Tarikh : 3 Ogos 2022
Hari : Rabu
Masa :12.20 tengah hari - 2.20 petang
Minggu ini aktiviti kokurikulum sukan dan permainan tahun 4, 5 dan 6 diteruskan seperti biasa. Perjumpaan ini bermula seawal jam 12.20 tengah hari dan berakhir jam 2.20 petang, berubah dari masa sebelum ini yang bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 3.20 petang. Walaupun ada perubahan masa namun murid tetap menunjukkan semangat yang tinggi dan memberi kerjasama yang baik.
Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh guru-guru untuk murid yang terlibat. Kelihatan murid-murid sangat gembira dan seronok dengan aktiviti dan permainan pada hari tersebut. Sebanyak 11 kelab sukan dan permainan telah dijalankan mengikut tajuk dan aktiviti masing masing.
1. Bola Sepak
Tajuk:Pengenalan Bola Sepak (latihan bertulis)
2. Bola Jaring
Tajuk: Kemahiran Gerak Kaki Permainan Kecil
3. Bola Baling
Tajuk: Kemahiran Asas Bola Baling
4. Badminton
Tajuk: Kemahiran dan Jenis Pukulan
5. Olahraga
Tajuk: Lari Berganti- ganti
6. Catur
Tajuk: Mengenali Buah Catur dan Undang- Undang Pergerakannya
7. Hoki:
Tajuk: Kenali Peralatan Hoki, Amali Kemahiran Asas
8. Kriket
Tajuk: Sejarah Kriket (Teori)
9. Ping Pong
Tajuk: Menimbang Bola dan Melantun Bola
10. Ragbi
Tajuk: Sejarah Ragbi
11. Sepak Takraw
Tajuk: Latihan Permainan di Gelanggang
Info tentang aktiviti sukan dan permainan |
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti berlangsung:
No comments:
Post a Comment