Sunday, April 11, 2021

Kursus Asas Permainan Kriket Dalam Talian

Kursus Asas Permainan Kriket Dalam Talian adalah suatu usaha Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dalam menyediakan medium untuk warga SK Taman Putra Perdana dan seluruh daerah Sepang terutama murid-murid dengan aktiviti kokurikulum sesuai dengan keadaan semasa.

Program ini bertujuan memberi pengetahuan kepada anak-anak murid dan warga sekolah tentang sukan kriket secara asas yang semakin mendapat tempat dalam kalangan warga SK Taman Putra Perdana serta daerah Sepang.

Program ini telah berlangsung  seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 11 April 2021

Hari:     Ahad

Masa:    9:00 pagi

Link Youtube Live

https://youtu.be/aOaVwGlc4bc



Gambar semasa kursus berlangsung secara live di youtube


Sesi bersama cikgu Ahmad Junaidi; jurulatih kriket


Sesi bersama cikgu Mohd Izwan; jurulatih kriket


Disediakan oleh : 
Ranjiny Rajah

Wednesday, April 7, 2021

Laporan Program SKTPP Virtual Run 2021

Pada 28 Mac hingga 4 April 2021 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan satu program larian secara maya yang dipanggil SKTPP Virtual Run 2021 yang julung-julung kali diadakan selari dengan pandemik yang melanda negara. 

    Unit Kokurikulum yang diterajui oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali, telah bersepakat untuk menggantikan program tahunan Merentas Desa kepada Virtual Run bagi mengembang potensi dan mencungkil bakat sukan yang ada dalam kalangan murid Tahun 4, 5 dan 6 di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

    Berikut adalah kemeriahan suasana program SKTPP Virtual Run oleh murid serta guru sepanjang ia berlangsung selama seminggu bercuti. 



Penglibatan para guru




    Berikut pula adalah analisa penerima sijil dalam kalangan murid aliran perdana, murid PPKI dan guru dalam menyertai program SKTPP Virtual Run 2021. 

        Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang terlibat dalam menjayakan program larian maya ini. Pihak sekolah sangat mengharapkan agar budaya dan gaya hidup sihat seperti larian ini dapat dijadikan suatu amalan kepada seluruh warga sekolah agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangssan. 

Disediakan oleh : Fatin Huzaikka