Friday, January 7, 2022

Program Khidmat Masyarakat (Taburkan Jasa, Semaikan Budi) Secara Dalam Talian 2021

 

Program Khidmat Masyarakat (Taburkan Jasa, Semaikan Budi) Secara Dalam Talian 2021 ini adalah salah satu program Unit Kokurikulum SKTPP yang telah  dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memasuki Fasa ke-3. Aktiviti ini telah disertai oleh semua murid Tahap Dua yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid kepada ibu bapa dan masyarakat sekeliling dan memberikan pembelajaran sepanjang hayat kepada murid.

Objektif Program :

  1. Meningkatkan rasa kekitaan, jati diri, rasa prihatin dan penyayang antara murid dengan ibu bapa serta masyarakat yang sesuai dengan keadaan situasi semasa sekarang.
  2. Melahirkan rasa keinsafan kepada murid serta merapatkan hubungan murid dengan keluarga dan masyarakat sekeliling.

Berikut adalah lampiran gambar aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan oleh murid-murid Tahap 2 SKTPP;













Semoga program khidmat masyarakat ini dapat memberi kebaikan dan pengalaman kepada murid-murid dalam menimba ilmu pengetahuan. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua murid yang terlibat, ibu bapa dan guru-guru kerana memberikan kerjasama yang terbaik dalam menjayakan program Khidmat Masyarakat (Taburkan Jasa, Semaikan Budi) secara dalam talian.

Disediakan oleh,

Nor Latipah Bt Che Yusoff.

No comments:

Post a Comment