Thursday, May 25, 2023

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bil. 2/12 (2023/2024)

Hari: Rabu 
Tarikh: 24 Mei 2023 
Masa: 1:00 petang - 3:00 petang
Pihak sekolah masih tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Oleh itu, perjumpaan pada minggu ini kekal dilaksanakan secara dalam talian (online). Makluman hebahan perjumpaan telah dilakukan oleh guru kelas melalui aplikasi Whatsapp setiap kelas.
Berikut merupakan antara aktiviti yang telah dijalankan: 

1. Kriket: Kemahiran Asas Permainan dan Kuiz

2. Bola Baling: Pengenalan Permainan Bola Baling dan Kuiz

3. Ragbi: Sejarah Ragbi dan Kuiz

4. Hoki: Pengenalan dan Kemahiran Asas Permainan Hoki dan Kuiz

5. Olahraga: Pengenalan Sukan Olahraga dan Kuiz

6. Catur: Pengenalan Permainan Catur dan Kuiz

7. Bola Sepak: Pengenalan Sukan Bola Sepak dan Kuiz

8. Badminton: Pengenalan Sukan Badminton dan Kuiz
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Seribu penghargaan kepada murid-murid yang mengikuti perjumpaan pada minggu ini. Walaupun kita menghadapi kekangan cuaca panas yang melampau, tetapi kita masih berjaya melaksanakan perjumpaan kita secara maya. Tahniah! 

Laporan disediakan oleh: 
Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin Penyelaras Sukan dan Permainan SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment