Friday, November 3, 2023

Laporan Perjumpaan Kelab Dan Persatuan Bil. 10/12 (2023/2024)

Tarikh  : 1.11.2023

Hari     : Rabu

Masa    12.20 - 2.20

Tajuk    : Pertandingan Deklamasi Sajak/Syair

Perjumpaan Kelab dan Persatuan pada minggu ini diadakan secara bersemuka, Murid-murid merasa seronok kerana dapat mengikuti aktiviti kokurikulum pada hari ini. Aktiviti pada minggu ini ialah Pertandingan Deklamasi Sajak dan Syair yang bertemakan Palestin sempena minggu Solidariti Palestin. 

Minggu Solidariti Palestin adalah merupakan inisiatif yang memupuk semangat kemanusiaan dan kesedaraan global. Juga untuk menggalakkan perpaduan, simpati, perasaan hormat dan nilai-nilai kemanusiaan. Usaha KPM ini adalah jelas untuk menimbulkan kesedaran berkenaan isu kemanusiaan sejagat bagi seluruh warga pendidik dan murid sekolah tanpa mengira bangsa dan agama.

Sehubungan dengan ini, setiap kelab dan persatuan telah memilih seorang wakil untuk menyertai pertandingan sajak atau syair. Seramai tiga belas peserta telah terpilih untuk pertandingan ini.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar pertandingan ini berlangsung:

Pemakluman aktiviti kokurikulum 

Para hakim sedang menilai peserta pertandingan

Sarinaa A/P Norman Joseph peserta daripada kelab kerjaya 

Andrea Ezzahiera peserta daripada persatuan Bahasa Inggeris 

Muhammad Ammar Darwisy peserta daripada persatuan Bahasa Arab 

Nazmina Azra peserta daripada kelab SPBT

Irdina Dalila peserta daripada kelab Muzik 

Ahmad Asyraaf  Hakimi peserta daripada kelab Doktor Muda 

Muhammad Ziyan Harith peserta daripada persatuan Bahasa Melayu 

Ayesha Zayaani peserta daripada kelab Kebudayaan 

Wan Aisha Adlina peserta daripada kelab Sains & Teknologi 

Aqil Naufal peserta daripada kelab Pencegahan Jenayah 

Nur Syaza Iwani peserta daripada kelab Rukun Negara 

Naurah Safiyyah peserta daripada persatuan Pendidikan Islam

Persembahan deklamasi sajak Palestin daripada guru-guru

Ahli kelab & persatuan menyaksikan persembahan peserta daripada unit masing-masing 

Ahli kelab & persatuan khusyuk menyaksikan sajak bertemakan Palestin

 Guru pembimbing dan peserta yang mewakili kelab & persatuan

AJK yang terlibat dalam pertandingan sajak dan syair



Pakaian sempena minggu soladiriti Palestin

Solidariti Palestin tidak mengira bangsa dan agama






Melalui pelaksanaan aktiviti ini, diharapkan dapat memberi kesan positif kepada warga SKTPP agar sentiasa menjadi insan yang berbudi pekerti. Unit kokurikulum juga mengucapkan terima kasih kepada guru pembimbing yang terlibat, semoga nilai murni ini akan membawa manfaat yang besar kepada rakyat Palestin dan mencerminkan nilai-nilai kebaikan yang diterapkan oleh para pendidik dikalangan pelajar.


Disediakan oleh,
Norlida binti Othman
Penyelaras Kelab & Persatuan

No comments:

Post a Comment