Friday, August 30, 2024

Laporan Perjumpaan Kelab Dan Persatuan Bil.9/12 (2024/2025)

Tarikh : 28/8/2024

Hari    : Rabu

Masa  : 12.50 - 3.00 petang

Hari ini telah berlangsung Pertandingan STEM Peringkat Sekolah anjuran Kelab STEM Unit Kokurikulum SKTPP. Program ini merupakan program STEM yang melibatkan murid tahap dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau lebih dikenali sebagai ‘STEM Education’. Selain itu, program dan aktiviti pertandingan yang disediakan sangat menitikberatkan tentang elemen pengaplikasian ilmu STEM kepada murid.

Objektif utama Program Pertandingan STEM ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui projek yang dihasilkan, menanamkan rasa minat pada sains melalui aktiviti yang dirancang dan melahirkan murid yang berdaya kreatif, kritis dan berketerampilan teknologi.

Senarai tajuk-tajuk yang dipertandingkan mengikut kelab dan persatuan adalah seperti berikut:

Tajuk aktiviti STEM yang dipertandingkan

Berikut adalah momen-momen yang sempat dirakam sepanjang pertandingan berlangsung:

Persatuan Bahasa Melayu aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Kelab Pencegahan Jenayah aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Kelab Seni Visual aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Persatuan Pendidikan Islam aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Kelab SPBT aktiviti "Membuat Bingkai Gambar Menggunakan Sarang Telur"

Persatuan Bahasa Inggeris aktiviti "Membina Penapis Air"

Kelab Muzik aktiviti "Membina Penapis Air"

Kelab STEM aktiviti "Membina Penapis Air"


Semangat kerjasama dalam kumpulan amat penting bagi menghasilkan kejayaan. Ia perlu dipupuk dalam kehidupan seharian murid samada semasa berada di sekolah, rumah dan di mana sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada penyelaras, AJK pelaksana, Setiausaha kelab dan guru-guru penasihat yang sangat membantu menjayakan aktiviti pertandingan STEM pada minggu ini. 

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh,
Norlida binti Othman
Penyelaras Kelab & Persatuan
SK Taman Putra Perdana.

Wednesday, April 24, 2024

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform Bil.1/12 (2024/2025)

Tarikh   : 24 APRIL 2024

Hari      : Rabu

Masa    : 12.50 - 3.20 petang

Perjumpaan Unit Beruniform dimulakan pada minggu ini dengan mesyuarat agong setiap  unit beruniform. Dalam mesyuarat ini, guru-guru penasihat akan membuat pemilihan ahli jawatankuasa baru untuk sesi 2024/2025.  

Guru- guru juga menerangkan serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun mengikut perancangan didalam takwim setiap unit beruniform. Aktiviti di dalam takwim telah dirancang dengan sangat baik dan teratur oleh guru-guru penasihat. 

Sebelum aktiviti kokurikulum Unit Beruniform dijalankan,  satu memo telah diedarkan dalam group kelas. Ini adalah untuk memudahkan murid-murid dan ibu bapa maklum tentang  perjalanan aktiviti Unit Beruniform pada minggu ini. 





Unit Beruniform Pengakap memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.






Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.




Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia juga memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.




Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah turut memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.






Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas juga memulakan perjumpaan dengan tatacara perjumpaan rasmi dan seterusnya menjalankan mesyuarat agong seterusnya memilih ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2025.




Secara keseluruhannya, aktiviti pada minggu ini telah dijalankan dengan lancar dan berjaya. Penglibatan murid sangat memberangsangkan semasa aktiviti kokurikulum ini. Kerjasama dan dorongan yang baik daripada pihak ibu bapa juga memberikan semangat pada anak-anak untuk melaksanakan aktiviti Unit Beruniform masing-masing dengan berjaya. 

Terima kasih dan  tahniah buat Setiausaha serta guru-guru penasihat Unit Beruniform yang sentiasa memberikan kerjasama dalam merangka aktiviti-aktiviti yang kreatif untuk murid-murid. Semoga ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik akan menjalankan tanggungjawab dengan baik dan semoga  segala dapatan yang diperolehi dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan juga dijadikan amalan dalam kehidupan harian anak-anak SKTPP.

Laporan disediakan oleh:
Rosmizawati Yusub
(Penyelaras Unit Beruniform)


Friday, February 9, 2024

Sorotan Kecemerlangan Kokurikulum SKTPP 2023/2024

 Sesi persekolahan tahun 2023/2024 telah melabuhkan tirainya pada 9 Januari 2024. Alhamdulillah, setiap perancangan aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan sempurna dan baik. Namun setiap manusia mampu merancang, tapi adakalanya sedikit sebanyak tidak lari dari kepadatan aktiviti. Berkat kegigihan, kesabaran, ketekunan guru dan murid-murid, sekali lagi pada akhir sesi persekolahan kali ini, para ibu bapa dapat melihat kejayaan manis anak-anak yang tercatat sebagai "Kecemerlangan SKTPP". 

  Aktiviti Kokurikulum Mengikut Tarikh Pelaksanaan

BIL

PERKARA

TARIKH

 

1

Program Khidmat Masyarakat

21 - 25 Jun 2023

2

Kejohanan Sukan Tahunan & Sukaneka Kali Ke-19

15 Julai 2023

3

Kejohanan Kriket MSSD Sepang

17 - 18 Julai 2023

4

Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid

26 Julai 2023

5

Kejohanan Merentas Desa

27 Julai 2023

6

Bulan Kebangsaan

16 Ogos 2023 -

 16 September 2023

7

Program STEM

6 September 2023

8

Pertandingan Kawad Kaki

27 September 2023

9

Kursus Asas Permainan

i) Ragbi

ii) Olahraga

 

20 September 2023 -

1 November 2023

10

Pertandingan KBAT

11 Oktober 2023

11

Program Hari Sukan Negara

13 Oktober 2023

12

Perkhemahan Unit Beruniform

14 Oktober 2023

13

Kejohanan Bola Sepak PPDa Peringkat Daerah 2023

18 - 19 Oktober 2023

14

Minggu Solidariti Palestin

30 0ktober 2023 -

3 November 2023

15

Hari Karnival Kokurikulum

8 November 2023

16

Kejohanan Kriket Piala Juara-Juara Sekolah Rendah Peringkat Negeri 2023

12- 15 Disember 2023

17

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2023

17 Januari 2024






















            Pencapaian Sukan Dan Permainan 

PERINGKAT

TARIKH

PENCAPAIAN

 

 

DAERAH

19 JUN 2023

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD SEPANG

-  JOHAN INDIVIDU

10 - 11 JULAI 2023

KEJOHANAN PING PONG MSSD SEPANG

- NAIB JOHAN & KETIGA PEREMPUAN INDIVIDU

12 - 13 JULAI 2023

KEJOHANAN BADMINTON MSSD SEPANG

  - KETIGA INDIVIDU

- KETIGA BEREGU

17 - 18 JULAI 2023

KEJOHANAN KRIKET MSSD SEPANG

JOHAN KALI KE-7

17 - 21 JULAI 2023

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SEPANG

-  KETIGA

14 - 17 OGOS 2023

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEPANG

-  11 PINGAT EMAS, 4 PINGAT PERAK DAN 1 GANGSA

JUARA KESELURUHAN MSSD SEPANG 2023 KALI KE-2

-   OLAHRAGAWAN P5  - Aqriem Addin

-  OLAHRAGAWTI P4  - Nur Dayana

-  OLAHRAGAWATI P3 - Nuratia Falisya

13 - 14 SEPTEMBER 2023

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEPANG

-  TEMPAT KE - 8 KATEGORI INDIVIDU LELAK-

-  TEMPAT KE - 3 KATEGORI BERPASUKAN LELAKI

18 - 19 OKTOBER 2023

KEJOHANAN BOLA SEPAK PPDa Peringkat Daerah

JOHAN

30 JANUARI 2024

KEJOHANAN SUKAN BOLA JARING PEMBANGUNAN TUNAS MINI OLIMPIK (KATMO) DAERAH SEPANG

 -  KETIGA

 

NEGERI

6 - 7 JULAI 2023

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSS SELANGOR

Adli Aisar Choong bin Azrul Halim Choong

-  TEMPAT KE - 5  BEREGU

24 - 25 JULAI 2023

KEJOHANAN HOKI MSS SELANGOR 2023

- Seramai 3 orang murid terlibat

PENYERTAAN

24 - 28 JULAI 2023

KEJOHANAN KRIKET MSS SELANGOR

- Seramai 8 orang murid terlibat

-  NAIB JOHAN

24 - 28 JULAI 2023

KEJOHANAN PING PONG MSS SELANGOR

- 2 orang murid terlibat

- PENYERTAAN

15 - 18 OGOS 2023

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS SELANGOR 2023

- Seramai 4 orang murid terlibat

- TEMPAT KE - 6

11 - 14 SEPTEMBER 2023

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SELANGOR

- 6 orang murid terlibat

PENCAPAIAN :

EMAS (2)

-  PERAK (1)

- JOHAN KESELURUHAN BERSAMA SEKOLAH RENDAH (CHAMPION SCHOOL )                                                                        -  SJKC TUN TAN SIEW SIN (PETALING PERDANA) DAN              

SK TAMING JAYA (HULU LANGAT)

27 SEPTEMBER 2023

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS SELANGOR

- 2 ORANG MURID TERLIBAT

PENYERTAAN

11 - 15 DISEMBER 2023

KEJOHANAN KRIKET PIALA JUARA-JUARA SEKOLAH (CHAMPION SCHOOL) PERINGKAT NEGERI

-  JOHAN

KEBANGSAAN

25 - 30 OGOS 2023

KEJOHANAN KRIKET MSS MALAYSIA

- Seramai 5 orang murid terlibat

TEMPAT KE - 6

31 JANUARI -

 7 FEBRUARI 2024

KEJOHANAN KRIKET PIALA JUARA-JUARA SEKOLAH (CHAMPUON SCHOOL) PERINGKAT KEBANGSAAN

NAIB JOHAN

           Pencapaian Koakademik

   

PERINGKAT

TARIKH

 

PENCAPAIAN

 

 

 

DAERAH

15 OGOS 2023

(SARINGAN PERINGKAT NEGERI)

 

26 SEPTEMBER 2023 (PERINGKAT NEGERI)

KARNIVAL MBMMBI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING (VIDEO)

-  JOHAN PERINGKAT DAERAH

14 OGOS 2023

(SARINGAN PERINGKAT NEGERI)

 

26 SEPTEMBER 2023 (PERINGKAT NEGERI)

KARNIVAL MBMMBI PERINGKAT NEGERI

SELANGOR 2023

-  PUBLIC SPEAKING (VIDEO)

JOHAN PERINGKAT DAERAH

 

14 OGOS 2023

(SARINGAN PERINGKAT NEGERI)

 

26 SEPTEMBER 2023 (PERINGKAT NEGERI)

KARNIVAL MBMMBI PERINGKAT NEGERI

SELANGOR 2023

- POETRY RECITATION (VIDEO)

JOHAN PERINGKAT DAERAH

14 OGOS 2023

(SARINGAN PERINGKAT NEGERI)

 

26 SEPTEMBER 2023 (PERINGKAT NEGERI)

KARNIVAL MBMMBI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA (VIDEO)

  - JOHAN PERINGKAT DAERAH

27 SEPTEMBER 2023

PERTANDINGAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH

-  JOHAN

16 JUN 2023

MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH

(MQSS) 2023

- Tilawah ( L)

-   NAIB JOHAN

16 JUN 2023

MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH

(MQSS) 2023

- HAFAZAN (P)

 NAIB JOHAN

13 OGOS 2023

IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH RENDAH

DAERAH SEPANG (ILSS)

 KALAM ARABIY  ( L)

- NAIB JOHAN

13 OGOS 2023

IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH RENDAH

DAERAH SEPANG (ILSS)

 KALAM ARABIY  ( P)

- TEMPAT KE-4

NEGERI

27 SEPTEMBER 2023

PERTANDINGAN TOKOH NILAM PERINGKATNEGERI

-  JOHAN

        Pencapaian Unit Beruniform

 

PERINGKAT

 

TARIKH

 

PENCAPAIAN

 

 

DAERAH

14 April 2023

 

E-KUIZ RAMADAN SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADAN PERINGKAT DAERAH SEPANG 2023

Peserta : 23 orang ahli PPIM SKTPP

Pencapaian :

JOHAN = 15

NAIB JOHAN = 7

TEMPAT KE-3 = 1

17 JULAI 2023

HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH SEPANG 2023

Pencapaian :

JOHAN BUKU SKRAP

Afaf Madihah binti Mohammad Tarmizi

 

JOHAN STEM CHALLENGE

Andrea Ezzahiera binti Afizul Izham

Najwa Qalesya Qashrina binti Izwan Fazli

 

JOHAN TUNJUK CARA MENYIANG IKAN

Naurah Safiyyah binti Muhammad Nasir

28 OKTOBER 2023

ASWARA EDUTAINMENT GIRL GUIDES TALENT WARKSHOP 2023 DAERAH SEPANG

PENCAPAIAN :

PENYERTAAN

8 OKTOBER 2023

LENCANA KERIS GANGSA

5 orang murid terlibat

12 OKTOBER 2023

LENCANA WAJIB PENUNGGANG BASIKAL

20 orang murid terlibat

 

NEGERI

1 APRIL 2023

KUIZ ONLINE PROGRAM IHYA’ RAMADAN REMAJA TAHUN 2023ANJURAN PPIM NEGERI SELANGOR

Nur  Syaza Iwani binti Sa'ari

-  PENCAPAIAN :  EMAS

22 JULAI  2023

 

HARI PUTERI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023

PENCAPAIAN :

JOHAN TUNJUK CARA MENYIANG IKAN

Naurah Safiyyah binti Muhammad Nasir

 

NAIB JOHAN BUKU SKRAP

Afaf Madihah binti Mohammad Tarmizi

1 JUN - 31 JULAI 2023

PROGRAM JOBWEEK PPIM PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023

Peserta : 154 orang ahli PPIM SKTPP

 

23 SEPTEMBER 2023

E-KUIZ AL- QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023

PENCAPAIAN :

JOHAN

Afaf Madihah binti Mohammad Tarmizi

Nur Syaza Iwani binti Sa'A

 

20 – 30

 NOVEMBER 2023

PROGRAM LARIAN MONSUN SELANGOR (VIRTUAL RUN) PERINGKAT NEGERI (PERSATUAN PANDU PUTERI TYUNAS) - ONLINE

- 6 orang murid terlibat

Pencapaian : Penyertaan

KEBANGSAAN

17 DISEMBER 2023

HARI PUTERI PERINGKAT KEBANGSAANi 2023

Pencapaian : Penyertaan

Naurah Safiyyah binti Muhammad Nasir

 

8 JULAI 2023

PROGRAM NATIONAL PLASTIC BUSTERS BEACH CLEAN-UP ANJURAN PANDU PUTERI DAERAH SEPANG

- 27 orang murid terlibat

Pencapaian : Penyertaan

 Di bawah merupakan sebahagian gambar kenangan yang sempat dirakam sebagai kejayaan dan kecemerlangan yang diperoleh oleh murid-murid SKTPP  sepanjang tahun 2023/2024.

 
































Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Pn.Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Mantan Guru Besar) yang sentiasa memberi sokongan kepada guru dan murid-murid yang mewakili sekolah dalam  pertandingan. Tidak dilupakan juga kepada Puan Fauziah binti Solehuddin PK Kokurikulum yang sentiasa ada bersama memberi sokongan dan dorongan kepada jurulatih dan guru pembimbing serta murid-murid.

    Ucapan tahniah dan terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada guru-guru yang telah menjadi jurulatih, guru pembimbing dan penasihat kepada murid-murid sehingga mereka mencapai kecemerlangan ini. Akhir sekali ucapan tahniah dan syabas diucapkan peserta, atlit, pasukan sekolah yang menyumbangkan kejayaan ini.  

    Semoga SKTPP ,namamu sentiasa dipuncak Kejayaan!



Laporan disediakan oleh :

Astina binti Mahad Nor

Setiausaha Kokurikulum 2023/2024