Friday, August 30, 2024

Laporan Perjumpaan Kelab Dan Persatuan Bil.9/12 (2024/2025)

Tarikh : 28/8/2024

Hari    : Rabu

Masa  : 12.50 - 3.00 petang

Hari ini telah berlangsung Pertandingan STEM Peringkat Sekolah anjuran Kelab STEM Unit Kokurikulum SKTPP. Program ini merupakan program STEM yang melibatkan murid tahap dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau lebih dikenali sebagai ‘STEM Education’. Selain itu, program dan aktiviti pertandingan yang disediakan sangat menitikberatkan tentang elemen pengaplikasian ilmu STEM kepada murid.

Objektif utama Program Pertandingan STEM ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui projek yang dihasilkan, menanamkan rasa minat pada sains melalui aktiviti yang dirancang dan melahirkan murid yang berdaya kreatif, kritis dan berketerampilan teknologi.

Senarai tajuk-tajuk yang dipertandingkan mengikut kelab dan persatuan adalah seperti berikut:

Tajuk aktiviti STEM yang dipertandingkan

Berikut adalah momen-momen yang sempat dirakam sepanjang pertandingan berlangsung:

Persatuan Bahasa Melayu aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Kelab Pencegahan Jenayah aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Kelab Seni Visual aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Persatuan Pendidikan Islam aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Kelab SPBT aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Persatuan Bahasa Inggeris aktiviti "Membina Penapis Air"

Kelab Muzik aktiviti "Membina Penapis Air"

Kelab STEM aktiviti "Membina Penapis Air"


Semangat kerjasama dalam kumpulan amat penting bagi menghasilkan kejayaan. Ia perlu dipupuk dalam kehidupan seharian murid samada semasa berada di sekolah, rumah dan di mana sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada penyelaras, AJK pelaksana, Setiausaha kelab dan guru-guru penasihat yang sangat membantu menjayakan aktiviti pertandingan STEM pada minggu ini. 

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh,
Norlida binti Othman
Penyelaras Kelab & Persatuan
SK Taman Putra Perdana.

No comments:

Post a Comment