Tarikh: 26 Julai 2025
Hari: Sabtu
Masa: 8.00am – 1.00pm
Anjuran: Lembaga Zakat Selangor dengan Kerjasama
Rich Value Management Consultan.
Majlis
Keibubapaan PROSAZ
adalah satu acara rasmi yang dirancang di bawah Program Sekolah Angkat Zakat Selangor
(PROSAZ) anjuran
Lembaga Zakat Selangor (LZS). Ia biasanya digabungkan dengan aktiviti seperti "Aku Janji" dan "Santuni Asnaf" di mana ibu bapa dan penjaga dijemput
untuk:
·
Mendengar
taklimat berkenaan objektif PROSAZ dan aktiviti-aktiviti sokongan terhadap
murid asnaf.
·
Menyaksikan
pelajar menyatakan ikrar
dan janji untuk
meningkatkan akademik, sahsiah, dan kepatuhan kepada nilai agama.
·
Menjalin
kerjasama yang lebih erat antara sekolah, LZS, dan keluarga dalam menyokong
perkembangan holistic pelajar.
·
Menyuntik
semangat motivasi dalam diri ibu bapa untuk bersama- sama guru pembimbing
anak-anak tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam meneruskan kelangsungan
hidup.
Pada
26 Julai 2025, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan
Majlis Aku Janji,
Santuni Asnaf & Keibubapaan PROSAZ di Dewan Perdana sekolah. Ibu bapa dan penjaga murid Tahun
1 hingga 6 yang merupakan penerima zakat hadir untuk menerima taklimat dan
menyertai acara ikrar tersebut. Sesi tersebut juga merangkumi pengagihan
makanan kepada murid selepas majlis tersebut.
Berikut disertakan gambar-gambar semasa majlis tersebut berlangsung:
![]() |
Pengerusi Majlis |
![]() |
Kata-kata aluan daripada Guru Besar Encik Mohd Izzudin bin Yoop |
![]() |
Guru Besar bersama PK Hal Ehwal Murid |
![]() |
Antara Aktiviti yang dijalankan bersama ibu bapa |
![]() |
Antara aktiviti yang dijalankan bersama ibu bapa |
![]() |
Sesi Ceramah |
![]() |
Penyampaian cederamata kepada penceramah yang disampaikan oleh PK Kokurikulum |
![]() |
Sesi bergambar bersama semua ibu bapa. |
![]() |
Pendaftaran |
![]() |
Juadah yang disediakan |
Laporan disediakan oleh:
Salmi binti Adnan
No comments:
Post a Comment