Wednesday, May 18, 2022

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum (Bil. 3/12 Kelab dan Persatuan)

 

  Tarikh:    18 Mei 2022
  Hari:        Rabu
  Masa:     1.00pm - 3.20 pm

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum kali ke-3 ini diadakan secara bersemuka setelah hampir 2 tahun perjumpaan aktiviti ini dijalankan secara dalam talian ketika Covid-19

Di peringkat sekolah terdapat 3 jenis aktiviti kokurikulum iaitu Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Pada minggu ini, aktiviti yang dijalankan adalah kelab/persatuan terdiri daripada murid-murid tahap 2.

Melalui perjumpaan secara bersemuka ini, murid-murid kelihatan lebih seronok dan bersemangat menjalani aktiviti bersama rakan-rakan. Mereka menunjukkan kesungguhan yang tinggi. Mereka mengikuti aktiviti pembelajaran seperti yang telah dirancang oleh guru penasihat daripada kelab/persatuan masing-masing. Sepanjang aktiviti dijalankan pelbagai kaedah pembelajaran yang berkaitan dengan kelab/persatuan telah dilangsungkan antaranya ialah pengendalian asas Chromebook bagi Kelab Komputer, pengenalan alat Perkusi bagi Kelab Muzik, membuat buku skrap "bendera Malaysia" bagi Kelab Rukun Negara, pendedahan tentang kerjaya masa kini di abad 21 bagi Kelab Kerjaya dan lain-lain. Tujuan utama kaedah pembelajaran tersebut dipelajari adalah untuk menonjol dan mengasah bakat-bakat murid.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam ketika aktiviti dijalankan:


Aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris

Aktiviti Kelab SPBT

Aktiviti Kelab Komputer

Aktiviti Persatuan Agama Islam

Aktiviti Kelab Doktor Muda

Aktiviti Kelab Rukun Negara


Aktiviti Kelab Sains Teknologi

Aktiviti Persatuan Bahasa Arab

Aktiviti Kelab Muzik

Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah

Aktiviti Kelab Kebudayaan

Aktiviti Kelab Kerjaya



Kesimpulannya, kegiatan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah mempunyai matlamat yang penting dalam usaha melahirkan murid-murid yang cemerlang sahsiah dan berketrampilan. Disamping membina bakat dan asah murid dalam bentuk kemahiran. oleh itu, Ibu bapa sentiasalah memberi sokongan kepada anak-anak untuk mengikuti aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

Disediakan oleh:
Salmi binti Adnan
Naib Setiausaha Kokurikulum

No comments:

Post a Comment