Bertarikh 26 Januari 2022 merupakan detik bersejarah di mana pasukan kriket Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) sekali lagi merangkul Juara dalam Kejohanan Kriket Juara-Juara Sekolah peringkat Negeri Selangor edisi 2022. Dengan kejayaan ini, maka pasukan kriket SKTPP akan mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan. Maka bermulalah misi SKTPP untuk mengekalkan kejuaraan di peringkat kebangsaan seperti edisi sebelumnya.
Pada edisi Kejohanan Kriket Juara-Juara Sekolah Kebangsaan 2022 kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana, Setiu, Terengganu telah dipilih sebagai venue perlawanan. Kejohanan bermula pada 10 - 17 Mac 2023. SKTPP telah diundi untuk berada di dalam kumpulan B bersama SK Nong Chik, Johor Bahru dan SK Dewan Besar, Kelantan.
Pada 9 Mac 2023, pasukan kriket sekolah bertolak ke Terengganu dengan hanya satu tujuan iaitu untuk menjadi JUARA!. Sedang rakan lain seronok bercuti sempena cuti persekolahan, pasukan kriket SKTPP terpaksa mengorbankan cuti mereka kali ini. Jurulatih utama pasukan kriket SKTPP Cikgu Ahmad Junaidi atau lebih mesra dipanggil Coach J telah merangka pelbagai pelan latihan dan perlawanan persahabatan bagi mengharungi kejohanan kali ini. Turut hadir sama sebelum keberangkatan mereka adalah Ahli Majlis Putra Perdana Tn. Hj. Naharanuar, Dr. Idris, pegawai dari JPN Selangor Pn. Nor Fadzillah, SU Agung MSSS En. Nor Hisham Jaini, Pengerusi Teknik Kriket Negeri En. Fitri, PK Koku SKTPP Pn. Fauziah, para pentadbir dan ibu bapa murid.
Gambar bersama Tn. Hj. Naharanuar Bin Ayob Mattsilau, Dr. Idris, Pn. Nor Fadzillah (JPN), En. Nor Hisham Jaini (SU Agung MSSS), En Fitri PTR Selangor, Pn. Fauziah PKKo wakil Guru Besar, dan Supporter Sepang Ranger Criket Club (PSG) sebelum bertolak ke Terengganu
Wajah ceria jurulatih utama bersama anak didiknya
Perlawanan peringkat kumpulan pertama pada 11 Mac 2022, SKTPP bertemu SK Nong Chik, Johor Bharu. Pasukan SKTPP bermula dengan sangat agresif apabila berjaya menumpaskan lawannya dengan mudah.
Keputusan akhir perlawanan pertama.
SKTPP vs SK Nong Chik
Perlawanan kedua berlangsung pada sebelah petangnya pula. SKTPP bertemu SK Dewan Besar, Kelantan. Perlawanan kali ini, pasukan SKTPP agak tidak menyerlah bagi mempamerkan aksi yang memberangsangkan. Oleh yang demikian, pihak lawan mengambil kesempatan ini untuk menumpaskan SKTPP. SKTPP tumpas perlawanan ini, sekaligus berada di kedudukan kedua dalam kumpulan B.
Keputusan akhir perlawanan kedua.
SKTPP vs SK Dewan Besar
Pasukan SKTPP berjaya meneruskan perjuangan apabila mara ke suku akhir. Setelah dua hari berehat, perjuangan bagi memburu kejuaraan diteruskan lagi pada 14 Mac 2023 menentang pasukan tuan rumah SK Kerteh, Terengganu. SKTPP langsung tidak memberi peluang mudah kerana mereka tahu bahawa pusingan ini adalah kalah mati. Jika mereka kalah, perjuangan mereka terhenti hingga ke peringkat ini sahaja. SKTPP telah memastikan slot separuh akhir pertama menjadi milik mereka.
Keputusan akhir perlawanan suku akhir pertama
SKTPP vs SK Kerteh
Separuh akhir pertama, SKTPP bertemu SK Batu Kurau, Perak. Separuh akhir kedua pula menemukan SK Bukit Rokan, Negeri Sembilan menentang SK Dewan Besar, Kelantan. Apabila sudah berada di tahap ini, pasukan yang masih beraksi adalah pasukan yang hebat belaka. Fokus pemain dan pemikiran juga perlu lebih hebat dari perlawanan di peringkat awal. Best Team Win, itulah yang boleh diperkatakan buat pasukan SKTPP apabila menang dalam perlawanan kali ini. Seterusnya menempatkan pasukan dalam senarai untuk beraksi di peringkat akhir.
Keputusan akhir perlawanan separuh akhir 1
SKTPP vs SK Bt. Kurau
Hari yang dinantikan telah tiba. Pentas akhir bagi Kejohanan Kriket Juara-Juara Sekolah Kebangsaan 2022 menemukan semula SKTPP bersama SK Dewan Besar, Kelantan. Kerisauan semestinya bermain di fikiran Coach J dan anak didiknya kerana mereka pernah tumpas pada peringkat kumpulan. Coach J pastinya mempunyai strategi tersendiri bersama pasukannya bagi menghadapi situasi ini. Dengan cuaca yang panas, kekuatan mental pemain amat memainkan peranan bagi mengekalkan fokus diatas padang.
Walau bagaimanapun, SK Dewan Besar lebih menyerlah kali ini. SKTPP perlu akur dengan tewas sekali lagi di peringkat akhir. Sekaligus SKTPP hanya merangkul selaku Naib Juara.
Keputusan perlawanan akhir lelaki bawah 12 tahun
SKTPP vs SK Dewan Besar
Majlis penyampaian pingat dan sijil buat pemain
Tahniah diucapkan terutamanya kepada Coach J dan semua pemain di atas kejayaan ini. Walaupun tidak dapat mengekalkan kejayaan selaku juara seperti edisi 2019 yang lalu, warga SKTPP amat berbangga dengan pencapaian pada kali ini. Pengorbanan Coach J dan pemain tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Semoga Allah Merahmati kalian semua. Walaupun Naib Juara dalam kejohanan kali ini, pasukan SKTPP tetap Juara di hati warga SKTPP. Setinggi-tinggi tahniah! Kekalahan kali ini, mungkin menjadi asbab untuk menjulang kejuaraan pada tahun-tahun akan datang. Semoga terus cemerlang..
Disediakan oleh :
Cikgu Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
No comments:
Post a Comment