Thursday, May 25, 2023

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bil. 2/12 (2023/2024)

Hari: Rabu 
Tarikh: 24 Mei 2023 
Masa: 1:00 petang - 3:00 petang
Pihak sekolah masih tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Oleh itu, perjumpaan pada minggu ini kekal dilaksanakan secara dalam talian (online). Makluman hebahan perjumpaan telah dilakukan oleh guru kelas melalui aplikasi Whatsapp setiap kelas.
Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan: 

1. Kriket: Kemahiran Asas Permainan dan Kuiz

2. Bola Baling: Pengenalan Permainan Bola Baling dan Kuiz

3. Ragbi: Sejarah Ragbi dan Kuiz

4. Hoki: Pengenalan dan Kemahiran Asas Permainan Hoki dan Kuiz

5. Olahraga: Pengenalan Sukan Olahraga dan Kuiz

6. Catur: Pengenalan Permainan Catur dan Kuiz

7. Bola Sepak: Pengenalan Sukan Bola Sepak dan Kuiz

8. Badminton: Pengenalan Sukan Badminton dan Kuiz
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Seribu penghargaan kepada murid-murid yang mengikuti perjumpaan pada minggu ini. Walaupun kita menghadapi kekangan cuaca panas yang melampau, tetapi kita masih berjaya melaksanakan perjumpaan kita secara maya. Tahniah! 

Laporan disediakan oleh: 
Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin Penyelaras Sukan dan Permainan SK Taman Putra Perdana

Monday, May 15, 2023

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab Dan Persatuan Bil.2/12 (2023/2024)

Tarikh   : 10 Mei 2023

Hari      : Rabu

Masa    : 1.00 - 3.00 petang

Perjumpaan pada minggu ini dilaksanakan secara online/offline melalui medium Group Telegram Kelab dan Persatuan masing-masing. Aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah ini ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan fenomena cuaca panas. Bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan murid-murid, pihak KPM mengambil ketetapan agar semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sehingga pemakluman kebenaran pelaksanaan semula dikeluarkan oleh KPM.

Aktiviti di dalam talian ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan takwim yang telah disediakan oleh guru-guru penasihat. Kehadiran murid dalam talian juga sangat memuaskan.

Sebelum aktiviti kokurikulum dijalankan, setiausaha kokurikulum akan mengeluarkan satu memo untuk pemberitahuan perjumpaan kokurikulum yang akan dijalankan pada hari Rabu. Guru-guru kelas tahap dua akan masukkan memo itu ke dalam group kelas masing-masing.

Memo aktiviti kokurikulum

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh setiap kelab dan persatuan pada perjumpaan kali kedua pada minggu ini.

 Aktiviti persatuan yang dijalankan oleh guru penasihat

Aktiviti kelab yang disediakan oleh guru penasihat


Beberapa gambar yang menunjukkan murid-murid sedang menjalani aktiviti kokurikulum secara dalam talian di rumah masing-masing.

Persatuan Bahasa Inggeris

Kelab Muzik

Persatuan Bahasa Arab

Kelab Rukun Negara


Persatuan Agama Islam






Secara keseluruhannya, penglibatan aktiviti kokurikulum secara dalam talian pada minggu ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan ahli kelab dan persatuan. Kerjasama yang baik daripada pihak ibu bapa mendorong anak-anak menjalani aktiviti ini dengan jayanya. Terima kasih juga buat setiausaha dan guru-guru penasihat kelab/persatuan yang sentiasa mempersembahkan aktiviti yang kreatif dan menarik. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan harian anak-anak SKTPP.

Laporan disediakan oleh:
Norlida Binti Othman
(Penyelaras Kelab & Persatuan)