Pada 11 hingga 31 Disember 2021, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) telah menganjurkan satu program Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah secara atas talian. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjur dan dijayakan oleh Jawatankuasa Unit Kokurikulum SKTPP.
Program perkhemahan ini bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kebolehan dan nilai-nilai diri yang positif serta mampu menghadapi cabaran dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, ia juga untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
Aktiviti perkhemahan atas talian ini mensasarkan semua murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6 serta murid PPKI. Unit Beruniform yang terlibat adalah Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Pandu Puteri Tunas (PPT) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).
Syarat-syarat yang perlu diambil kira dalam perkhemahan atas talian ini ialah:
- Aktiviti perkhemahan hanya perlu dilakukan di dalam kawasan rumah sendiri dan mesti mematuhi S.O.P.
- Masa ditentukan oleh murid mengikut keselesaan mereka di rumah.
- Ahli-ahli perlu melaksanakan lima aktiviti yang telah disenaraikan dan perlu menghantar bukti gambar atau video melalui Telegram Unit Beruniform masing-masing.
- Ahli-ahli perlu memakai baju uniform lengkap atau t-shirt Unit Beruniform semasa melakukan aktiviti.
- Sijil dan hadiah akan diberikan kepada ahli yang aktif dan kreatif.
No comments:
Post a Comment