Hari : Rabu
Tarikh : 19 Oktober 2022
Masa : 12.20 tengah hari - 2.20 petang
Hari Rabu yang dinanti kini telah tiba. Walaupun keadaan cuaca sekarang tidak menentu, panas dan hujan bersilih ganti tetapi murid tetap bersemangat untuk hadir dalam aktiviti kokurikulum. Minggu ini murid akan bergerak dalam kelab dan persatuan masing-masing. Seperti biasa murid akan berkumpul mengikut kelab dan persatuan masing-masing untuk laporan kehadiran sebelum bergerak ke lokasi aktiviti seterusnya. Kehadiran pada kali ini agak baik dan memuaskan.
Aktiviti pada minggu ini telah berakhir dengan jayanya. Yang mana ada minggu ini semua murid akan menjalankan aktiviti Khidmat Masyarakat iaitu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan di sekitar sekolah. Semua murid telah diingatkan oleh guru kelas dalam "Group WhatsApp" masing-masing supaya membawa alatan yang sesuai seperti kain buruk, plastik sampah dan sebagainya.
Pelaksanaan aktiviti Khidmat Masyarakat ini sebenarnya selain dapat membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah ia juga dapat memupuk nilai positif dalam diri murid-murid. Program ini juga dapat menyuburkan semangat kekitaan. Warga sekolah yang bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah menunjukkan bahawa mereka sayang akan sekolah mereka.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung:
Semangat bergotong-royong sememangnya amalan yang penting dalam masyarakat dan sewajarnya dipupuk dalam kehidupan bermasyarakat khususnya generasi muda. Maka tidak rugilah aktiviti seumpama ini diterap dalam diri anak- anak sejak bangku sekolah. Terima kasih kepada semua guru penasihat yang turut mambantu melaksanakan aktiviti pada minggu ini.
No comments:
Post a Comment