-guru telah melaksanakan aktiviti sukan dan permainan mengikut takwim aktiviti masing-masing.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada minggu ini:
Antara kolaj gambar aktiviti-aktiviti sepanjang perjumpaan:
Syabas dan tahniah kepada para guru dan murid yang telah menjayakan perjumpaan kita pada kali ini. Semoga perjumpaan kita yang seterusnya akan berjalan dengan lancar. 

Laporan disediakan oleh: 
Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin (Penyelaras Sukan dan Permainan)

Wednesday, August 16, 2023

Laporan Perjumpaan Unit Beruniform Bil. 6/12 (2023/2024)

Tarikh   : 16 Ogos 2023

Hari        : Rabu

Masa      : 12.20 tengah hari - 2.20 petang 

Perjumpaan Unit Beruniform pada kali ini telah diadakan secara bersemuka. Tempat perjumpaan setiap ahli unit beruniform telah disusun oleh Setiausaha Kokurikulum bagi memastikan murid berada di kawasan yang selamat dan selesa sepanjang menjalankan aktiviti. Tempat perjumpaan setiap unit beruniform adalah seperti dalam memo di bawah.



Tempat perjumpaan ahli Unit Beruniform

Guru penasihat setiap unit beruniform telah menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk setiap ahlinya. Aktiviti yang dijalankan memberi ilmu pengetahuan serta pengalaman baharu kepada murid-murid. Berikut dipaparkan gambar aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit beruniform.

PANDU PUTERI TUNAS


Aktiviti yg telah dijalankan : Pandu Puteri Tunas telah menjalankan aktiviti makna bendera Malaysia dan mengenal bendera semua negeri-negeri di Malaysia (mewarna)

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


Aktiviti yg telah dijalankan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah memulakan aktiviti  dengan tatacara perjumpaan dan menulis laporan dalam buku log / catatan. Seterusnya, aktiviti membuat sajian pencuci mulut - Biskut Nestum Blueberry

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA





Aktiviti yg telah dijalankan : Bulan Sabit Merah Malaysia telah menjalankan aktiviti Kenali kain anduh dan fungsinya. Ahli BSMM telah belajar mengenali 5 jenis anduh iaitu anduh tapak tangan, anduh lengan, anduh kepala, anduh kaki dan juga anduh dada. Mereka juga belajar mengenali dan mempraktis cara ikatan buka sila kain anduh. Akhir sekali mereka belajar mengenali dan mempraktis anduh gelungan cincin.

  PENGAKAP


Aktiviti yg telah dijalankan : Pengakap  telah membuat aktiviti Laungan Agung iaitu Laungan Agung dalam skala kecil (dalam sekawan) dan Laungan Agung dalam sekawan besar (gabungan semua tahun).

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


Aktiviti yg telah dijalankan : Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menjalankan aktiviti mencipta hasil kreatif jalur gemilang menggunakan bahan terpakai.

Secara keseluruhannya, ahli-ahli Unit Beruniform sangat teruja dan sentiasa bersemangat semasa mengadakan aktiviti unit beruniform mereka. Mereka menunjukkan minat dan kesungguhan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan baik oleh guru-guru penasihat setiap Unit Beruniform. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, dapat menjadi panduan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Wednesday, August 9, 2023

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab dan Persatuan Bil. 6/12 (2023/2024)


Tarikh : 9 Ogos 2023

Masa : 12.20 - 2.20 petang 

Hari : Rabu

Perjumpaan pada minggu ini dilaksanakan secara bersemuka. Para guru telah melaksanakan aktiviti mengikut takwim aktiviti masing-masing. Berikut senarai aktiviti yang dijalankan :

KELAB KEBUDAYAAN:  

Aktiviti : Pertandingan Lagu Patriotik

KELAB MUZIK:  

Aktiviti: Sambung-sambung Lagu Viral

KELAB SPBT:  

Aktiviti : Mewarna Poster Kemerdekaan

PERSATUAN BAHASA MELAYU:

Aktiviti : Mencari Benda Tersembunyi

KELAB SAINS DAN TEKNOLOGI:

Aktiviti : Reka cipta Model Mesin Palang Keselamatan Mini

KELAB RUKUN NEGARA:  

Aktiviti : Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan

KELAB DOKTOR MUDA:  

Aktiviti : Amalan Pergigian Sihat, Buku Skrap Mini

PERSATUAN BAHASA ARAB:

Aktiviti : Melukis Poster Sempena Hari Kemerdekaan

KELAB KERJAYA: 

Aktiviti : Penghasilan Penanda Buku bertema Kerjaya

PERSATUAN AGAMA ISLAM: 

Aktiviti : Mari Mengenal 10 Malaikat

PERSATUAN BAHASA INGGERIS: 

Aktiviti : Find The Words

KELAB KOMPUTER :  

Aktiviti :  Asas Penggunaan Smartboard

Di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung :











Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan lancar. Terima kasih kepada para guru dan murid atas komitmen yang telah ditunjukkan. Semoga memberi manfaat kepada murid dan guru.

Wednesday, August 2, 2023

Laporan Perjumpaan Unit Beruniform Bil. 5/12 (2023/2024)

Tarikh     : 02 Ogos 2023

Hari        : Rabu

Masa      : 12.20 tengah hari - 2.20 petang 

Perjumpaan Unit Beruniform pada kali ini telah diadakan secara bersemuka. Tempat perjumpaan setiap ahli unit beruniform telah disusun oleh Setiausaha Kokurikulum bagi memastikan murid berada di kawasan yang selamat dan selesa sepanjang menjalankan aktiviti. Tempat perjumpaan setiap unit beruniform adalah seperti dalam poster di bawah.

 Tempat perjumpaan ahli Unit Beruniform

Guru penasihat setiap unit beruniform telah menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk setiap ahlinya. Aktiviti yang dijalankan memberi ilmu pengetahuan serta pengalaman baharu kepada murid-murid. Berikut dipaparkan gambar aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit beruniform.

BSMM - pertandingan melukis dan mewarna poster bertemakan Keamanan Sejagat

Pengakap - memperkenalkan tentang Etika Pakaian Ahli Pengakap

Pandu Puteri Tunas - belajar tentang ikatan dan simpulan

TKRS - menghasilkan buku skrap bunga dan tumbuhan

PPIM - mengadakan aktiviti berkaitan busana muslimah

Murid sangat teruja dan sentiasa bersemangat semasa mengadakan aktiviti unit beruniform mereka. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, dapat menjadi panduan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. 

Sekian laporan pada minggu ini, terima kasih.