Sunday, April 11, 2021

Kursus Asas Permainan Kriket Dalam Talian

Kursus Asas Permainan Kriket Dalam Talian adalah suatu usaha Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dalam menyediakan medium untuk warga SK Taman Putra Perdana dan seluruh daerah Sepang terutama murid-murid dengan aktiviti kokurikulum sesuai dengan keadaan semasa.

Program ini bertujuan memberi pengetahuan kepada anak-anak murid dan warga sekolah tentang sukan kriket secara asas yang semakin mendapat tempat dalam kalangan warga SK Taman Putra Perdana serta daerah Sepang.

Program ini telah berlangsung  seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 11 April 2021

Hari:     Ahad

Masa:    9:00 pagi

Link Youtube Live

https://youtu.be/aOaVwGlc4bc



Gambar semasa kursus berlangsung secara live di youtube


Sesi bersama cikgu Ahmad Junaidi; jurulatih kriket


Sesi bersama cikgu Mohd Izwan; jurulatih kriket


Disediakan oleh : 
Ranjiny Rajah

No comments:

Post a Comment