Program Khidmat Masyarakat (Taburkan Jasa, Semaikan Budi) Secara Dalam Talian 2021 ini adalah salah satu program Unit Kokurikulum SKTPP yang telah dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memasuki Fasa ke-3. Aktiviti ini telah disertai oleh semua murid Tahap Dua yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid kepada ibu bapa dan masyarakat sekeliling dan memberikan pembelajaran sepanjang hayat kepada murid.
Objektif Program :
- Meningkatkan rasa kekitaan, jati diri, rasa prihatin dan penyayang antara murid dengan ibu bapa serta masyarakat yang sesuai dengan keadaan situasi semasa sekarang.
- Melahirkan rasa keinsafan kepada murid serta merapatkan hubungan murid dengan keluarga dan masyarakat sekeliling.
Berikut adalah lampiran gambar aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan oleh murid-murid Tahap 2 SKTPP;
Semoga program khidmat masyarakat ini dapat memberi kebaikan dan pengalaman kepada murid-murid dalam menimba ilmu pengetahuan. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua murid yang terlibat, ibu bapa dan guru-guru kerana memberikan kerjasama yang terbaik dalam menjayakan program Khidmat Masyarakat (Taburkan Jasa, Semaikan Budi) secara dalam talian.
Disediakan oleh,
Nor Latipah Bt Che Yusoff.