Wednesday, January 5, 2022

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Secara Atas Talian 2021

Pada 11 hingga 31 Disember 2021, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) telah menganjurkan satu program Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah secara atas talian. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjur dan dijayakan oleh Jawatankuasa Unit Kokurikulum SKTPP.

    Program perkhemahan ini bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kebolehan dan nilai-nilai diri yang positif serta mampu menghadapi cabaran dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, ia juga untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.

    Aktiviti perkhemahan atas talian ini mensasarkan semua murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6 serta murid PPKI. Unit Beruniform yang terlibat adalah Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Pandu Puteri Tunas (PPT) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

    Syarat-syarat yang perlu diambil kira dalam perkhemahan atas talian ini ialah:

  1. Aktiviti perkhemahan hanya perlu dilakukan di dalam kawasan rumah sendiri dan mesti mematuhi S.O.P.
  2. Masa ditentukan oleh murid mengikut keselesaan mereka di rumah.
  3. Ahli-ahli perlu melaksanakan lima aktiviti yang telah disenaraikan dan perlu menghantar bukti gambar atau video melalui Telegram Unit Beruniform masing-masing.
  4. Ahli-ahli perlu memakai baju uniform lengkap atau t-shirt Unit Beruniform semasa melakukan aktiviti.
  5. Sijil dan hadiah akan diberikan kepada ahli yang aktif dan kreatif.
    Berikut adalah lampiran gambar aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan oleh ahli-ahli Unit Beruniform SKTPP;

Pengakap

Amir Harraz bin Hasby (5 Ibnu Thufail)

Muhammad Faris Iqbal bin Hisyaruddin (5 Ibnu Qayyim)

Ismail bin Azam (4 Sony)

Nor Abid Aqeed bin Norman (4 Iphone)

PBSM

Iman Halina binti Mohd Ikmal (4 Vivo)

PPIM

Nur Izzah Badrina binti Reki (5 Ibnu Qayyim)

Adni binti Mohd Anuar (5 Ibnu Thufail)

Khairina Uzma binti Muhammad Faiz (6 Jujur)

PPT





Hema Rubini a/p Thillainathan (5 Ibnu Qayyim)

TKRS

Muhammad Khalish Wafiq bin Nurrula'en (4 Sony)

Sarah Reyhana binti Mohamed Ridzuan (4 Sony)

Goutham Ravindran (6 Fokus)

Semoga program perkhemahan ini dapat memberi kebaikan dan pengalaman kepada murid-murid dalam menimba ilmu pengetahuan. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua murid yang terlibat, ibu bapa dan guru-guru kerana memberikan kerjasama yang terbaik dalam menjayakan program Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Secara Atas Talian 2021.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,
Nurazlin binti Mat Nor
Penolong Penyelaras Unit Beruniform SKTPP

No comments:

Post a Comment