Wednesday, August 17, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab dan Persatuan Bil. 7/12 (2022/2023)

Tarikh : 17 Ogos 2022

Hari : Rabu

Masa : 12.20 - 2.20 petang

Memandangkan minggu ini, SK Taman Putra Perdana menjalankan Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik 2022, Aktiviti Kokurikulum (Kelab dan Persatuan) bil. 7 tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka. Maka, perjumpaan minggu ini dilaksanakan secara online. Oleh itu, guru-guru penasihat telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan ia disebar melalui Group Telegram.

Memo perjumpaan aktiviti kokurikulum minggu ini yang disediakan oleh Puan Astina, Setiausaha Kokurikulum SKTPP

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh setiap kelab dan persatuan pada perjumpaan kali ini adalah seperti berikut;

Bil.

Kelab/Persatuan

Aktiviti

1

Kelab Kebudayaan

Tajuk : Kemerdekaan

·         Menghasilkan kipas kertas bertemakan kemerdekaan.

2

Kelab Kerjaya

Tajuk: Buku Skrap Kerjaya Pilihan

3

Persatuan Bahasa Melayu

Tajuk : Permainan Bahasa (Perkataan Seerti)

4

Kelab Muzik

Tajuk: Kuiz Muzik

5

Persatuan Bahasa Arab

 

Tajuk : Kebanggaan Kita

·        Mengira jumlah bunga raya dan logo-logo berkaitan kemerdekaan dalam Bahasa Arab.

6

Kelab Sains dan Teknologi

 

Tajuk: Ketumpatan

·         Kuiz

7

Kelab Doktor Muda

 

Tajuk : Pemeriksaan Kebersihan Diri

·         Video tentang Amalan Kebersihan Diri (rambut/kuku/tangan).

·         Kuiz

8

Persatuan Bahasa Inggeris

Tajuk: Spot the Difference

9

Persatuan Agama Islam

Tajuk: Ejaan nama negeri di Malaysia dalam Jawi (Tema Kemerdekaan)

10

Kelab Pencegahan Jenayah

Tajuk: Sayangkan Negara (Jalur Gemilang)

11

Kelab SPBT

 

Tajuk: Merdeka Malaysiaku

  •    Kuiz Kemerdekaan

12

Kelab Komputer

 

Tajuk: Lagu patriotik

  •  Kemahiran menggunakan search engine browser internet (mencari lagu patriotik).

13

Kelab Rukun Negara

.

Tajuk: Melukis dan menyatakan maksud warna bendera negeri-negeri di Malaysia.


Foto-foto yang telah dikongsi oleh guru-guru penasihat sepanjang aktiviti dijalankan secara online

Kelab Kerjaya

Persatuan Bahasa Arab

Kelab Muzik

Persatuan Bahasa Melayu

Kelab SPBT

Kelab Sains dan Teknologi

Kelab Komputer

Kelab Doktor Muda

Kelab Rukun Negara

Kelab Pencegahan Jenayah

Persatuan Agama Islam

Persatuan Bahasa Inggeris

Kelab Kebudayaan 

Syukur alhamdulillah... Aktiviti kokurikulum pada minggu ini berjaya disempurnakan dengan lancar melalui komitmen yang jitu daripada semua guru penasihat dan penglibatan murid-murid. Sesungguhnya aktiviti kokurikulum sangat penting kepada murid-murid sekolah. Justeru itu, murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.  Akhir kata, aktiviti kokurikulum dapat melahirkan murid-murid yang berfikiran kritis, inovatif, kreatif dan terbuka.

Laporan disediakan oleh:

Faridatul-Akmal binti Ismail
(Setiausaha Kokurikulum PAJSK, SK Taman Putra Perdana)

No comments:

Post a Comment