Wednesday, September 21, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Kelab dan Persatuan Bil.8/12 (2022/2023)

Tarikh  :  21 September 2022
Hari     :  Rabu
Masa   : 12.20 tengah hari - 2.20 petang

Perjumpaan Kelab dan Persatuan pada minggu ini berjalan seperti biasa mengikut perancangan takwim 2022/2023. Hari ini Program KBAT Kokurikulum iaitu pertandingan menghasilkan poster dilaksanakan seperti yang dirancang. Hebahan mengenai program ini telah disampaikan pada hari Isnin iaitu waktu perhimpunan rasmi sekolah.

Program KBAT Kokurikulum bagi kelab dan persatuan sesungguhnya dapat melahirkan kemenjadian murid yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi melalui hasil tugasan yang diberi. Pelibatan murid dalam aktiviti ini juga menyemai budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid sama ada secara individu atau kumpulan.

Setiap kelab dan persatuan telah menyediakan bahan masing-masing mengikut kategori pertandingan poster yang dimaklumkan. Jenis poster yang perlu murid hasilkan ialah poster lukisan, poster montaj dan poster kolaj mengikut kelab dan persatuan masing-masing. Murid kelihatan seronok dan bersemangat bagi menghasilkan poster yang terbaik. Setiap pemenang akan menerima sijil penyertaan, sijil penghargaan dan hadiah.

Berikut ialah gambar-gambar poster hasil kerja murid yang diambil sepanjang pertandingan berlangsung.


Guru kelas menghantar makluman kokurikulum dalam group kelas


















Berikut pula merupakan sebahagian hasil kerja poster lukisan, montaj dan kolaj terbaik yang dihasilkan oleh murid:



Hasil daripada pertandingan KBAT Kokurikulum dalam penghasilan poster, montaj dan kolaj sememangnya dapat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif di samping dapat memupuk budaya berdaya saing secara sihat dengan murid yang lain. Selain daripada itu, program ini diharapkan dapat terus mencungkil bakat dan kemahiran murid dalam menghasilkan idea yang membina. Terima kasih kepada semua guru pembimbing dan jawatankuasa pelaksana yang telah merangka serta melaksanakan program yang dirancang dengan jayanya. 


Disediakan oleh,
Puan Norlida binti Othman
Penyelaras Kelab dan Persatuan
SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment