Wednesday, September 28, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan Bil. 8/12 (2022/2023)


Tarikh : 28 September 2022

 Masa : 12.20 tengah hari - 2.20 petang

 Hari : Rabu

Perjumpaan Sukan dan Permainan SK Taman Putra Perdana pada minggu ini telah berlangsung dengan jayanya. Aktiviti bermula dengan para guru mengambil kehadiran murid-murid di tempat yang telah ditetapkan (rujuk Gambar 1) sebelum bergerak ke Dewan Perdana bagi tujuan Kursus Taklimat Pengenalan Sukan Bola Baling.

Gambar 1 - Jadual Lokasi Perjumpaan

Gambar 2 - Sesi pengambilan kehadiran murid

Kursus pengenalan ini telah disampaikan oleh Jurulatih Permainan Bola Baling SK Taman Putra Perdana iaitu En. Nor Amirulfitri. Taklimat ini telah berlangsung selama  1 jam dan terbahagi kepada dua sesi. Sesi 1, murid-murid telah diterangkan peraturan serta cara permainan bola baling dimainkan. Sesi 2, murid terpilih telah mengikuti amali seperti teknik asas hantaran, sambutan dan lantunan di Dataran Sekolah. 

SESI 1 - Taklimat Peraturan dan Cara Permainan

Gambar 3 - En. Nor Amirulfitri sedang menyampaikan kursus pengenalan di Dewan Perdana

Gambar 4 - Murid-murid sedang tekun mendengar taklimat yang telah disampaikan

SESI 2 - Amali Teknik-Teknik Asas Bola Baling

Gambar 5 - Murid sedang bersedia untuk melaksanakan teknik asas hantaran dan sambutan
 
Gambar 6 - Murid sedang melaksanakan teknik asas lantunan

Kerjasama murid-murid amat memberangsangkan. Semoga kursus pengenalan ini mampu menarik minat murid-murid untuk menyertai  pemilihan pasukan bola baling sekolah ke MSSD Sepang pada tahun hadapan.

Laporan disedikan oleh:
Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
(Penyelaras Sukan dan Permainan)

No comments:

Post a Comment