Wednesday, August 24, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bil. 7/12 (2022/2023)

 Tarikh : 24 Ogos 2022

 Masa : 12.20 - 2.20 petang

 Hari : Rabu

Perjumpaan pada minggu ini dilaksanakan secara online melalui medium Group Telegram persatuan masing-masing. Ini kerana ramai dari kalangan guru-guru terlibat dengan mesyuarat di luar kawasan sekolah. Walaupun perjumpaan tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka, segala perancangan aktiviti telah disediakan oleh guru-guru penasihat dan kehadiran murid di talian sangat memberangsangkan.

 
Memo perjumpaan aktiviti minggu ini yang disediakan oleh Puan Astina, Setiauasaha Kokurikulum SKTPP

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada minggu ini: 

KELAB

AKTIVITI

BOLA SEPAK

 Kursus Asas Permainan Hoki

BOLA JARING

 Kenali Sukan Hoki

SEPAK TAKRAW

 Kenali Sukan Hoki

BOLA BALING

 Kursus Asas Permainan Hoki

CATUR

 Kursus Asas Permainan Hoki

PING-PONG

 Kenali Sukan Hoki

RAGBI

 Kursus Asas Permainan Hoki

BADMINTON

 Kenali Sukan Hoki

HOKI

 Kenali Sukan Hoki

KRIKET

 Kenali Sukan Hoki

OLAHRAGA

 Kenali Sukan Hoki

Foto-foto yang telah dikongsi oleh guru-guru penasihat sepanjang aktiviti dijalankan secara online

Google form Kehadiran

Kelab Bola Jaring

Kelab Sepak Takraw

Kelab Catur

Kelab Bola Sepak

Kelab Badminton

Kelab Ragbi

Kelab Hoki


Kelab Ping pong

Secara keseluruhannya, penglibatan aktiviti kokurikulum secara dalam talian pada minggu ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kesungguhan dan kerjasama murid-murid juga dorongan daripada ibu bapa amat memberangsangkan. Segala ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan secara teori dan praktikal. Syabas diucapkan dan semoga lebih cemerlang pada masa akan datang.

Laporan disediakan oleh:
Salmi binti Adnan
(Naib Setiausaha Kokurikulum)

No comments:

Post a Comment