Saturday, October 22, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab dan Persatuan Bil.9/12 (2022/2023)

Hari : Rabu

Tarikh : 19 Oktober 2022

Masa : 12.20 tengah hari - 2.20 petang

Hari Rabu yang dinanti kini telah tiba. Walaupun keadaan cuaca sekarang tidak menentu, panas dan hujan bersilih ganti tetapi murid tetap bersemangat untuk hadir dalam aktiviti kokurikulum. Minggu ini murid akan bergerak dalam kelab dan persatuan masing-masing. Seperti biasa murid akan berkumpul mengikut kelab dan persatuan masing-masing untuk laporan kehadiran sebelum bergerak ke lokasi aktiviti seterusnya. Kehadiran  pada kali ini agak baik dan memuaskan.

Aktiviti pada minggu ini telah berakhir dengan jayanya. Yang mana ada minggu ini semua murid akan menjalankan aktiviti Khidmat Masyarakat iaitu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan di sekitar sekolah. Semua murid telah diingatkan oleh guru kelas dalam "Group WhatsApp" masing-masing supaya membawa alatan yang sesuai seperti kain buruk, plastik sampah dan sebagainya. 

Pelaksanaan aktiviti Khidmat Masyarakat ini sebenarnya selain dapat membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah ia juga dapat memupuk nilai positif dalam diri murid-murid. Program ini juga dapat menyuburkan semangat kekitaan. Warga sekolah yang bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah menunjukkan bahawa mereka sayang akan sekolah mereka. 

 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung:































Semangat bergotong-royong sememangnya amalan yang penting dalam masyarakat dan sewajarnya dipupuk dalam kehidupan bermasyarakat khususnya generasi muda. Maka tidak rugilah aktiviti seumpama ini diterap dalam diri anak- anak sejak bangku sekolah. Terima kasih kepada semua guru penasihat yang turut mambantu melaksanakan aktiviti pada minggu ini.


Disediakan oleh,
Roslelawati binti Ibrahim,
Penolong Penyelaras Kelab & Persatuan,
SK Taman Putra Perdana.

Wednesday, October 12, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bil. 9/10 (2022/2023)

Tarikh    :12 Oktober 2022

Masa    :12.20 - 2.20 petang

Hari    : Rabu

Alhamdulillah minggu ini seperti biasa aktiviti kokurikulum sukan dan permainan berjalan dengan lancar. Selesai sesi pembelajaran murid terus berkumpul di dalam unit masing masing mengikut tempat yang ditetapkan. Bermacam-macam aktiviti telah disediakan oleh guru penasihat untuk memastikan semua murid seronok dan mengikuti aktiviti mereka dengan jayanya.

Sepanjang dua jam aktiviti ini berlangsung murid telah mempelajari pelbagai teknik dan kemahiran dalam permainan. Murid juga telah diberi kesempatan untuk bermain dengan rakan-rakan supaya dapat merasai sendiri pengalaman bermain secara praktikal dan mewujudkan semangat bersaing secara sihat. 

Berikut adalah jenis-jenis sukan dan permainan yang dijalankan pada minggu ini dan aktiviti yang sempat dilaksanakan.

1) Bola Sepak

Tajuk: Hantaran Dekat dan Hantaran Jauh

2) Bola Jaring

Tajuk: Kemahiran Menjaring dan Permainan Kecil

3) Bola Baling

Tajuk: Teknik Asas Bola Baling (Menangkap dan Menerima Bola)

4) Badminton

Tajuk: Teknik Asas Badminton

5) Olahraga

Tajuk: Teknik Melontar Peluru

6) Catur

Tajuk: Pertandingan Catur

7) Hoki

Tajuk: Kenali Padang Hoki

8) Kriket

Tajuk: Kemahiran Kriket (Balingan)

9) Ping Pong

Tajuk: Kawalan Bola Dengan Teknik Pegangan Raket Yang Betul

10) Ragbi

Tajuk: Teknik Hantaran dan "Try"

11) Sepak Takraw

Tajuk: Perlawanan Dalaman

Berikut adalah gambar gambar yang sempat dirakam sepanjang permainan berlangsung.

Info aktiviti kokurikulum












Kesimpulannya semua murid sangat seronok dengan aktiviti yang disediakan kerana bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi juga dapat menambahkan kemahiran dalam sesuatu permainan. Syabas diucapkan kepada murid dan guru di atas kerjasama yang diberikan. Semoga kita kekal sihat sepanjang masa. Sesungguhnya otak yang cerdas datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Insyaallah 


Laporan Disediakan Oleh:
Hastipa Mat Daud

Wednesday, October 5, 2022

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2022

Pada 5 Oktober 2022, Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah berjaya melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah. Ini merupakan salah satu kegiatan dalam bidang kokurikulum yang diadakan pada setiap tahun di peringkat sekolah.  Maklumat program seperti butiran berikut:

Tarikh    : 5 Oktober 2022
Hari        : Rabu
Masa       : 7.30 pagi hingga 9.00 pagi (Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki)
                   1.20 petang hingga 2.20 petang (Majlis Penyampaian Hadiah)
Tempat    : Dataran Perhimpunan dan Dewan Perdana SKTPP
Anjuran  : Unit Kokurikulum SKTPP
Sasaran    : Unit Beruniform Pengakap, PPIM, PPT, BSMM dan TKRS
Bilangan peserta: 155 orang murid (setiap pasukan, 31 orang)

Objektif:

1) Membina generasi pelajar yang mempunyai semangat patriotik, cintakan bangsa, agama dan negara.

2) Memenuhi kehendak dan harapan masyarakat yang memerlukan satu usaha yang bersungguh-sungguh ke arah pembinaan generasi baru yang sangat kental semangat, berketrampilan dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. 

3) Memberi peluang kepada para pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan mempunyai daya kepimpinan dan daya juang yang tinggi. 

4) Membentuk generasi pelajar yang memahami, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum bagi menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang.

5) Memberi peluang kepada pelajar untuk menambah markah pencapaian kokurikulum bagi PAJSK.

Senarai Nama Jurulatih Kawad Kaki:

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM):

1) Pn Jamilah binti Mohd Yusof

2) Cik Roslinda binti Mansor

PENGAKAP:

1) En Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

2) En Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Pandu puteri Tunas (PPT):

1) Cik Claudia Jacqueline Charles Nelson

2) Cik Nurul Nadirah binti Kamarulzaman

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM):

1) Pn Nur Zakiah binti Md Diat

2) Pn Hanifah binti Ramlee

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS):

1) En Zurilazman bin Abdullah

2) Pn Julaili binti Onian      

Keputusan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform :

Tempat Pertama: Pengakap

Tempat Kedua: TKRS

Tempat Ketiga: PPT

Tempat Keempat: PPIM

Tempat Kelima: BSMM

Komanden Terbaik : Adik Ahmad Aqil Aiman bin Zaiful (TKRS)

Pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang menyertai Pertandingan Kawad kaki. Kepada yang tidak berjaya, anda tetap hebat dan teruskan usaha anda pada masa akan datang. 


Disediakan oleh:
En Wan Faizol bin Wan Mat
Pn Arjunawati binti Nuze
Pn Juli binti Mahbah