Tarikh : 25 Mei 2022
Hari : Rabu
Masa : 1.00 - 3.20 petang
Alhamdulillah, perjumpaan aktiviti kokurikulum (Sukan dan Permainan bil. 3/12), yang terdiri daripada 11 kelab telah berjaya dilaksanakan pada minggu ini. Perjumpaan mingguan ini telah dijalankan dengan jayanya di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Guru-guru penasihat telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk pengisian perjumpaan minggu ini seperti yang telah dirancang.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh setiap kelab pada perjumpaan kali ini adalah seperti berikut:
- Bola jaring- Teknik asas lontaran.
- Bola sepak- Penggunaan padang dan menggelecek bola.
- Hoki- Cara pegang kayu hoki dan cara menggelecek.
- Kriket- Pengenalan alatan kriket.
- Badminton- Peraturan dan teori pukulan.
- Olahraga- Teori dan pecut.
- Ping pong- Teknik memegang bat.
- Sepak takraw- Asas sepakan.
- Catur- Pengenalan dan fungsi buah catur.
- Ragbi- Teknik asas balingan.
- Bola baling- Jenis dan saiz bola serta teknik asas.
Foto-foto yang telah dikongsi oleh guru penasihat sepanjang aktiviti dijalankan;
Pengumuman aktiviti |
Laporan disediakan oleh:
Faridatul-Akmal binti Ismail,
Naib Setiausaha Kokurikulum (PAJSK),
SK Taman Putra Perdana.
No comments:
Post a Comment