Wednesday, June 22, 2022

Kejohanan Merentas Desa SKTPP 2022

Kejohanan Merentas Desa SKTPP telah dijalankan pada 22 Jun 2022 (Rabu) bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada puku 10.30 pagi. Kejohanan ini telah disertai oleh semua murid tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5, 6 dan 20 orang murid dari PPKI. 

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pernyertaan murid-murid dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak  sekolah dan memperkasakan murid-murid dalam memenuhi kehendak aspirasi negara.  Aktiviti ini juga dapat membina budaya dan gaya hidup sihat selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan di samping mengembangkan potensi dan mencungkil bakat sukan yang ada dalam kalangan murid.

Aktiviti ini telah berlangsung dengan begitu bersemangat dan penuh keterujaan oleh murid-murid SKTPP yang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri bahawa mereka yang terbaik.

Berikut adalah pemenang-pemenang Kejohanan Merentas Desa:-

 TAHUN 4 (PEREMPUAN)

1.Nur Syzwani bt Fiezuan     (4 fedora)

2.Aina Batrisya bt Zamharizat    (4 Solaris)

3.Qhaira Nur Iman bt Muhammad Khaizul Azam (4 Solaris)

4.Nur Alisha Qaisara bt Abdul Rahman (4 Solaris)

5.Nur Ellyna Maisarah bt Rahmat  (4 Windows)

TAHUN 4 (LELAKI)

1.Malique Faheemy bin Mahadi   (4 Nitrux)

2.Muhammad Danish Dzakwan bin Mohd Izwan Azrul   (4 Unix)

3.Muhammad Alif Auzaie bin Mohd Nazri  (4 Madriva)

4.Muhammad Haris Farhan  (4 Unix)

5.Tuan Ahmad Afsar bin Tuan Asri    (4 Solaris)

TAHUN 5 (PEREMPUAN)

1.Nur Dayang Qamelia bt Nasrol Nizam  (5 Iphone)

2.Nur Syaza Iwani bt Sa'ari  (5 Samsung)

3.Nor Fazlina Najwa  (5 Samsung)

4.Nur Annisa Faiha bt Mohammad Sharil  (5 Sony)

5.Sarinaa a/p Norman Joseph  (5 Samsung)

TAHUN 5 (LELAKI )

1.Aidil Haikal  (5 Lenovo)

2.Muhammad Ammar bin Rusli  (5 Nokia)

3.Sufyan Al Muqri  (5 Samsung)

4.Hariz Imran bin Zamany  (5 Samsung)

5.Ibraheem Mohammad Khan bin Zubair  (5 Samsung)

TAHUN 6  (PEREMPUAN)

1.Annur Aisyah Dania binti Mohd Hafiz  (6 Ibnu Khaldun)

2.Adelina Elona Alfred Tais  (6 Ibnu Bajjah)

3.Hema Rubini a/p Thillainathan  (6 Ibnu Qayyim)

4.Aina Nadia binti Ahmad Nazri  (6 Ibnu Thufail)

5.Nur Irdina Sofiy binti Muhammad Sharil  (6 Ibnu Thufail)

TAHUN 6 ( LELAKI)

1.Muhammad Adib bin Mohd Saiful Azly  (6 Ibnu Thufail)

2.Ahmad Farhan bin Ahmad faizal  (6 Ibnu Bajjah)

3.Mohammad Hadif Danial bin Azmaini  (6 Ibnu Sina)

4.Muhammad  Fareeq  bin Syairol Nizam  (6 Al- Farabi)

5.Amer Darwish bin Razli  (6 Ibnu Sina)


Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kejohanan tersebut berlangsung



  Persiapan awal sebelum mulakan aktiviti merentas desa...
                              
                             
                             

                     Aktiviti murid-murid  sepanjang  kejohanan dijalankan




        Syabas & tahniah diucapkan kepada semua pemenang murid-murid PPKI SKTPP👍





    
                                 
   
                                                              
   
                                                              

 VIP & Sukarelawan PIBG menjamu selera di kantin sekolah

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang yang menyertai Kejohanan Merentas Desa SKTPP tahun 2022 ini. 

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama kepada Guru Besar di samping para pentadbir, pihak PIBG sekolah, sukarelawan ibu bapa, polis bantuan dan juga semua guru yang bertungkus lumus dalam menjayakann kejohanan Merentas Desa 2022 ini dengan lancar dan jayanya.

SKTPP BOLEH.....

Terima Kasih


Disediakan oleh:
Jamunarani Bhoja Rajan

Wednesday, June 15, 2022

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum Kelab Dan Persatuan Bil.4/12 (2022/2023)

Tarikh   : 15 Jun 2022

Hari       : Rabu

Masa      : 1.00 tengah hari - 3.20 petang

Hari ini telah berlangsung Pertandingan STEM Peringkat Sekolah anjuran Unit Kokurikulum Kelab Sains dan Teknologi. Program ini merupakan program STEM yang melibatkan murid tahap dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi menghubung dan mengaplikasi pembelajaran sains dan teknologi dengan situasi sebenar. Program ini juga dirangka bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik atau lebih dikenali sebagai STEM Education.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang menyertai pertandingan STEM bagi mewakili kelab dan persatuan masing-masing. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menghasilkan bahan mengikut tajuk yang diperolehi. Guru-guru penasihat selaku urusetia program memantau dan membimbing murid-murid ketika pertandingan dijalankan.

Objektif utama Program Pertandingan STEM ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, merangsang minda pelajar dalam sains dan memupuk keseronokan dalam pembelajaran sains dan teknologi.

Senarai tajuk-tajuk yang dipertandingkan mengikut kelab dan persatuan adalah seperti berikut:

Berikut adalah momen-momen yang sempat dirakam sepanjang pertandingan berlangsung:


"Bangunanku" terbaik kestabilan yang kukuh dan boleh diangkat



Guru penasihat turut mencuba membuat kereta belon dan catapult



"Kereta Belon" terbaik struktur model kukuh dan paling laju


"Catapult" reka bentuk yang kreatif dan jadual keputusan yang tepat





Tahniah kepada kumpulan yang memenangi pertandingan dalam program STEM ini. Syabas kepada semua peserta kerana telah bertungkus lumus menyiapkan bahan projek dalam masa yang singkat. Antara kumpulan yang berjaya mengikut kelab dan persatuan adalah seperti berikut:


Alhamdulillah, program STEM tahun 2022/2023 berjaya dilaksanakan. Terima kasih tidak terhingga buat semua yang menjayakan dan juga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini terutama kepada guru-guru penasihat, ibu bapa dan para peserta.


Disediakan oleh:
Norlida binti Othman
Penyelaras Kelab dan Persatuan

Wednesday, June 1, 2022

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform Bil.3/12 (2022/2023)

Tarikh:   1 Jun 2022

Hari:        Rabu

Masa:     1.00 pm - 3.20 pm

Aktiviti Unit Beruniform kali ketiga telah diadakan pada minggu ini. Perjumpaan bermula seawal jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 3.20 petang. 

Laporan Aktiviti:

Pada minggu ini, Unit TKRS telah membuat pengenalan bantu mula dan pertolongan cemas serta teknik balutan anduh. Unit Pengakap pula  telah membuat aktiviti penerangan berkaitan dengan prinsip rukun negara, hormat pengakap, cogankata Pengakap, tepuk Pengakap dan juga nyanyian lagu Pengakap.

Unit PPIM telah membuat aktiviti tatacara perjumpaan, nyanyian lagu nasyid - Puteriku Sayang, mengemaskini buku log serta tatacara penutup. 

Unit BSMM pula telah membuat aktiviti mengemaskini buku log juga pengenalan mengenai unit BSMM dan penerangan berkaitan peralatan pertolongan cemas. 

Manakala Unit PPT membuat aktiviti di dalam kumpulan dan juga mengemaskini buku log. 

Aktiviti telah dijalankan dengan jayanya di bawah seliaan guru-guru pembimbing yang sangat progesif dan komited. Kehadiran guru dan murid juga amat memuaskan. Murid-murid juga memberikan respon positif dan mereka sangat aktif sepanjang aktiviti-aktiviti dijalankan.


Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam ketika aktiviti dijalankan:

Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Pengakap

Bulan Sabit Merah Malaysia

Tunas Kadet Remaja Sekolah

Persatuan Pandu Puteri Tunas

Wednesday, May 25, 2022

Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2022

Barisan kepimpinan Unit Beruniform,Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Mereka perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang Kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka. Maka atas dasar dan tujuan tersebut Kursus Kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. 


Pada 25 Mei 2022, telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2022. Kursus ini bermula pukul 1.00 tengah hari hingga 3.20 petang bertempat di Terminal Muafakat SK Taman Putra Perdana. Kursus ini melibatkan semua AJK tertinggi bagi Unit Beruniform, Kelab & Persatuan serta Sukan & Permainan. Kursus ini juga merupakan salah satu aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum pada setiap tahun.

Sila klik link di bawah untuk dapatkan buku program dalam bentuk anyflip..

 http://online.anyflip.com/ozibu/yhnu/mobile/

Poster Program

Rasional kursus ini adalah untuk melatih dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin kokurikulum yang masih muda dan belum cukup berpengetahuan.

Manakala matlamatnya adalah untuk melatih pelajar-pelajar membentuk jati diri sebagai pemimpin yang berkarisma dalam setiap unit Kokurikulum dan membentuk pemimpin kokurikulum yang sedia merancang, mengelola dan melaksana setiap program Unit Kokurikulum. Selain itu,kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah dilantik dalam organisasi Kokurikulum.

Melalui kursus yang diadakan ini juga, diharapkan para peserta kursus dapat:

  • Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, dedikasi dan tanggungjawab.
  • Melahirkan pemimpin yang akan menjadi contoh kepada murid lain, berbudi pekerti dan mempunyai jati diri yang tinggi dan berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Membentuk sahsiah dan keterampilan pemimpin yang dihormati.

Para pelajar didedahkan kepada  Bidang Tugas, Peranan & Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa dalam Organisasi, Cara Kendalian Tugas dan Ciri-ciri Pemimpin Berketrampilan.

Bagi mengikuti aktiviti yang dijalankan, berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai tontonan..



Sesi pembukaan majlis oleh pengerusi majlis bertugas, Pn. Nurliza binti Ab Rahman


Bacaan doa yang dipimpin oleh En. Ahmad Mustafid bin Sharif

Ceramah: Bidang Tugas dan Peranan AJK dalam organisasi oleh Encik Zunaidi bin Jinalidin

Ceramah: Cara Kendalian Tugas dan Ciri-ciri Pemimpin yang Berketrampilan oleh Puan Noor Hayati binti Yusof




Gambar sekitar Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2022

Di akhir kursus,peserta diberi peluang untuk bersoal jawab bersama penceramah. Semoga program ini dapat mengasah dan menggilap bakat pemimpin-pemimpin muda ini dan membentuk mereka menjadi pemimpin yang berwibawa dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi kepada semua pentadbir, AJK Pelaksana dan peserta serta warga SKTPP yang telah bekerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Disediakan oleh:

Siti Fatimah binti Wan Yaacob