Wednesday, August 2, 2023

Laporan Perjumpaan Unit Beruniform Bil. 5/12 (2023/2024)

Tarikh     : 02 Ogos 2023

Hari        : Rabu

Masa      : 12.20 tengah hari - 2.20 petang 

Perjumpaan Unit Beruniform pada kali ini telah diadakan secara bersemuka. Tempat perjumpaan setiap ahli unit beruniform telah disusun oleh Setiausaha Kokurikulum bagi memastikan murid berada di kawasan yang selamat dan selesa sepanjang menjalankan aktiviti. Tempat perjumpaan setiap unit beruniform adalah seperti dalam poster di bawah.

 Tempat perjumpaan ahli Unit Beruniform

Guru penasihat setiap unit beruniform telah menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk setiap ahlinya. Aktiviti yang dijalankan memberi ilmu pengetahuan serta pengalaman baharu kepada murid-murid. Berikut dipaparkan gambar aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit beruniform.

BSMM - pertandingan melukis dan mewarna poster bertemakan Keamanan Sejagat

Pengakap - memperkenalkan tentang Etika Pakaian Ahli Pengakap

Pandu Puteri Tunas - belajar tentang ikatan dan simpulan

TKRS - menghasilkan buku skrap bunga dan tumbuhan

PPIM - mengadakan aktiviti berkaitan busana muslimah

Murid sangat teruja dan sentiasa bersemangat semasa mengadakan aktiviti unit beruniform mereka. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, dapat menjadi panduan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. 

Sekian laporan pada minggu ini, terima kasih.

No comments:

Post a Comment