Friday, October 13, 2023

Hari Sukan Negara 2023

Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Selain itu, ia dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan. 

        Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menjayakan cita-cita negara melalui aktiviti Senamrobik sempena Program Hari Sukan Negara 2023. Aktiviti Senamrobik sempena Program Hari Sukan Negara ini dijalankan seperti ketetapan berikut:

Hari      :    Jumaat

Tarikh   :    13 Oktober 2023

Tempat :    Dataran Perhimpunan SKTPP

Masa    :    Sesi pagi :        8.00 hingga 9.00 pagi

                  Sesi petang :    4.20 hingga 5.50 petang

    Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para koordinator senamrobik atas komitmen menjayakan program kali ini. Mereka terdiri daripada:

1. En. Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang

2. En. Ahmad Syahir bin Tohit

3. Pn. Claudia Jacqueline Charles Nelson

4. Pn. Norazian binti Mat Anuar

5. Cik Kamelya Rusydina binti KamarulRasydan

6. Cik Effah Syamimi Albar binti Rizal Albar

7. En. Nor Amirulfitri bin Othman 

8. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak

9. Cik Izzah Raihana Binti Idris

10. Cik Fatin Batrisyia Binti Ridhuan

11. Cik Nur Hana Aqilah Binti Mohd Yasir 

11. Cik Zulaikha Binti Mohamad Ostad

        Berikut ialah sisipan gambar dan video sepanjang program ini yang berlangsung di sesi pagi : 

Koordinator senamrobik sesi pagi









        Berikut ialah sisipan gambar dan video sepanjang program berlangsung sesi petang : 
Koordinator senamrobik sesi petang






        
        Pada hari yang sama juga telah diadakan Pertandingan Kayuhan Basikal - 'Basikal Tua' sempena Bulan Pusat Sumber Sekolah 2023. Tujuan pertandingan ini adalah untuk merapatkan silaturrahim sesama guru dan AKP. Berikut merupakan gambar-gambar ketika program itu berlangsung:








Ribuan terima kasih kepada semua warga SKTPP dalam menjayakan program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini. Moga dapat bersua lagi pada tahun hadapan. Terima kasih. 

Disediakan oleh:

Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

No comments:

Post a Comment