Wednesday, November 2, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform Bil. 9/10 (2022/2023)

Hari: Rabu

Tarikh: 2 November 2022

Masa: 12.20 tengah hari - 2.20 petang

Aktiviti Kokurikulum berjalan seperti biasa pada setiap hari Rabu. Tiba giliran Unit Beruniform (UB) untuk membuat aktiviti perjumpaan pada minggu ini. Makluman hebahan perjumpaan telah dibuat oleh guru kelas melalui Whatsapp setiap kelas. 



    Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi setiap Unit Beruniform:

    1.  Pandu Puteri Tunas

  •  Pertandingan membungkus hadiah secara individu.
  • Penyampaian hadiah kepada 21 pemenang terbaik.

    2. TKRS
  • Demonstrasi Ikatan dan Simpulan Asas.
  • Murid mengenal pasti nama ikatan dan simpulan yang dipelajari.


    3. BSMM
  • Penerangan tentang cara menjaga kebersihan diri.
  • Aktiviti berkumpulan.



    4. Pengakap
  • Demonstrasi jenis ikatan dan kegunaan ikatan.
  • Aktiviti berkumpulan.
    


    5. PPIM
  • Majlis Penyampaian Sijil Program Jobweek PPIM Peringkat Negeri Selangor.


    Alhamdulillah aktiviti telah berjalan lancar dan seperti yang dirancang. Syabas dan tahniah kepada semua guru penasihat dan murid yang terlibat. Semoga segala aktiviti yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada anak-anak murid sekalian.


Laporan disediakan oleh;
Nurazlin binti Mat Nor
Penolong Penyelaras Unit Beruniform
SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment