Wednesday, May 25, 2022

Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2022

Barisan kepimpinan Unit Beruniform,Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Mereka perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang Kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka. Maka atas dasar dan tujuan tersebut Kursus Kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. 


Pada 25 Mei 2022, telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2022. Kursus ini bermula pukul 1.00 tengah hari hingga 3.20 petang bertempat di Terminal Muafakat SK Taman Putra Perdana. Kursus ini melibatkan semua AJK tertinggi bagi Unit Beruniform, Kelab & Persatuan serta Sukan & Permainan. Kursus ini juga merupakan salah satu aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum pada setiap tahun.

Sila klik link di bawah untuk dapatkan buku program dalam bentuk anyflip..

 http://online.anyflip.com/ozibu/yhnu/mobile/

Poster Program

Rasional kursus ini adalah untuk melatih dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin kokurikulum yang masih muda dan belum cukup berpengetahuan.

Manakala matlamatnya adalah untuk melatih pelajar-pelajar membentuk jati diri sebagai pemimpin yang berkarisma dalam setiap unit Kokurikulum dan membentuk pemimpin kokurikulum yang sedia merancang, mengelola dan melaksana setiap program Unit Kokurikulum. Selain itu,kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah dilantik dalam organisasi Kokurikulum.

Melalui kursus yang diadakan ini juga, diharapkan para peserta kursus dapat:

  • Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, dedikasi dan tanggungjawab.
  • Melahirkan pemimpin yang akan menjadi contoh kepada murid lain, berbudi pekerti dan mempunyai jati diri yang tinggi dan berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Membentuk sahsiah dan keterampilan pemimpin yang dihormati.

Para pelajar didedahkan kepada  Bidang Tugas, Peranan & Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa dalam Organisasi, Cara Kendalian Tugas dan Ciri-ciri Pemimpin Berketrampilan.

Bagi mengikuti aktiviti yang dijalankan, berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai tontonan..



Sesi pembukaan majlis oleh pengerusi majlis bertugas, Pn. Nurliza binti Ab Rahman


Bacaan doa yang dipimpin oleh En. Ahmad Mustafid bin Sharif

Ceramah: Bidang Tugas dan Peranan AJK dalam organisasi oleh Encik Zunaidi bin Jinalidin

Ceramah: Cara Kendalian Tugas dan Ciri-ciri Pemimpin yang Berketrampilan oleh Puan Noor Hayati binti Yusof




Gambar sekitar Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2022

Di akhir kursus,peserta diberi peluang untuk bersoal jawab bersama penceramah. Semoga program ini dapat mengasah dan menggilap bakat pemimpin-pemimpin muda ini dan membentuk mereka menjadi pemimpin yang berwibawa dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi kepada semua pentadbir, AJK Pelaksana dan peserta serta warga SKTPP yang telah bekerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Disediakan oleh:

Siti Fatimah binti Wan Yaacob

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum (Sukan dan Permainan) Bil. 3/12

Tarikh   : 25 Mei 2022

Hari       : Rabu

Masa      : 1.00 - 3.20 petang

Alhamdulillah, perjumpaan aktiviti kokurikulum (Sukan dan  Permainan bil. 3/12), yang terdiri daripada 11 kelab telah berjaya dilaksanakan pada minggu ini. Perjumpaan mingguan ini telah dijalankan dengan jayanya di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Guru-guru penasihat telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk pengisian perjumpaan minggu ini seperti yang telah dirancang.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh setiap kelab pada perjumpaan kali ini adalah seperti berikut:

  1. Bola jaring- Teknik asas lontaran.
  2. Bola sepak- Penggunaan padang dan menggelecek bola.
  3. Hoki- Cara pegang kayu hoki dan cara menggelecek.
  4. Kriket- Pengenalan alatan kriket.
  5. Badminton- Peraturan dan teori pukulan.
  6. Olahraga- Teori dan pecut.
  7. Ping pong- Teknik memegang bat.
  8. Sepak takraw- Asas sepakan.
  9. Catur- Pengenalan dan fungsi buah catur.
  10. Ragbi- Teknik asas balingan.
  11. Bola baling- Jenis dan saiz bola serta teknik asas.

Foto-foto yang telah dikongsi oleh guru penasihat sepanjang aktiviti dijalankan;

Pengumuman aktiviti









Banyak kebaikan dan manfaat dapat diperolehi melalui penyertaan aktiviti kokurikulum. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti kokurikulum setiap minggu. Aktiviti kokurikulum dapat melahirkan murid yang berkualiti dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi bagi melahirkan insan yang berkualiti.


Laporan disediakan oleh:

Faridatul-Akmal binti Ismail,

Naib Setiausaha Kokurikulum (PAJSK),

SK Taman Putra Perdana.

Monday, May 23, 2022

Senarai Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab Murid 2022

Aktiviti Kokurikulum adalah satu program yang wajib disertai oleh setiap murid. Oleh itu setiap murid telah diagihkan dengan Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab masing-masing. Di bawah disediakan pautan untuk membuat semakan senarai Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab bagi aktiviti Kokurikulum.

Tekan pautan di bawah untuk semakan :

https://sg.docworkspace.com/d/sIEiY4o-bAdb5mZUG

Wednesday, May 18, 2022

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum (Bil. 3/12 Kelab dan Persatuan)

 

  Tarikh:    18 Mei 2022
  Hari:        Rabu
  Masa:     1.00pm - 3.20 pm

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum kali ke-3 ini diadakan secara bersemuka setelah hampir 2 tahun perjumpaan aktiviti ini dijalankan secara dalam talian ketika Covid-19

Di peringkat sekolah terdapat 3 jenis aktiviti kokurikulum iaitu Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Pada minggu ini, aktiviti yang dijalankan adalah kelab/persatuan terdiri daripada murid-murid tahap 2.

Melalui perjumpaan secara bersemuka ini, murid-murid kelihatan lebih seronok dan bersemangat menjalani aktiviti bersama rakan-rakan. Mereka menunjukkan kesungguhan yang tinggi. Mereka mengikuti aktiviti pembelajaran seperti yang telah dirancang oleh guru penasihat daripada kelab/persatuan masing-masing. Sepanjang aktiviti dijalankan pelbagai kaedah pembelajaran yang berkaitan dengan kelab/persatuan telah dilangsungkan antaranya ialah pengendalian asas Chromebook bagi Kelab Komputer, pengenalan alat Perkusi bagi Kelab Muzik, membuat buku skrap "bendera Malaysia" bagi Kelab Rukun Negara, pendedahan tentang kerjaya masa kini di abad 21 bagi Kelab Kerjaya dan lain-lain. Tujuan utama kaedah pembelajaran tersebut dipelajari adalah untuk menonjol dan mengasah bakat-bakat murid.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam ketika aktiviti dijalankan:


Aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris

Aktiviti Kelab SPBT

Aktiviti Kelab Komputer

Aktiviti Persatuan Agama Islam

Aktiviti Kelab Doktor Muda

Aktiviti Kelab Rukun Negara


Aktiviti Kelab Sains Teknologi

Aktiviti Persatuan Bahasa Arab

Aktiviti Kelab Muzik

Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah

Aktiviti Kelab Kebudayaan

Aktiviti Kelab Kerjaya



Kesimpulannya, kegiatan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah mempunyai matlamat yang penting dalam usaha melahirkan murid-murid yang cemerlang sahsiah dan berketrampilan. Disamping membina bakat dan asah murid dalam bentuk kemahiran. oleh itu, Ibu bapa sentiasalah memberi sokongan kepada anak-anak untuk mengikuti aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

Disediakan oleh:
Salmi binti Adnan
Naib Setiausaha Kokurikulum

Monday, May 16, 2022

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform Bil.2/12 (2022/2023)


Unit Beruniform

Guru Penasihat

Pengakap

Hadir :

Muhammad Fakrul Hafiz bin Awang, Tarmiji bin Sabali, Afandi bin Mat Zain, Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah, Azwani binti Mohamed Nordin, Ahmad Mustafid bin Mat Syarif, Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin, Wan Faizol bin Wan Mat, Nor-Azura binti Mustafa, Norazian binti Mat Anuar, Rosmawati binti Md Desa, Norliza binti Ali, Zailezah binti Sardi,

 

Pandu Puteri Tunas

(PPT)

Hadir:

Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz, Nik Kamisah binti Mohd Aziz, Norbaizura binti Nordin, Arnny Yusnita binti Md Enarji, Junaidah binti Rus, Zaleha binti Sitam, Jamunarani a/p Bhoja Rajan, Siti Rabiaah binti Mohammad, Noor Hanawati Alinda binti Ab Taib Puruji, Jacquiline Charles Nelson

Tidak hadir:

Parimala a/p Vengadaslam (CRK), Mawaddah binti Kamarulzaman (CRK)

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Hadir :

Julaili binti Onian, Arjunawati binti Ahmad Nuze, Norsiah binti Mohd Nor, Musaliha binti Mustafa, Nurliza binti Ab Rahman, Roseniza binti Setapa, Ahmad Zunaidi bin Jinalabin, Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi, Zurilazman bin Abdullah.

Tidak Hadir

Nur Murni binti Abdullah (kuarantin)

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Hadir:

Ahmad Musrizuan bin Daud, , Azlina binti Mat Isa, Norlida binti Othman, Noriza binti Md Nor, Nur Zainon binti Mohd Razalli, Nor Hanim binti Ismail, Norzakiah binti Mat Diat, Azarul

Tidak hadir

Norli binti Hassan (kuarantin), Mohd Rusydan bin Ismail (SPBT)

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Hadir:

Norinna binti Mohamed, Roslinda binti Mansor, Mazzaini binti Muda, Juli binti Mahbah, Jamilah binti Mohd Yusof, Safinatunajakh binti Mat Som, Umi Nazrah binti Saharoni, Syahirah binti Tumar, Noorayuni binti Ab. Fatah, Norziani binti Zubir, Wan Rosmawati bin Wan Ibrahim,

 

Unit Beruniform

Hadir

Jumlah

Pengakap

170

209

Pandu Puteri Tunas (PPT)

151

194

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

174

225

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

140

208

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)           

136

189

 Jumlah Keseluruhan

771 

1025

 

3. Laporan Aktiviti:

Perjumpaan hari ini adalah perjumpaan kali 2/12 bagi unit beruniform TKRS, PPIM, BSMM, Pengakap dan PPT. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.Kehadiran murid buat pertama kali secara bersemuka begitu memberangsangkan. Guru-guru penasihat juga bersemangat untuk memulakan aktiviti secara bersemuka. Semoga aktiviti kokurikulum dapat kembali dijalankan seperti keadaan biasa sebelum PKP 2020.    

Berikut adalah laporan yang disediakan oleh guru penasihat unit beruniform:

Unit Beruniform

Laporan Guru Penasihat

Pengakap

Guru penasihat memaklumkan perjumpaan dalam aplikasi telegram.

Guru penasihat menyemak senarai nama murid mengisi kehadiran.

Guru memperkenalkan guru penasihat secara bersemuka.

Guru memperkenalkan ahli jawatan kuasa murid yang telah dilantik.

Guru penasihat menerangkan etika pemakaian uniform lengkap pengakap.

Pandu Puteri Tunas (PPT)

 

Guru penasihat memaklumkan perjumpaan dalam aplikasi telegram.

Guru penasihat menyemak senarai nama murid mengisi kehadiran.

Guru memperkenalkan guru penasihat secara bersemuka.

Guru memperkenalkan ahli jawatan kuasa murid yang telah dilantik.

Guru penasihat menerangkan etika pemakaian uniform lengkap Pandu Puteri Tunas.

Pengenalan, sejarah dan lagu dunia Pandu Puteri Tunas.

 

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Guru penasihat memaklumkan perjumpaan dalam aplikasi telegram.

Guru penasihat menyemak senarai nama murid mengisi kehadiran.

Guru memperkenalkan guru penasihat secara bersemuka.

Guru memperkenalkan ahli jawatan kuasa murid yang telah dilantik.

Guru penasihat menerangkan etika pemakaian uniform lengkap TKRS

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Guru penasihat memaklumkan perjumpaan dalam aplikasi telegram.

Guru penasihat menyemak senarai nama murid mengisi kehadiran.

Guru memperkenalkan guru penasihat secara bersemuka.

Guru memperkenalkan ahli jawatan kuasa murid yang telah dilantik.

Guru penasihat menerangkan etika pemakaian uniform lengkap BSMM

Pendidikan Bulan Sabit Malaysia dan pengenalan sejarah Bulan Sabit Malaysia.

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Guru penasihat memaklumkan perjumpaan dalam aplikasi telegram.

Guru penasihat menyemak senarai nama murid mengisi kehadiran.

Guru memperkenalkan guru penasihat secara bersemuka.

Guru memperkenalkan ahli jawatan kuasa murid yang telah dilantik.

Guru penasihat menerangkan etika pemakaian uniform lengkap PPIM

Pengenalan PPIM.

Tatacara perjumpaan dan tatacara penutup.

Format penulisan buku log PPIM.

 Sebahagian dari gambar sepanjang aktiviti unit beruniform berlangsung

Makluman


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)










Ahli TKRS



Ahli BSMM


Ahli PPT bersama guru penasihat

Ahli Pandu Puteri Tunas tekun mendengar taklimat dari guru penasihat

Aktiviti Kokurikulum secara bersemuka buat kali pertama pada hari ini selesai dilaksanakan dalam keadaan sempurna dan penuh ilmu. Semua murid dibenarkan pulang pada pukul 3.20 petang. Terima kasih atas kerjasama guru penyelaras dan guru-guru penasihat unit beruniform pada minggu ini.


Disediakan oleh:
Astina binti Mahad Nor
Setiausaha Kokurikulum SKTPP 2022/2023