Thursday, August 4, 2022

Kejohanan Kriket Bawah 12 tahun MSS Selangor 2022

Pada 1 -  4 Ogos 2022 telah berlangsung Kejohanan Kriket Bawah 12 tahun MSS Selangor 2022. Seramai 9 orang murid SK Taman Putra Perdana telah terpilih mewakili daerah Sepang dalam kejohanan ini. Perlawanan ini diadakan di SMK Taman Desaminium. 

Murid-murid SKTPP yang terlibat adalah:

1

MUHAMMAD HAKEEM RIZQI BIN NORAZMI

2

MUAMMAR ZIQRI BIN MUAMMAR ISARUDDIN

3

MUHAMMAD FAREEQ BIN MOHD SYAROL NIZAM

4

AUF ABRAQI BIN MOHD. RUSDI

5

SHAQIL IMAN BIN NORIZAM

6

MUHAMMAD KHAIRUL NAZRIL BIN AZMI

7

MUHAMMAD AMMAR BIN RUSDI

8

MUAMMAR ZAFRAN BIN MUAMMAR ISARUDDIN

9

AHMAD HARIS IKHWAN BIN SAIFULLAH





Pasukan Sepang telah diundi berada di kumpulan B bersama Klang dan Hulu Selangor.

Hari Pertama

Perlawanan diadakan pada pukul 2.00 petang dan Sepang berjaya menewaskan Hulu Selangor dengan 10 wicket.

Sepang menang dengan 10 wicket


Hari Kedua
 
Sepang berjaya menewaskan Klang dengan 10 wicket. dan berjaya menjadi Juara Kumpulan B. Sepang telah diundi untuk melawan Kuala Langat pada peringkat separuh akhir. Perlawanan dijadualkan pada hari Rabu pukul 8:30 pagi.

Bersemangat untuk memenangi kumpulan B


Sepang menang dengan 9 wicket




Hari Ketiga

Perlawanan separuh akhir terpaksa ditangguhkan dan akan diadakan pada hari Khamis 4 Ogos 2022 memandangkan cuaca dan  keadaan padang yang tidak sesuai dilaksanakan pertandingan. 

Warming up

Keadaan padang 



Hari Keempat

Perlawanan separuh akhir dapat dijalankan, walaupun pada mulanya hujan gerimis. Alhamdulillah Sepang berjaya mengalahkan Kuala Langat dengan kelebihan 25 runs seterusnya Sepang berjaya mara ke perlawanan akhir.
 
Guru Besar hadir memberi kata-kata semangat 

Coach merangka strategi



Perlawanan akhir berlangsung pada pukul 1.15 antara Sepang dan Klang. Perlawanan sangat sengit dan berkesudahan dengan seri dan membawa ke super over. Akhirnya alhamdulillah pasukan Sepang telah dinobatkan Juara selepas berakhirnya super over Tahniah kepada para pemain, jurulatih, dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan. Semoga Pasukan MSS Selangor Bawah 12 yang dbentuk nanti dapat dinobatkan sebagai juara MSSM.



Pemain yang menggalas tanggungjawab sebagai pemukul dalam Super Over

Majlis penyampaian hadiah

Tahniah MSSD Sepang :
Johan Kejohanan Kriket B12 MSS Selangor!

Sedikit video dari perlawanan akhir Sepang vs Klang



Disediakan oleh :
Noor Azlinda Kasmin

Wednesday, August 3, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bill. 6 / 12 (2022/2023)

Tarikh : 3 Ogos 2022

Hari    : Rabu

Masa   :12.20 tengah hari - 2.20 petang

Minggu ini aktiviti kokurikulum sukan dan permainan tahun 4, 5 dan 6 diteruskan seperti biasa. Perjumpaan ini bermula seawal jam 12.20 tengah hari dan berakhir jam 2.20 petang, berubah dari masa sebelum ini yang bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 3.20 petang. Walaupun ada perubahan masa namun murid tetap menunjukkan semangat yang tinggi dan memberi kerjasama yang baik.

Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh guru-guru untuk murid yang terlibat. Kelihatan murid-murid sangat gembira dan seronok dengan aktiviti dan permainan pada hari tersebut. Sebanyak 11 kelab sukan dan permainan telah dijalankan mengikut tajuk dan aktiviti masing masing.

1. Bola Sepak

Tajuk:Pengenalan Bola Sepak (latihan bertulis)

2. Bola Jaring

Tajuk: Kemahiran Gerak Kaki Permainan Kecil

3. Bola Baling

Tajuk: Kemahiran Asas Bola Baling

4. Badminton

Tajuk: Kemahiran dan Jenis Pukulan

5. Olahraga

Tajuk: Lari Berganti- ganti

6. Catur

Tajuk: Mengenali Buah Catur dan Undang- Undang Pergerakannya

7. Hoki: 

Tajuk: Kenali Peralatan Hoki, Amali Kemahiran Asas

8. Kriket

Tajuk: Sejarah Kriket (Teori)

9. Ping Pong

Tajuk: Menimbang Bola dan Melantun Bola

10. Ragbi

Tajuk: Sejarah Ragbi

11. Sepak Takraw

Tajuk: Latihan Permainan di Gelanggang


Info tentang aktiviti sukan dan permainan 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti berlangsung:












Aktiviti sukan dan permainan ini telah dijalankan selama dua jam dan berjalan dengan lancar. Murid-murid mengambil kesempatan ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu permainan secara teori dan praktikal. Murid juga merasa seronok dapat bermain dengan kawan-kawan dan pastinya aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental murid di samping memupuk semangat kerjasama antara mereka. Syabas diucapkan kepada semua murid kerana menunjukkan kesungguhan dalam permainan.

   Akhir kata penglibatan murid dalam bidang kokurikulum khususnya sukan dan permainan  amatlah penting dalam melahirkan generasi yang sihat dan cergas serta pada masa yang sama berupaya melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. InsyaAllah


Laporan disediakan oleh:
Hastipa binti Mat Daud

Wednesday, July 27, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab dan Persatuan Bil. 6 / 12 (2022 /2023)

Tarikh : 27 Julai 2022

Hari : Rabu

Masa : 1.00 petang hingga 3.20 petang.

Setelah hampir sebulan aktiviti kokurikulum ini tertangguh kerana memberi laluan kepada latihan sukan sekolah hari ini murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) kembali melibatkan diri dalam aktiviti rutin setiap petang Rabu. Minggu ini aktiviti disambung semula dengan perjumpaan Kelab dan Persatuan yang bermula seawal jam 1.00 petang hingga 3.20 petang.

Pelbagai aktiviti telah disediakan guru-guru untuk semua murid yang terlibat. Kelihatan anak-anak murid penuh semangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut kelab masing-masing.

1. Kebudayaan
Tajuk : Alat Muzik Tradisional

2. Kerjaya
Tajuk : Buku Skrap Kerjaya Pilihan

3.Persatuan Bahasa Melayu
Tajuk : Permainan Bahasa (Teka Silang Kata)

4. Kelab Muzik
Tajuk : Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak 

5. Bahasa Arab
Tajuk : الشهور الميلادية (Mengenal Bulan-Bulan Masihi) 

6. Kelab Sains Teknologi
Tajuk : Catapult Project

7. Kelab Doktor Muda
Tajuk : Amalan Cara Hidup Sihat - Mengukur BMI

8. Persatuan Bahasa Inggeris 
Tajuk : Jumbled Word

9. Persatuan Agama Islam
Tajuk : Bacaan Zikir Selepas Solat

10. Kelab Pencegahan Jenayah
Tajuk : Bahaya Merokok

11. SPBT
Tajuk : Kolaj Kemerdekaan

12. Komputer
Tajuk : Peta Minda (Evolusi Teknologi Komunikasi)

13. Rukun Negara
Tajuk : Mengenali Bendera Negeri-Negeri di Malaysia

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti berlangsung :













Banyak aktiviti yang dapat dikongsi bersama semasa aktiviti kokurikulum ini. Setelah seharian semua murid memerah otak di dalam kelas mengikuti pembelajaran akademik, maka waktu kokurikulum inilah masanya untuk mereka mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. 

Selain itu, murid juga dapat menonjolkan diri serta menjadi lebih yakin bila berada di khalayak ramai. 

Syabas diucapkan kepada semua murid yang bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan yang diberi. Semoga lebih bersemangat lagi untuk perjumpaan yang seterusnya.

Laporan disediakan oleh,

Roslelawati binti Ibrahim

Wednesday, July 6, 2022

Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun MSSD Sepang 2022

Tarikh      : 5 - 6 Julai 2022

Tempat    : SK Kota Warisan

Pasukan Ragbi SK Taman Putra Perdana telah menyertai Kejohanan Ragbi MSSD Sepang pada 5 - 6 Julai 2022 bertempat di SK Kota Warisan. Alhamdulillah, pasukan ragbi SKTPP telah berjaya mendapat Naib Johan Cup selepas tewas di perlawanan akhir menentang SK Dengkil. Semoga pasukan ragbi SKTPP dapat merangkul Johan Cup pada tahun hadapan.

Pengurus                      : En. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

Jurulatih                       : 1. En. Wan Faizol bin Wan Mat

                                      2. Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

Guru Pengiring             : En. Saifullah bin Mat Saufi

Berikut senarai nama pemain.

BIL

NAMA MURID

KELAS

1.

NIK MUHAMMAD DAIYAN ADAM BIN NIK MOHD ZUL AZRI

6 Ibnu Sina

2.

AFIF ZIQRI BIN KHAIRUL ANUAR

6 Ibnu Qayyim

3.

MUHAMAD KURT HAYQAL AKMA BIN MOHD FAZLYZAM AKMA

6 Ibnu Qayyim

4.

MUHAMMAD FAREEQ BIN SYAROL NIZAM

6 Al-Farabi

5.

CZYA ILLDHIYA'RIDHA BIN KHAIRIZAL

6 Ibnu Bajjah

6.

EMMIR QAYYUM BIN SHAIFUL BAHAR

6 Ibnu Khaldun

7.

AMIRUL ADAM BIN MOHD NORDIN

6 Ibnu Bajjah

8.

AKID AISY ALIUDDIN BIN TAJRI

6 al- Biruni

9.

AHMAD SHAMER HAKIMY BIN SALEHUDDIN

6 Ibnu Qayyim

10.

MUHAMMAD HAZIQ ZAQUAN BIN ABDUL HAFIZ

6 Ibnu Battuta

11.

MUHAMMAD YUSUF BIN SAMSUL KAMAL

6 Ibnu Qayyim

12.

MUHAMMAD IKHWAN HAZIM BIN MUHAMAD IRWAN

4 Nitrux





Laporan oleh : Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform Bil.4/12 (2022/2023)

Tarikh: 29 Jun 2022

Hari: Rabu

Masa: 1.00 pm - 3.20 pm


Aktiviti Kokurikulum kali ke 4 terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada latihan sukantara yang melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Latihan ini telah dijalankan pada waktu pagi. Antara acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lontar peluru dan balapan.

    Latihan sukantara dijalankan selama tiga hari mengikut pembahagian tahun. Tahun 4 dijalankan pada hari Selasa, Tahun 5 pada hari Rabu manakala Tahun 6 pada hari Khamis. Latihan ini berlangsung selama 2 jam 30 minit iaitu bermula dari jam 7.30 hingga 10.00 pagi.

    Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika latihan sukantara berlangsung.






Laporan disediakan oleh:

Nurazlin binti Mat Nor