Saturday, October 2, 2021

Laporan Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum (Unit Beruniform) Bil. 3/5

Tarikh: 2 Oktober 2021

Masa: 8:30 - 9:30 pagi    

1. Kehadiran Guru

Unit Beruniform

Guru Penasihat

Pergerakan Puteri Islam Malaysia(PPIM)

HADIR

Norinna binti Mohamed, Safinatunajakh binti Mat Som, Umi Nazrah binti Saharoni, Mazzaini binti Muda, Roslinda binti Mansor, Jamilah binti Mohd Yusof, W.Rosmawati binti W.Ibrahim, Noorayuni binti Abd Fatah, Juli binti Mahbah, Norziani binti Zubir, Syahirah binti Tumar, Ummu Athiah binti Hashim, Norazah binti Ali, Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud, Azizah binti Ab Hamid, Roslelawati binti Ibrahim, Rabihah binti Amirudin, Fadhilah binti Talib, Nashirah binti Taib, Nazahiyah binti Ab Rahman, Halijah binti Mihat, Norazmira binti Kadirun


Tunas Kadet Remaja(TKRS)

HADIR

Nur Murni binti Abdullah, Ahmad Zunaidi bin Jinalabin, Julaili binti Onian, Nurliza binti Ab Rahman, Zabedah binti OthmaN,  Mohamed Hasbullah bin Zainal Abidin, Ranjiny A/P Rajah, Norsiah binti Mohd Noor, Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman, Mohd Ishak Shairazi, Arjunawati binti Ahmad Nuze, Azizah binti Hamid, Saadah binti Ab Hamid

TIDAK HADIR

Roseniza binti Setapa (Mesyuarat AJK PIBG), Norhidayu binti Sadri (Mesyuarat AJK PIBG), Nor Azian bt Ahmad (Mesyuarat AJK PIBG), Musaliha binti Mustafa (Urusan vaksinasi anak), Suziana binti Mohd Makhtar (KDC), Rohani binti Mansor, Zurilazman bin Abdullah, Nur Wahidatuldinah binti Hassan


Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM)

HADIR

Hafiz bin Md Noor, Nor Hanim binti Ismail, Norli binti Hassan, Nor Arzah bt Hussin, Nor Latipah Che Yusoff, Muhammad Fakhrul Hafiz Bin Awang,  Nur Zakiah binti Md Diat, Azlina binti Mat Isa, Noor Azlinda Kasmin, Mohd Rusydan bin Ismail, Norlida Othman, Ahmad Junaidi bin Abdullah, Hariz Safwan bin Yaccob, Shurhama bt Ahmad, Rusmami Bin Rusli, Nik Rosmaliza binti Nik Hussain, Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim, Saifullah bin Mat Saupi, Nor Rafini binti Othman, Nurzainon bt Mohd Razalli, Noriza binti Md Nor

 

Pandu Puteri Tunas (PPT)

HADIR

Nur Malisha  binti Omar, Parimala a/p Vengadaslam, Suriyana binti Nanyan@Salim, Salina binti Mohd Tasu, Nur Azizati binti Ahmad, Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz, Norbaizura binti Nordin, Jamunarani a/p Bhaja Rajan, Nik Kamisah binti Mohd Aziz, Junaidah binti Rus, Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji, Rozimah binti Yaakod, Arnny Yusnita binti Md Enarji, Zalina binti Ismail, Amalina binti Abd Hamid, Siti Rabiaah binti Mohammad, Norholwani binti Yahaya

TIDAK HADIR

Claudia Jacquiline Charles Nelson (KDC), Mawaddah binti Kamarulzaman (cuti bersalin), Nora Azean binti Che Othman (cuti bersalin), Suphasara Supranie a/p Airak (KDC)

 

Pengakap

HADIR

Tarmiji bin Sabali, Nor Maziah Abd Malek, Norhana binti Nordin, Nor-Azura binti Mustafa, Nor Amirulfitri bin Othman, Afandi bin Mat Zain, Siti Aisah binti Hanafi, Nurul Izziani binti Mohd Latifi, Abdul Hafiz bin Abdul Halil, Nornadzirah binti Abd Rahim, Maizara binti Mahat, Norazian binti Mat Anuar, Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah, Mohd Hadri Bin Ag Idris, Zailezah bt Sardi, Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif, Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin, Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin, Wan Faizol bin Wan Mat

TIDAK HADIR

Rosmawati binti Desa (bertugas di PPV), Norliza binti Ali (bertugas di PPV), Azwani binti Mohamed Noordin@Noordin (Mesyuarat AJK PIBG), Khairiah binti Razali, Komagal a/p Kunaisekaran

 


2. Kehadiran Murid

Unit Beruniform

Dalam talian

Luar Talian

Tidak mengikuti

Tunas Kadet Remaja Sekolah

39

0

168

Pergerakan Puteri Islam

44

0

133

Pandu Puteri Tunas

38

0

146

Bulan Sabit Merah Malaysia

50

0

156

Pengakap

37

0

178

Jumlah

208

0

781

  • Jumlah murid yang mengikuti aktiviti =  208 / 989 (21%)
  • Jumlah murid yang tidak mengikuti aktiviti =  781 / 989 (79%)

3. Laporan Aktiviti

Program Semarak Kokurikulum (Buku Skrap)

Perjumpaan aktiviti kokurikulum pada hari ini telah berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang. Para guru menggunakan Telegram, Google Classroom dan Google Meet sebagai medium untuk menyalurkan maklumat kepada murid-murid. Program Semarak Kokurikulum merupakan salah satu usaha pihak sekolah bagi menggalakkan pelibatan murid dalam aktiviti Kokurikulum. Aktiviti yang dijalankan ialah menghasilkan buku skrap yang akan disediakan oleh murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Tema buku skrap ialah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta, Saya Sayang UB Saya'. Program ini bertujuan untuk memupuk minat murid-murid terhadap Unit Beruniform masing-masing selain daripada mencungkil bakat kreativiti dalam kalangan mereka. Penghasilan buku skrap yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Unit Beruniform

Guru Penasihat

Pergerakan Puteri Islam Malaysia(PPIM)

1. Guru penasihat memaklumkan perjumpaan melalui aplikasi Telegram dan Google Classroom.

2. Sesi perjumpaan dilaksanakan menggunakan aplikasi Google Meet.

3. Aktiviti dimulakan dengan Tatacara Perjumpaan PPIM:

   a. Bacaan surah Al-Fatihah

   b. Bacaan doa perjumpaan

   c. Alunan Asma’ul Husna

   d. Lagu Puteri

   e. Ikrar Puteri

4. Tajuk Aktiviti : Taklimat Program Semarak Kokurikulum (Buku Skrap : Tak Kenal Maka Tak Cinta, Saya Sayang UB Saya)

 a) Taklimat program secara terperinci telah disampaikan oleh Puan Jamilah binti Mohd Yusof.

 b) Cik Syahirah binti Tumar memberi penerangan cara penghantaran buku skrap ke Google Classroom Unit PPIM dengan membuat demonstrasi menggunakan ID Moe murid.

5. Ahli PPIM mengisi kehadiran menggunakan pautan yang diberikan oleh guru pemimpin.

6. Aktiviti diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kaffarah.


Tunas Kadet Remaja(TKRS)

1. Guru penasihat memaklumkan perjumpaan dalam aplikasi Telegram dan Google Classroom TKRS.

2. Pengerusi majlis memulakan  aktiviti dengan bacaan doa oleh Ustaz Zunaidi.

3. Seterusnya, nyayian lagu TKRS oleh ahli-ahli TKRS.

4. Taklimat tentang Program Semarak Kokurikulum oleh Cikgu Murni. Aktiviti Program Semarak Kokurikulum bagi unit beruniform ialah murid perlu menghasilkan buku skrap yang bertajuk 'Tak Kenal MAka Tak Cinta, Saya Sayang UB Saya'.

5. Murid-murid mengisi pautan kehadiran untuk aktiviti kokurikulum pada minggu ini yang dikongsi dalam kumpulan Telegram TKRS.

6. Akhir sekali, sebagai penutup aktiviti minggu ini, murid-murid membaca doa penutup majlis.

 

Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM)

1. Murid-murid diberi pendedahan tentang penyediaan buku skrap sempena Program Semarak Kokurikulum SKTPP 2021.

2. Selain itu, murid-murid juga diberi pendedahan tentang ikatan dan simpulan secara Power Point.

3. Murid-murid dan guru-guru memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi aktiviti ini dilaksanakan.

 

Pandu Puteri Tunas (PPT)

1. Seramai 35 orang ahli Pandu Puteri Tunas dan 17 orang guru penasihat menghadiri perjumpaan secara dalam talian (Google Meet) pada hari ini.

2. Ada 2 aktiviti dijalankan sepanjang perjumpaan kali ini iaitu;

a) Nyanyian lagu dunia bersama semua ahli.

b) Penerangan oleh Cikgu Nur Malisha mengenai Program Semarak Kokurikulum 2021. Tugasan ahli PPT berbentuk buku skrap perlu disiapkan bermula 2.10.2021 hingga 23.10.2021.

3. Secara keseluruhan perjumpaan pada kali ini berjalan lancar dan semua ahli memberi respon yang baik.

 

Pengakap

1. Guru penasihat memaklumkan perjumpaan pengakap dalam Telegram.

2. Guru penasihat memberi link Google Meet kepada murid supaya ahli dapat sama-sama menyertai aktiviti yang telah dirancang.

3. Murid diberi link kehadiran dan semua ahli diminta mengisi kehadiran.

4. Sebelum memulakan aktiviti ahli sama-sama menjalankan aktiviti ini :

a) Nyanyian lagu pengakap

b) Lagu undang-undang pengakap

c) Membaca persetiaan pengakap.

5. Guru penasihat memperkenalkan Program Semarak Kokurikulum yang akan menjadi satu daripada aktiviti dalam pengakap. Antara yang diterangkan ialah : 

a) Pengenalan

b) Objektif

c) Format

d) Sijil dan pemenang

6. Guru penasihat menerangkan tentang cara-cara membuat buku skrap untuk Program Semarak Kokurikulum ini.

7. Guru penasihat mengharapkan semua ahli akan turut menjayakan program ini.



4. Gambar-gambar aktiviti Unit Beruniform yang telah dijalankan.

Makluman Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform


Makluman disampaikan dalam group telegram unit beruniform


Tunas Kadet Remaja Sekolah 


Pengakap



Pandu Puteri Tunas

Bulan Sabit Merah Malaysia



Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada guru-guru penasihat dan murid-murid yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan perjumpaan Kokurikulum pada kali ini. Walaupun perjumpaan dijalankan secara maya, namun ia tidak mematahkan semangat guru-guru dan murid-murid.

Pihak sekolah mengharapkan agar ianya dapat berterusan dengan lebih baik pada masa akan datang. Semoga kita semua terus bersemangat dan menjadi yang terbaik.

Jumpa lagi pada minggu akan datang. InsyaAllah..


Laporan disediakan oleh:

Nurazlin binti Mat Nor
Penolong Penyelaras Unit Beruniform
SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment