Hari ini telah berlangsung satu program di bawah Unit Kokurikulum yang julung-julung kalinya diadakan di SKTPP secara atas talian, iaitu Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid Dalam Talian 2021. Sasaran peserta program ini terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5, 6 dan murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang telah dilantik atau bergelar pemimpin dalam organisasi bagi Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi penekanan tentang bidang tugas dan cara kendalian tugas yang telah diamanahkan. Ia juga bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah dilantik dalam organisasi Kokurikulum.
Melalui kursus yang diadakan ini, diharap peserta kursus dapat;
- Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, dedikasi dan tanggungjawab.
- Melahirkan pemimpin yang akan menjadi contoh kepada murid lain, berbudi pekerti dan mempunyai jati diri yang tinggi dan berbakti kepada guru dan sekolah.
- Membentuk sahsiah dan keterampilan pemimpin yang dihormati
Bergambar kenangan di akhir kursus
Seramai 105 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus pada hari ini. Tahniah dan syabas diucapkan.
Bagi mendapatkan bahan penceramah, sila klik pada gambar di bawah
Sila klik link berikut bagi mengikuti video penutupan Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid Tahun 2021. Klik disini
Semoga program ini dapat mengasah dan menggilap bakat pemimpin-pemimpin muda ini dan membentuk mereka menjadi pemimpin yang berwibawa dan amanah dalam menjalankan tanggunjawab yang diberikan.
Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi kepada semua pentadbir, AJK Pelaksana dan peserta serta warga SKTPP yang telah bekerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment