Tarikh : 14 Jun 2023
Hari : Rabu
Masa : 1.00 - 3.00 petang
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Salam Malaysia Madani!
Perjumpaan Kokurikulum unit beruniform bagi bil. 3/12 telah diadakan secara online/offline. Poster berkenaan aktiviti kokurikulum pada minggu ini juga telah diuar-uarkan kepada murid-murid melalui medium Whatsapps agar ibu bapa maklum dengan tugasan yang akan diberikan oleh guru penasihat unit beruniform masing-masing.
Berikut disertakan laporan bergambar tentang aktiviti ahli setiap unit beruniform;
Pandu Puteri Islam Malaysia
Aktiviti yang dijalankan oleh PPIM ialah:
1. Program Job Week PPIM peringkat Negeri Selangor
2. Pengurusan Rumah Tangga: Mengemas dan membersihkan ruang kediaman rumah.
3. Menulis laporan di dalam buku log / buku catatan.
Pengakap
Aktiviti yang dijalankan oleh Pengakap ialah:
1. Pengenalan kepada Sejarah Pengasas Pengakap
Bulan Sabit Merah Malaysia
Aktiviti yang dijalankan oleh BSMM ialah:
1. Membaca dan menyalin / menampal nota berkaitan Peti Pertolongan Cemas.
2. Menjawab soalan kuiz berkaitan tajuk tersebut.
3. Menjawab kuiz yang bertajuk Cara Merawat Luka Kecil.
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Aktiviti yang dijalankan oleh TKRS ialah:
1. Membuat kolaj logo TKRS
Pandu Puteri Tunas
Aktiviti yang dijalankan oleh PPT ialah:
1. Pengenalan kepada pakaian dan aksesori Pandu Puteri Tunas.
Alhamdulillah, berdasarkan perkongsian gambar-gambar dari guru penasihat, jelas menunjukkan bahawa murid sangat komited dengan tugasan yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu ayah yang sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak untuk melaksanakan setiap tugasan yang disediakan oleh guru penasihat unit beruniform masing-masing.
Sekian sahaja laporan kali ini.
Terima kasih.