Tarikh : 27 Julai 2022
Hari : Rabu
Masa : 1.00 petang hingga 3.20 petang.
Setelah hampir sebulan aktiviti kokurikulum ini tertangguh kerana memberi laluan kepada latihan sukan sekolah hari ini murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) kembali melibatkan diri dalam aktiviti rutin setiap petang Rabu. Minggu ini aktiviti disambung semula dengan perjumpaan Kelab dan Persatuan yang bermula seawal jam 1.00 petang hingga 3.20 petang.
Pelbagai aktiviti telah disediakan guru-guru untuk semua murid yang terlibat. Kelihatan anak-anak murid penuh semangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut kelab masing-masing.
Tajuk : Alat Muzik Tradisional
13. Rukun Negara
Tajuk : Mengenali Bendera Negeri-Negeri di Malaysia
Banyak aktiviti yang dapat dikongsi bersama semasa aktiviti kokurikulum ini. Setelah seharian semua murid memerah otak di dalam kelas mengikuti pembelajaran akademik, maka waktu kokurikulum inilah masanya untuk mereka mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari.
Selain itu, murid juga dapat menonjolkan diri serta menjadi lebih yakin bila berada di khalayak ramai.
Syabas diucapkan kepada semua murid yang bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan yang diberi. Semoga lebih bersemangat lagi untuk perjumpaan yang seterusnya.
Laporan disediakan oleh,
Roslelawati binti Ibrahim
No comments:
Post a Comment