Tarikh : 24 APRIL 2024
Hari : Rabu
Masa : 12.50 - 3.20 petang
Perjumpaan Unit Beruniform dimulakan pada minggu ini dengan mesyuarat agong setiap unit beruniform. Dalam mesyuarat ini, guru-guru penasihat akan membuat pemilihan ahli jawatankuasa baru untuk sesi 2024/2025.
Guru- guru juga menerangkan serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun mengikut perancangan didalam takwim setiap unit beruniform. Aktiviti di dalam takwim telah dirancang dengan sangat baik dan teratur oleh guru-guru penasihat.
Sebelum aktiviti kokurikulum Unit Beruniform dijalankan, satu memo telah diedarkan dalam group kelas. Ini adalah untuk memudahkan murid-murid dan ibu bapa maklum tentang perjalanan aktiviti Unit Beruniform pada minggu ini.
Unit Beruniform Pengakap memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.
Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.
Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia juga memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.
Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah turut memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.