Wednesday, August 10, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform Bil. 6 /12 (2022/2023)

Tarikh : 10 Ogos 2022

Hari : Rabu

Masa : 12.20 - 2.20 petang

Hari ini ahli-ahli Unit Beruniform kembali dengan perjumpaan setelah tertangguh kerana memberi laluan kepada latihan sukan. Murid-murid kelihatan sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti yang telah disediakan oleh guru-guru pembimbing Unit Beruniform masing-masing. 

Oleh kerana Unit Kokurikulum SKTPP akan menjalankan Pertandingan Kawad Kaki antara Unit-Unit Beruniform bulan hadapan, guru-guru pembimbing Unit Beruniform telah  membuat pemilihan bagi ahli-ahli yg akan menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan Kawad Kaki akan dijalankan pada ketetapan berikut: 

Hari : Rabu

Tarikh : 14 September 2022

Tempat : Dataran SKTPP

Penyertaan : Terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan Tahap 2

(Tahun 4, 5 dan 6)

Bilangan : 31 orang (30 ahli dan seorang ketua komanden)

Selepas mengambil kehadiran dan melakukan beberapa tugasan yang telah dirancang oleh guru-guru pembimbing, peserta-peserta untuk pertandingan kawad kaki telah dipilih oleh guru-guru pembimbing. Guru-guru pembimbing  amat bersemangat melatih ahli-ahli Unit Beruniform. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti Unit Beruniform berlangsung.

Tunas Kadet Remaja Sekolah

Pengakap

Pandu Puteri Tunas

Bulan Sabit Merah Malaysia

Pergerakan Puteri Islam Malaysia


Secara keseluruhannya, aktiviti Unit Beruniform yang telah dijalankan selama dua jam ini telah berjalan dengan lancar dan penglibatan yang maksimum dari guru-guru pembimbing serta ahli-ahli Unit Beruniform. Ahli-ahli juga dapat menambah ilmu dan pengetahuan baru. Ahli-ahli berasa gembira dan amat bersemangat sekali. Aktiviit seperti ini juga dapat memupuk disiplin dalam diri ahi. Syabas diucapkan kepada guru-guru pembimbing serta ahli-ahli Unit Beruniform.


Disediakan oleh,
Rosmizawati Yusub

No comments:

Post a Comment