Saturday, August 21, 2021

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum (Kelab Dan Persatuan Bil 2/5)

Tarikh    : 21 Ogos 2021

Masa     : 8.30 pagi - 9.30 pagi

  1. Kehadiran Guru

Kelab & Persatuan

Guru Penasihat

 

Bahasa Melayu

Siti Rabiaah binti Mohammad, Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin, Norli binti Hassan, Azlina binti mat Isa, Junaidah binti Rus, Nor Zakiah binti Mat Diat, Shurhama binti Ahmad,Suziana binti Mohd Makhtar, Hariz Safwan bin Yaccob , Afandi bin Mat Zain

Bahasa Inggeris

Parimala a/p Vengadaslam, Saifullah bin Mat Saupi, Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin, Nor Azura binti Mustafa,Nur Murni binti  Abdullah, Rosmizawati binti Yusub, Ranjiny a/p Rajah, Nur Malisha binti Omar, Amalina binti Abd Hamid

Bahasa Arab

Umi Nazrah binti Saharoni, Nashirah binti Taib, Zurilazman bin Abdullah, Ahmad Zubair bin Muhammad Taib, Safinatunajakh binti Mat Som, Abdul Hafiz bin Abdul Halil, Zalina binti Ismail, Rabihah binti Amirudin

Agama Islam

Ahmad Mustafid bin Mat Sharif, Mohd Ishak  Shairazi bin Mohd Sauzi, Syed Farhan bin Syed Abdullah, Nurzainon binti Mohd Razalli, Mawaddah binti Kamarulzaman, Mohd Hadri bin Ag Idris, Nur Azizati binti Ahmad, Ummu A’thiah binti Hashim, Nur Wahidatuldinah binti Hassan

Komputer

Hafiz bin Md Noor, Halijah binti Mihat, Arjunawati binti Ahmad Nuze, Ahmad Zunaidi bin Jinalabin, Arnny Yusnita binti Md Enarji, Maizara binti Mahat, Rohani binti Mansor, Nurazlin binti Mat Nur

Pencegahan Jenayah

Noorayuni binti Ab Fatah, Khairiah binti Razali, Tarmiji bin Sabali, Mohd Rusydan bin Ismail, Noriza bin md Nor, Ahmad Junaidi bin Abdullah, Suriyana binti Nanyan@Salim,

Kebudayaan

Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim, Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin, Nurliza binti Ab Rahman, Rosmawati binti Md Desa, Norziani binti Zubir, Rusmami bin Rusli, Nor Amirulfitri bin Othman,Zabedah binti Othman

Kerjaya

Roseniza binti Setapa, Rozimah binti Yaakob, Juli binti Mahbah, Hastipa binti Mat Daud, Noor Azlinda binti kasmin, Nor Arzah binti Hussin, Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Punuji, Nor Saadah binti Ab Halim

Rukun Negara

Zailezah binti Sardi, Nor Maziah binti Abd Malek, Ahmad Musrizuan bin Daud, Roslinda binti Mansor, Mazzaini binti Muda, Nor Latipah binti Che Yusoff, Nik Rosmaliza binti Nik Hussain, Norhidayu binti Sadri

Doktor Muda

Norazian binti Mat Anuar, Normadzirah binti Abd Rahim, Norinna binti Mohamed, Syahirah binti Tumar, Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz, Norazah binti Mohd Ali, Fadhilah binti Talib, Nor Rafini binti Othman

Sains Teknologi

Nur Hanim binti Ismail, Wan Mohd Roswandy binWan Ibrahim, Wan Faizol bin Wan Mat, Julaili binti Onian, Norsiah binti Mohd Noor, Nor Holwani binti Yahya, Nazahiyah binit Ab Rahman, Parimala a/p Panni Selvam, Azwane binti Adnan

SPBT

Azwani binti Mohamed Noordin, Jamilah binti Mohd Yusof, Musaliha binti Mustafa, Jamunarani a/p Bhoja Rajan, Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman, Nor Azian binti Ahmad, Siti Aisah binti Hanafi

Muzik

Nik Kamisah binti Mohd Aziz, Salina binti Tasu, Norliza binti Ali@Yasim, Nurul Izziani binti Mohd Latifi, Norbaizura binti Nordin, Azizah binti Ahmad, Norhana binti Nordin,  Zaleha binti Sitam, Nurul Hanani










































































Guru Yang Tidak Hadir  

    1.       Komagal a/p Kunaisekaran (cuti bersalin)

    2.       Nora Azean binti Che Othman (cuti bersalin)

    3.       Nor Azmira binti Kadirun (cuti bersalin)

    4.       Suphasara Supranie (KDC)

    5.       Claudia Jacqueline Charles Nelson (KDC)

    6.       Suziana binti Mohd Makhtar (KDC)














 
2. Kehadiran Murid

Kelab & Persatuan

Dalam Talian

Luar Talian

Tidak Ikuti

 

Bahasa Melayu

0

35

41

Bahasa Inggeris

0

25

57

Bahasa Arab

0

27

50

Agama Islam

0

26

52

Komputer

41

0

37

Pencegahan Jenayah

0

50

31

Kebudayaan

30

30

7

Kerjaya

20

31

19

Rukun Negara

13

18

36

Doktor Muda

0

24

55

Sains Teknologi

27

0

53

SPBT

0

23

52

Muzik

0

30

49


  • Jumlah Murid Yang Mengikuti Aktiviti          : 450/989 (46%)
  • Jumlah Murid Yang Tidak Mengikuti Aktiviti: 539/989 (54%)

3. Laporan Aktiviti:

Alhamdulillah perjumpaan aktiviti Kelab dan Persatuan pada kali kedua ini dapat dilaksanakan seperti  yang dirancang dengan jayanya. Aktiviti Kokurikulum yang dijalankan pada kali ini secara gabungan iaitu dalam talian dan luar talian. Guru-guru penasihat menggunakan aplikasi Google Classroom, Google Meet, Google Form, Telegram, Video dan Youtube. Walaupun aktiviti ini dilaksanakan dalam norma baru namun murid-murid bersemangat mendengar, mengikuti dan melakukan setiap aktiviti yang diberi oleh guru. Kuiz-kuiz yang dijawab dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan am murid. 

Berikut adalah laporan yang disediakan oleh guru penasihat bagi setiap Kelab dan Persatuan:

Kelab/Persatuan

Laporan Guru Bertugas

 

Bahasa Melayu

      1. Guru penasihat memaparkan pautan video tentang nota Tatabahasa Kata Pemeri kepada murid di group Telegram.

      2. Murid menjawab kuiz dalam Google Form yang disediakan.

      3. Murid mengisi kehadiran dalam link yang diberi oleh penyelaras.

      4. Murid diminta menghantar gambar semasa menjawab kuiz ke Telegram.

      5. Murid memaparkan hasil kerja kuiz di dalam Google Classroom.

      6. Guru penasihat membuat laporan perjumpaan dalam form yang disediakan.

Bahasa Inggeris    

      1.  Guru penasihat memaklumkan perjumpaan pada minggu ini secara offline melalui Google Classroom dan Telegram.

      2. Pautan nota dan tugasan telah diberi kepada murid dan murid menjawabnya melalui Google Classroom dan Telegram.

      3. Murid menghantar gambar tugasan yang telah disiapkan dan guru penasihat menyemaknya.

      4. Guru penasihat memberi maklum balas kepada tugasan murid.

      5. Perjumpaan ditangguhkan ke minggu seterusnya.

Bahasa Arab

      1. Perjumpaan kali ini seramai 24 orang sahaja yang mengikuti aktiviti di luar talian.

      2. Murid menonton video  yang bertajuk “Buah-buahan” di group Telegram.

      3. Berikutnya sesi menjawab kuiz permainan serta menghantar screenshot markah yang diperolehi.

      4. Murid juga diminta mengambil gambar suasana mereka menjalani aktiviti kokurikulum.

      5. Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang hadir mengikuti kokurikulum  kali ini.

Agama Islam


1. Murid membaca makluman yang disampaikan oleh guru penasihat di dalam Telegram.

2. Murid mengisi link kehadiran yang diberi sebagai bukti kehadiran.

3. Murid-murid menonton video berkaitan tajuk “Malaikat Yang Wajib Diimani.”

4. Seterusnya murid diminta menjawab kuiz di dalam Google Form mengenai tajuk yang diberi.

5. Murid juga diminta menghantar skor markah yang diperolehi dan menghayati tajuk yang dipelajari.

Komputer    

      1. Guru penasihat memaklumkan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid melalui group Telegram.

      2. Murid mengisi link kehadiran yang dihantar oleh penyelaras di dalam Telegram.

      3. Guru penasihat memberi kata-kata aluan dan bacaan doa melalui Live Chat Telegram.

      4. Murid-murid diminta menjawab Kuiz Kemerdekaan di dalam Google Form yang linknya diberi dalam Telegram.

      5. Murid-murid membuat screen shot dan menghantar markah kuiz yang diperolehi.

      6. Sebelum berakhir nama murid yang dapat markah tertinggi diumumkan dan ucapan tahniah bagi yang berjaya.

Pencegahan Jenayah

      1. Guru penasihat memaklumkan kepada murid perjumpaan pada minggu ini melalui Telegram Kelab Pencegahan Jenayah.

      2. Penyelaras memberikan pautan link kehadiran untuk diisi oleh murid sebagai rekod kehadiran.

      3. Guru penasihat memberi Google Form yang mengandungi nota dan latihan dalam Telegram dan Google Classroom yang perlu dibuat oleh murid.

      4. Murid menghantar gambar Quiz yang telah disiapkan dan guru menyemak serta memberi maklum balas kepada murid.

      5. Perjumpaan berakhir dengan ucapan terima kasih daripada murid-murid kepada guru-guru penasihat.

Kebudayaan

      1. Murid bersedia untuk perjumpaan kali ini di Google Classroom dan Telegram.

      2. Murid mengisi kehadiran terlebih dahulu sebelum aktiviti dimulakan.

      3. Tajuk untuk minggu ini ialah “Tarian Tradisional” murid melihat bahan di Google Classroom.

      4. Murid juga diminta menjawab soalan di dalam Google Form yang disediakan.

      5. Guru penasihat akan menyemak hasil jawapan murid di dalam Google Form.

      6. Aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya hingga di akhir perjumpaan.

Kerjaya

       1. Guru penasihat memaklumkan perjumpaan kali ini secara alam maya iaitu di medium Google Classroom, Telegram dan Google Form.

       2. Semua ahli kelab menjawab kuiz yang berkaitan dengan kerjaya di Google Form yang diberi oleh guru penasihat.

       3. Guru penasihat menyemak jawapan murid dan respond ahli secara auto di Google Drive.

       4. Murid yang berjaya mendapat markah tertinggi diucapkan tahniah.

       5. Murid-murid mengucapkan terima kasih di chat Telegram kepada guru-guru penasihat sesi perjumpaan selesai.

Rukun Negara

       1. Guru penasihat memaklumkan perjumpaan untuk ahli Kelab Rukun Negara dalam aplikasi Telegram dan Google Classroom.

       2. Pautan video tentang kronologi kemerdekaan Malaysia kepada ahli.

       3. Guru penasihat membuat kesimpulan tentang kronologi kemerdekaan Malaysia.

       4. Murid menjawab kuiz dalam Google Form dan menghantar gambar hasil dari kuiz yang dibuat.

       5. Guru penasihat membuat laporan perjalanan aktiviti kelab.

Doktor Muda

       1. Murid-murid telah dimaklumkan dalam telegram supaya membuka Google Classroom bagi perjumpaan kali kedua.

       2. Murid menonton video bertajuk “Kepentingan Penjagaan Kebersihan Diri” di Google Classroom.

       3. Seterusnya murid-murid menjawab soalan di dalam Google Form.

       4. Murid-murid menghantar markah yang diperolehi di dalam group Telegram.

       5. Guru penasihat mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang berjaya mengikuti aktiviti kokurikulum pada minggu ini.

Sains Teknologi

       1.  Guru penasihat menggunakan medium online iaitu Google Meet, Telegram dan Youtube untuk aktiviti kali ini.

       2.  Guru penasihat mengalu-alukan kehadiran murid dan meminta murid yang belum masuk dalam talian supaya segera masuk.

       3. Murid mendengar dengan tekun penjelasan daripada guru penasihat mengenai aktiviti membuat alat “Self Balancer”.

       4. Murid menonton Youtube cara membuat “Self Balancer”. Alat-alat membuat bahan tersebut telah disediakan oleh murid sehari sebelum aktiviti kokurikulum dijalankankan.

       5. Selepas tontonan, murid mula membina alat “Self Balancer” di rumah dan memaparkan di Google Meet.

       6. Semua murid dapat membina alat “Self Balancer” dengan jayanya. Cikgu Wan Faizol mengucapkan tahniah kepada semua murid.

       7. Akhir sekali murid diminta menjawab soalan di Google Form sebagai pengukuhan.

SPBT

       1. Tajuk aktiviti kelab SPBT pada minggu ini ialah “Sayangi Buku Teks Kita” secara offline.

       2. Murid melihat video dan bahan bacaan di medium Google Classroom.

       3. Murid perlu menjawab soalan dalam platform Quizizz yang berkisar mengenai tip-tip penjagaan Buku Teks.

       4. Cikgu Jamilah dan Cikgu Musaliha berjaya menarik minat murid menyertai aktiviti hari ini. Banyak bahan-bahan menarik yang dipaparkan dalam Google Classroom.

       5. Guru penasihat menasihati murid supaya pada masa perjumpaan akan datang lebih ramai lagi murid yang boleh sertai.

       6. Seramai 23 orang murid telah berjaya menjawab tugasan yang diberi.

Muzik

       1. Perjumpaan secara medium Telegram dan Google Classroom.

       2. Bahan Anyflip dan soalan kuiz disediakan kepada murid melalui Google Form.

       3. Link seperti berikut: https://forms.gle/aSG5zNmKr25HAgPw5

       4. Murid diminta menyelesaikan jawapan kuiz kemudian menghantar markahnya di Telegram berserta nama dan kelas.

       5. Guru agak kecewa kerana bilangan penyertaan murid menjawab kuiz agak sedikit jika dikira dengan kehadiran.

 


4. Gambar Aktiviti Kelab dan Persatuan

Pemakluman Aktiviti Kelab dan Persatuan

Persatuan Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Inggeris

Persatuan Bahasa Arab

Persatuan Agama Islam

Kelab Komputer

Kelab Pencegahan Jenayah

Kelab Kebudayaan

Kelab Kerjaya

Kelab Rukun Negara

Kelab Doktor Muda

Kelab Sains Teknologi

Kelab SPBT

Kelab Muzik

Suasana aktiviti kokurikulum murid di rumah

Kuiz yang dijawab oleh murid-murid

Pelaksanaan kokurikulum di luar waktu, secara tidak langsung dapat membantu murid memanfaatkan masa cuti mereka dengan perkara yang berfaedah. Juga menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup murid sebelum melangkah ke alam dewasa. Semoga anak-anak murid SKTPP dapat menyertai aktiviti kokurikulum ini secara santai dan menyeronokakan. Guru-guru penasihat sentiasa berusaha menyediakan bahan-bahan menarik untuk dipaparkan kepada murid-murid. Jumpa lagi pada minggu seterusnya.

Laporan disediakan oleh:

Norlida binti Othman
Penyelaras Kelab dan Persatuan
SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment