Wednesday, September 14, 2022

Laporan Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform Bil. 7/12 (2022/2023)

Tarikh : 14 September 2022 
Masa : 12:20 tengah hari - 2:20 petang 
Hari : Rabu 

Perjumpaan pada minggu ini dilaksanakan secara online melalui medium group Telegram Unit Beruniform masing-masing kerana Kejohanan Malaysia Little League peringkat Daerah Sepang telah berlangsung di padang sekolah. Terdapat beberapa orang guru terlibat dengan ahli jawatankuasa pertandingan. Namun perlaksanaan aktiviti unit beruniform tetap dilaksanakan oleh guru-guru penasihat secara online dan offline dengan penuh amanah. Murid-murid tetap dapat menyertai aktiviti yang telah disediakan oleh guru dengan baik.
Aktivit yang dijalankan pada minggu ini:
Gambar-gambar yang telah dikongsi oleh guru penasihat sepanjang aktiviti:
Aktiviti Ahli Pengakap
Aktiviti Ahli Pandu Puteri Tunas
Aktiviti Pergerakan Puteri Islam Malaysia(PPIM)
Aktiviti Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Aktiviti Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Alhamdulillah, semua aktiviti pada minggu ini dapat dilaksanakan dengan baik dan penglibatan murid dibantu oleh ibu bapa amat menggalakkan. Semoga semua murid dapat memanfaatkan ilmu yang telah diberikan oleh guru penasihat dalam kehidupan seharian seperti ikatan dan simpulan. Terima kasih atas kerjasama guru-guru penasihat setiap unit beruniform dan juga murid-murid yang telah mengikuti aktiviti pada minggu ini. 


Laporan disediakan oleh:
Astina binti Mahad Nor
(Setiausaha Kokurikulum SKTPP)

No comments:

Post a Comment