Wednesday, August 16, 2023

Laporan Perjumpaan Unit Beruniform Bil. 6/12 (2023/2024)

Tarikh   : 16 Ogos 2023

Hari        : Rabu

Masa      : 12.20 tengah hari - 2.20 petang 

Perjumpaan Unit Beruniform pada kali ini telah diadakan secara bersemuka. Tempat perjumpaan setiap ahli unit beruniform telah disusun oleh Setiausaha Kokurikulum bagi memastikan murid berada di kawasan yang selamat dan selesa sepanjang menjalankan aktiviti. Tempat perjumpaan setiap unit beruniform adalah seperti dalam memo di bawah.



Tempat perjumpaan ahli Unit Beruniform

Guru penasihat setiap unit beruniform telah menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk setiap ahlinya. Aktiviti yang dijalankan memberi ilmu pengetahuan serta pengalaman baharu kepada murid-murid. Berikut dipaparkan gambar aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit beruniform.

PANDU PUTERI TUNAS


Aktiviti yg telah dijalankan : Pandu Puteri Tunas telah menjalankan aktiviti makna bendera Malaysia dan mengenal bendera semua negeri-negeri di Malaysia (mewarna)

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


Aktiviti yg telah dijalankan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah memulakan aktiviti  dengan tatacara perjumpaan dan menulis laporan dalam buku log / catatan. Seterusnya, aktiviti membuat sajian pencuci mulut - Biskut Nestum Blueberry

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA





Aktiviti yg telah dijalankan : Bulan Sabit Merah Malaysia telah menjalankan aktiviti Kenali kain anduh dan fungsinya. Ahli BSMM telah belajar mengenali 5 jenis anduh iaitu anduh tapak tangan, anduh lengan, anduh kepala, anduh kaki dan juga anduh dada. Mereka juga belajar mengenali dan mempraktis cara ikatan buka sila kain anduh. Akhir sekali mereka belajar mengenali dan mempraktis anduh gelungan cincin.

  PENGAKAP


Aktiviti yg telah dijalankan : Pengakap  telah membuat aktiviti Laungan Agung iaitu Laungan Agung dalam skala kecil (dalam sekawan) dan Laungan Agung dalam sekawan besar (gabungan semua tahun).

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


Aktiviti yg telah dijalankan : Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menjalankan aktiviti mencipta hasil kreatif jalur gemilang menggunakan bahan terpakai.

Secara keseluruhannya, ahli-ahli Unit Beruniform sangat teruja dan sentiasa bersemangat semasa mengadakan aktiviti unit beruniform mereka. Mereka menunjukkan minat dan kesungguhan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan baik oleh guru-guru penasihat setiap Unit Beruniform. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, dapat menjadi panduan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

No comments:

Post a Comment