Wednesday, April 24, 2024

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform Bil.1/12 (2024/2025)

Tarikh   : 24 APRIL 2024

Hari      : Rabu

Masa    : 12.50 - 3.20 petang

Perjumpaan Unit Beruniform dimulakan pada minggu ini dengan mesyuarat agong setiap  unit beruniform. Dalam mesyuarat ini, guru-guru penasihat akan membuat pemilihan ahli jawatankuasa baru untuk sesi 2024/2025.  

Guru- guru juga menerangkan serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun mengikut perancangan didalam takwim setiap unit beruniform. Aktiviti di dalam takwim telah dirancang dengan sangat baik dan teratur oleh guru-guru penasihat. 

Sebelum aktiviti kokurikulum Unit Beruniform dijalankan,  satu memo telah diedarkan dalam group kelas. Ini adalah untuk memudahkan murid-murid dan ibu bapa maklum tentang  perjalanan aktiviti Unit Beruniform pada minggu ini. 





Unit Beruniform Pengakap memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.






Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.




Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia juga memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.




Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah turut memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.






Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas juga memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.




Secara keseluruhannya, aktiviti pada minggu ini telah dijalankan dengan lancar dan berjaya. Penglibatan murid sangat memberangsangkan semasa aktiviti kokurikulum ini. Kerjasama dan dorongan yang baik daripada pihak ibu bapa juga memberikan semangat pada anak-anak untuk melaksanakan aktiviti Unit Beruniform masing-masing dengan berjaya. 

Terima kasih dan  tahniah buat Setiausaha serta guru-guru penasihat Unit Beruniform yang sentiasa memberikan kerjasama dalam merangka aktiviti-aktiviti yang kreatif untuk murid-murid. Semoga ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik akan menjalankan tanggungjawab dengan baik dan semoga  segala dapatan yang diperolehi dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan juga dijadikan amalan dalam kehidupan harian anak-anak SKTPP.

Laporan disediakan oleh:
Rosmizawati Yusub
(Penyelaras Unit Beruniform)


No comments:

Post a Comment