Tuesday, October 24, 2023

Laporan Perjumpaan Kelab Dan Persatuan Bil.9/12 (2023/2024)


🗓️Tarikh: 11 Oktober 2023

📅Hari.  : Rabu

📝Tajuk : Program Kbat
               (Pertandingan Peta     
                 i-Think)

Perjumpaan Kokurikulum kali ini telah dilaksanakan secara offline dan dikelolai oleh Penyelaras Unit Persatuan dan Kelab iaitu Pn  Norlida binti Othman sebagai peneraju utama. Oleh itu, beliau telah menganjurkan Pertandingan Menyediakan Peta I-Think. Pertandingan ini terbuka untuk semua murid Tahap Dua SK Taman Putra Perdana.

Peta i-Think ialah peta pemikiran yang diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang disesuaikan mengikut tajuk atau unik pelajaran berdasarkan sub topik yang berkaitan. Oleh itu, setiap Persatuan dan Kelab telah diamanahkan untuk menetapkan tajuk bagi peta i-think yang akan disediakan oleh ahli Persatuan atau Kelab masing-masing.

Di bawah disertakan gambar-gambar Peta i-Think yang telah disediakan oleh murid-murid yang menyertai.









Semoga murid dapat mempraktikkan apa yang dipelajari dalam perjumpaan kali ini dalam pembelajaran mereka. 



No comments:

Post a Comment