Saturday, September 4, 2021

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum (Sukan dan Permainan Bil 4/5)

Tarikh  : 4 September 2021

Masa    : 8.30 am - 9.30 am

1. Kehadiran Guru

SUKAN/PERMAINAN

GURU PENASIHAT

Badminton

Safinatunajakh binti Mat Som, Fadhilah binti Talib, Komagal a/p Kunaisekaran, Nik Kamisah binti Mohd Aziz, Norlida binti Othman, Khairunnisa binti Hassan, Nashirah binti Taib, Shurhama bintii Ahmad, Parimala a/p Panni Selvam, Ummu A’thiah binti Hashim

Bola Baling

Nor Amirulfitri bin Othman, Norinna binti Mohamed, Norhana binti Nordin, Nur Murni binti Abdullah, Norazah binti Mohd Ali, Tarmiji bin Sabali, Hariz Safwan bin Yaccob, Arnny Yusnita binti Md Enarji, Jamunarani a/p Bhoja Rajan, Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

Bola Jaring

Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz, Zabedah binti Othman, Jamilah binti Mohd Yusof, Syahirah binti Tumar, Nur Izziani binti Mohd Latifi, Zailezah binti Sardi, Nur Malisha binti Omar, Norazmira binti Kadirun, Nornadzirah binti Abd Rahim, Nur Wahidatuldinah binti Hassan

Bola Sepak

Rosmawati binti Md Desa, Ahmad Zubair bin Mohamad Taib, Ahmad Musrizuan bin Daud, Umi Nazrah binti Saharoni, Roseniza binti Setapa, Nor Azian binti Mat Anuar, Wan Roswandy bin Wan Ibrahim, Saifullah bin Mat Saupi, Mohammad Hasbullah bin Zainal Abidin, Rozimah binti Yaakob

Catur

Norziani binti Zubir, Rohani binti Mansor, Junaidah binti Rus, Mazzaini binti Muda, Juli binti Mahabah, Noor Ayuni binti Ab.Fatah, Azizah binti Ab.Hamid, Nurazlin binti Mat Nur dan Norhanani binti Ahmad Kamal

Hoki

Noriza binti Md Nor, Maizara binti Mahat, Azwani binti Mohamed Noordin, Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi, Norhanawati Alinda binti Abd Taib Puruji, Rosmizawati binti Yusub, Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman, Nor Arzah binti Hussin, Siti Aisah binti Hanafi

Kriket

Norliza binti Ali @ Yasim Ahmad Junaidi bin Abdullah, Ahmad Mustafid bin Mat Sharif, Hafiz bin Md. Noor, Noor Azlinda binti Kasmin, Nor Hanim binti. Ismail, Nor Rafini binti Othman, Nor Saadah binti Abd. Halim, Norbaizura binti Nordin, Ranjiny a/p Rajah, Roslelawati binti Ibrahim

Olahraga

Nurzainon binti Mohd Razali, Roslinda binti Mansor, Siti Rabiaah binti Mohammad, Suriyana binti Salim, Mohd Rusydan bin Ismail, Siti Maziah binti Mohammad Tajuddin, Nor Azian binti Ahmad, Nik Rosmaliza binti Nik Husain

Ping-pong

Julaili binti Onian, Nazahiyah binti Ab Rahman, Syed Farhan bin Syed Abdullah, Parimala a/p Vengadaslam,  Nur Zakiah binti Md Diah, Rusmami bin Rusli, Nor Latipah binti Che Yusoff, Farhana binti Fuzi, Norsiah binti Mohd Noor

Sepak Takraw

Arjunawati binti Ahmad Nuze, Azlina binti Mat Isa, Nurliza binti Ab Rahman, Khairiah binti Rozali, Salina binti Mohd Tasu, Musaliha binti Mustafa, Nur Azizati binti Ahmad, Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang, Nor Maziah binti Abd Malek

Ragbi

Wan Faizol bin Wan Mat, Zalina binti Ismail, Zaleha binti Sitam, Rabihah binti Amirudin, Nor-Azura binti Mustafa, Afandi bin Zakaria, Ahmad Zunaidi bin Jilabin, Halijah binti Mihat, Holwani binti Yahaya


Guru Yang Tidak Hadir

1.    Nora Azean binti Che Othman (cuti bersalin)

2.    Mawaddah binti Kamarulzaman (cuti bersalin)

3.    Suziana binti Mohd Makhtar (KDC)

4.    Suphasara Supranie (KDC)

5.    Claudia Jacqueline Charles Nelson (KDC)

6.    Amalina binti Hamid (cuti tanpa rekod)


2. Kehadiran Murid

Sukan/Permainan

Dalam Talian

Luar Talian

Tidak Ikuti

Badminton

0

     35     54

Bola Baling

0

     34     55

Bola Jaring

0

     35     63

Bola Sepak

0

     21     70

Catur

0

     31     66

Hoki

0

     22     68

Kriket

28

      0     63

Olahraga

0

     29     61

Ping-pong

34

      0     56

Ragbi 

      21      0     60

Sepak Takraw

      25      0     58
 
Jumlah Murid Yang Mengikuti Aktiviti: 315 / 989 (31%)

Jumlah Murid Yang Tidak Mengikuti Aktiviti: 674 / 989 (68%)

3. Laporan Aktiviti: 

Perjalanan aktiviti perjumpaan kokurikulum Sukan dan Permainan pada minggu ini berjalan dengan lancar. Guru-guru telah menggunakan kemudahan seperti Google Meet, Google Classroom, Google Form, Telegram dan Quizizz bagi menjayakan perjumpaan pada kali ini. Murid-murid tampak teruja dalam menimba ilmu baru secara dalam talian bersama guru penasihat mereka.
Berikut adalah laporan yang telah disediakan oleh guru penasihat setiap unit :

Sukan/ Permainan

Laporan Guru Bertugas

 Badminton

1. Guru bertugas menerangkan cara memegang raket dan  teknik servis yang  betul.

2. Murid-murid perlu menjawab soalan kefahaman melalui Quizizz.

3. Murid-murid perlu screenshot keputusan dan hantarkan ke dalam Telegram Kelab Badminton.

Bola Baling

1. Murid-murid membaca nota yang telah dimuat naik ke dalam Google Classroom.

2. Murid-murid menjawab Kuiz Pengenalan Permainan Bola Baling melalui Google Form yang telah disediakan.

Bola Jaring

1. Guru bertugas memberi nota dan menerangkan tajuk Pengenalan Permainan Bola Jaring kepada murid-murid 

2. Kemahiran asas bola jaring hantaran merupakan fokus utama pada minggu ini.

3. Link video Youtube teknik hantaran bola telah dikongsi kepada murid-murid bagi meningkatkan kefahaman mereka.

4. Kuiz kemahiran melalui Quizizz telah diberikan bagi menguji kefahaman murid - murid.

Bola Sepak

1. Murid-murid membuat aktiviti menjawab kuiz  berkaitan bola sepak menggunakan Google Form yang dimuat naik oleh guru penasihat di dalam di Google Classroom. 

Catur

1. Guru penasihat memaklumkan kepada murid perjumpaan pada minggu ini adalah secara offline melalui Google Classroom dan Telegram.

2. Penyelaras memberikan pautan borang kehadiran untuk diisi oleh murid sebagai rekod kehadiran murid.

3. Guru penasihat memberikan pautan nota dan tugasan pada perjumpaan minggu ini kepada murid melalui Google Classroom dan Telegram.

4. Murid menjawab tugasan yang diberikan melalui Google Form dan kuiz.

5. Murid menghantar tugasan yang sudah disiapkan kepada guru.

Hoki

1. Cikgu Noriza memperkenalkan senarai nama Guru Pembimbing Kelab Hoki.

2. Guru bertugas mengumumkan perlantikan AJK Kelab Hoki secara rasmi.

3. Ustaz Mohd Ishak menerangkan serta menayangkan video teknik asas permainan hoki. 

4. Murid menjawab soalan kuiz melalui Quizizz

Kriket

1. Cikgu Junaidi telah menggunakan kemudahan Google Meet bagi menerangkan kepada murid latihan dan teknik seperti berikut:

- Memadang (Fielding), menyambut dan melempar

- Membaling (Bowling), telinga arnab, makan epal dan balingan pusingan lurus

- Memukul (Batting), secara bayangan dan larian antara wiket

2. Nota serta bahan rujukan turut dimuat naik ke dalam Google Classroom bagi memudahkan murid mengulangkaji ilmu yang telah dipelajari pada perjumpaan ini.

Olahraga

1. Murid-murid menjawab Kuiz Kelab Olahraga (Lompat Tinggi) melalui Quizizz.

2. Murid-murid perlu screenshot markah kuiz yang telah dijawab sebagai bukti penyertaan.

Ping-pong

1. Guru bertugas menggunakan link video Youtube bagi memperkenalkan teknik permainan ping-pong yang betul

2. Murid-murid telah diberikan peluang untuk bertanya guru-guru Kelab Ping-pong melalui kemudahan Google Meet. 

Ragbi

1. Cikgu Wan Faizol dan Ustaz Zunaidi telah memulakan sesi penerangan dan paparan video permainan ragbi melalui kemudahan Google Meet.

2. Murid-murid seterusnya dikehendaki menyelesaikan soalan kuiz melalui aplikasi Quizizz dan Google Form.

Sepak Takraw

1. Guru bertugas menggunakan kemudahan Google Meet bagi menerangkan Pengenalan Kepada Sepak Takraw

2. Murid-murid perlu menjawab kuiz yang telah disediakan dan screenshot markah kuiz masing-masing.

3. Murid-murid juga perlu menonton rakaman video tentang sukan sepak takraw peringkat antarabangsa di link Youtube yang telah diberikan.

 

4. Gambar Aktiviti Sukan dan Permainan

Pemakluman Aktiviti Kokurikulum Sukan dan Permainan

Gambar 1: Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Badminton


Gambar 2: Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Bola Baling


Gambar 3: Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Bola Sepak



Gambar 4 dan 5: Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Olahraga



Gambar 6 dan 7: Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Ping Pong



Gambar 8: Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Catur


Gambar 9: Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Ragbi


Gambar 11 dan 12: Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Sepak Takraw


Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para guru serta murid-murid yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Semoga murid-murid seronok mengikuti aktiviti kokurikulum secara dalam talian ini. P
ihak sekolah berharap lebih ramai lagi murid mengikuti aktiviti kokurikulum secara dalam talian ini seperti yang dirancang.
Biji selasih penyejuk badan,
Enak diminum selepas perlawanan,
Sekalung kasih buat rakan dan taulan,
Sudi hadir Perjumpaan Sukan dan Permainan.

Jumpa lagi pada perjumpaan yang seterusnya. InsyaAllah.


Laporan disediakan oleh:

Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
Penyeleras Sukan dan Permainan
SK Taman Putra Perdana.

No comments:

Post a Comment