Alhamdulillah, aktiviti kokurikulum pada minggu ini telah selesai dilaksanakan. Aktiviti pada minggu ini dijalankan secara dalam talian. Guru penasihat telah menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh murid. Gambar-gambar pelaksanaan aktiviti kokurikulum pada kali ini dirangkumkan dalam bentuk video untuk tatapan semua.
Pada 27 September 2023 (Rabu), Unit Kokurikulum SK Taman
Putra Perdana (SKTPP) telah berjaya melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Unit
Beruniform Peringkat Sekolah. Ini merupakan salah satu kegiatan dalam bidang
kokurikulum yang diadakan pada setiap tahun di peringkat sekolah. Makluman
program seperti berikut:
Tarikh : 27 September 2023 (Rabu)
Masa : 7.30 - 9.00 pagi (Pertandingan Kawad Kaki)
1.20 - 2.20 petang (Majlis Penyampaian
Hadiah)
Tempat : Dataran Perhimpunan dan Dewan Perdana SKTPP
Sasaran : Unit Beruniform Pengakap, BSMM, PPT, TKRS dan
PPIM.
Senarai Nama Jurulatih Kawad Kaki
Persekutuan Pengakap Malaysia
1. Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
2. Encik Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
3. Encik Wan Faizol bin Wan Mat
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
1. Dr Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar
2. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
3. Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
Pandu Puteri Tunas (PPT)
1. Puan Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
2. Cik Nurul Nadirah binti Kamarulzaman
3. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
1. Cik Azwane binti Adnan
2. Puan Arjunawati binti Ahmad Nuze
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
1. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
2. Puan Syahirah binti Tumar
Sorotan Program
Dimulakan dengan pasukan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Setiap langkah diatur kemas, Pengakap tampil yakin tanpa ada gemuruh walaupun
mereka kumpulan pertama beraksi.
Mengambil baris seterusnya adalah pasukan Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM). Dengan laungan 'Baris.. Bariiiis Sedia!'. Langkah kemas yang
diatur pasukan BSMM mempamerkan aksi yang ringkas dan kemas.
Aksi pasukan Pandu Puteri Tunas (PPT) menghentak kaki dengan
yakin dan bersahaja tidak harus dipandang enteng. Aksi 'all-women' pasukan ini
haruslah dipuji.
Suasana pertandingan menjadi semakin hangat apabila
terdengar laungan suara Ketua Platun pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).
Adik Muhammad Nujaid Hadif bin Hazlee (6 Sony) memberikan arahan setiap satu
patah perkataannya dilaungkan jelas dan penuh yakin. Tidak hairanlah adik
Nujaid telah merangkul gelaran Ketua Platun terbaik keseluruhan.
Aura merah jambu kemudiannya mewarnai dataran perhimpunan
dengan penuh ayu dan sopan, pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
melangkah dengan kemas dan teratur. Setiap langkah dikira dengan tepat. Setiap
seorang dari pasukan begitu fokus menerima arahan, seterunya mempamerkan aksi
hampir 'zero defect'. Pengumuman yang menobatkan PPIM sebagai Johan keseluruhan
pertandingan kawad kaki pada tahun ini tidak dapat disangkal lagi.
Berikut adalah keputusan keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki
Unit Beruniform:
KEDUDUKAN
UNIT BERUNIFORM
Johan
PPIM
Naib Johan
TKRS
Tempat Ketiga
Pengakap
Tempat Keempat
BSMM
Tempat Kelima
PPT
Ketua Platun Terbaik : Adik Muhammad Nujaid Hadif bin Hazlee
(TKRS)
Jom tonton aksi-aksi peserta kawad kaki dan penonton yang
sempat dirakam.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua
peserta yang menyertai Pertandingan Kawad kaki. Kepada yang tidak berjaya, anda
tetap hebat dan teruskan usaha anda pada masa akan datang.
Antara aktiviti unit beruniform pada minggu ini adalah pemilihan peserta kawad kaki. Semua guru penasihat unit beruniform yang telah ditugaskan, telah membuat pilihan. Seramai 31 orang murid yang akan terlibat dalam kawad kaki bagi setiap unit. Ahli yang tidak terlibat dengan latihan kawad kaki, mereka telah disediakan aktiviti seperti mengemas fail (Pandu Puteri Tunas), menghasilkan kraf menggunakan batang aiskrim (PPIM), brain puzzle (TKRS), latihan ikatan buku sila (BSMM) dan nyanyian lagu-lagu rakyat (Pengakap).
Kehadiran murid pada minggu ini sedikit berkurangan atas sebab ada murid yang bersekolah agama, menduduki gerak gempur PSRA dan percubaan UPKK. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh guru penasihat unit beruniform masing-masing semasa murid menjalankan aktiviti:
Pengumuman
Lokasi Perjumpaan
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
PENGAKAP
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
PANDU PUTERI TUNAS
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
Semua aktiviti pemilihan dan latihan kawad kaki, berjalan lancar. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain juga berjalan dengan suasana yang menyeronokan oleh guru-guru penasihat untuk murid-murid. Semoga ilmu yang disampaikan oleh guru kepada semua murid pada perjumpaan kali ini dapat memberi manafaat yang baik kepada murid pada masa akan datang.
Tarikh : 6 September 2023 Hari : Rabu Masa :12.20 tengah hari - 2.20 petang
Perjumpaan Kokurikulum pada minggu ini dikendalikan oleh Kelab Sains dan Teknologi iaitu Program Pertandingan STEM. Program STEM merupakan suatu bidang ilmu yang menyepadukan pembelajaran bagi bidang Sains (S), Teknologi (T), Kejuruteraan (E) dan Matematik (M). Program ini adalah untuk melahirkan murid yang kreatif, imaginatif, inventif dan mempunyai nilai estetik dalam mengamplikasikan STEM semasa penyelesaian masalah dalam kehidupan.
Antara objektif program STEM ini adalah untuk; 1. Menanamkan rasa minat pada sains melalui aktiviti yang dirancang. 2. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui projek yang dihasilkan. 3. Melahirkan murid yang berdaya kreatif, kritis dan berketerampilan teknologi. 4. Memupuk semangat bekerjasama berpasukan bagi menyelesaikan masalah dalam kalangan murid.
Penyelaras Program STEM ini diketuai oleh puan Zailezah binti Sardi antara aktiviti pertandingan yang disediakan ialah membuat Tangan Robotik, Payung Terjun Plastik dan Buku Sifir. Sijil penyertaan dan hadiah menarik juga disediakan.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar aktiviti yang dijalankan mengikut kelab dan persatuan masing-masing.
Pemakluman aktiviti kokurikulum oleh Setiausaha Kokurukulum
Pertandingan ini diwar-warkan dalam group kelas
Kelab Komputer membuat aktiviti "Buku Sifir"
Kelab Sains dan Teknologi aktiviti "Payung Terjun"
Kelab Rukun Negara aktiviti "Buku Sifir"
Persatuan B.Melayu aktiviti "Tangan Robotik"
Kelab Muzik aktiviti "Payung Terjun Plastik"
Kelab Kebudayaan aktiviti "Payung Terjun"
Persatuan Pendidikan Islam aktiviti "Tangan Robotik"
Kelab SPBT aktiviti "Buku Sifir"
Kelab Kerjaya aktiviti "Buku Sifir"
Persatuan B.Arab aktiviti "Tangan Robotik"
Sebahagian nama-nama pemenang yang telah berjaya
Semangat kerjasama dalam kumpulan amat penting bagi menghasilkan kejayaan. Ia perlu dipupuk dalam kehidupan seharian murid samada semasa berada di sekolah, rumah dan di mana sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada penyelaras, AJK Pelaksana, Setiausaha Kelab dan Guru-Guru Penasihat yang sangat membantu menjayakan aktiviti pertandingan STEM pada minggu ini. Sekian terima kasih.
🎥📽️🎬 Jom saksikan murid-murid SKTPP dan SRCC beraksi dalam cerita ini vs geng Gemencheh Boys yang akan ditayangkan di pawagam mulai 26 Oktober 2023 nanti...